Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Keluar Membeli Barang Keperluan Semasa Wabak Covid-19

17/05/2020
sumber Gambar : South China Morning Post
sumber Gambar : South China Morning Post

Wabak Covid-19 telah menyebabkan anda terpaksa berada di rumah sepanjang masa dan hanya boleh keluar untuk membeli barang keperluan. Keluar dari rumah untuk membuat pembelian barang runcit boleh menjadi sesuatu yang menggusarkan dan menakutkan.

Dengan Pemandangan diluar di mana setiap orang memakai topeng muka ketika melakukan aktiviti pembelian barang dan SOP yang wajib diikuti, pasti akan menimbulkan kegelisahan dan kerisauan.

Pakar perubatan menyatakan bahawa risiko coronavirus di luar tetap akan wujud. Selagi vaksin untuk covid-19 ini tidak ditemui, risiko jangkitan tetap akan wujud. Ini kerana terdapat pembawa virus ini tidak menunjukkan simptom-simptom seperti demam dan batuk. 

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilonggarkan bagi membenarkan sektor ekonomi boleh beroperasi semula. Namun begitu, anda harus tetap mengikuti SOP dan amalan kebersihan diri. Anda harus sentiasa memakai penutup muka dan membawa Hand Sanitizer bersama. Jika boleh didapati, anda digalakkan turut memakai sarung tangan semasa membuat pembelian.

Jika anda keluar untuk membeli barangan runcit atau barang keperluan di pasaraya dan kedai runcit, Anda harus tidak melakukan perkara ini.

  1. Tidak Sabar
  2. Membawa anak Bersama
  3. Membayar menggunakan Wang Tunai

Jangan Lakukan Perkara Ini Ketika Membeli Barang : Tidak Sabar

Perkara yang paling penting semasa dalam pasaraya adalah penjagaan jarak. Jangan bergerak terus ke rak untuk mengambil produk dengan tergesa-gesa.Tunggu pembeli lain yang berdiri di rak selesai dan kemudian bergerak ke depan. Anda mesti mempunyai jarak 6 kaki dari pembeli dan pekerja kedai yang lain. Pengurusan kedai runcit telah membenarkan hanya beberapa orang untuk berbelanja pada satu-satu masa, jadi uruskan masa anda dengan sewajarnya dan tunggu giliran anda dan bukannya bergegas dan bertolak-tolak semasa membeli-belah.


Jangan Membawa Anak Ke Pasaraya

Walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dilonggarkan, namun ia masih bukan alasan yang baik untuk membawa bersama anak anda untuk ke pasaraya untuk membeli barangan runcit. Malah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menasihatkan orang ramai agar tidak membawa anak semasa membeli belah.

Kita juga memahami bahawa mungkin anda rasa kasihan dengan anak-anak yang kebosanan di rumah, tetapi risiko virus di luar masih ada. Kawalan anak-anak semasa di pasaraya mungkin agak sukar kerana mereka akan bergerak dan menyentuh barangan tanpa kita ketahui.

Elakkan Membayar Menggunakan Wang Tunai

wang kertas dan duit siling adalah benda yang paling banyak bertukar tangan dan bergerak saban tahun. Wang tersebut mungkin mengandungi virus dan bakteria yang mungkin membawa kepada penyakit.Virus boleh hidup di permukaan 8 jam sehingga 18 jam bergantung kepada jenis permukaan.

Orang ramai digalakkan untuk menggunakan pembayaran secara dalam talian menggunakan debit kad atau kredit kad. Terdapat juga aplikasi popular yang lain untuk anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran seperti Boost, GrabPay, dan SamsungPay.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda membuat keputusan dan langkah-langkah yang perlu anda ketahui semasa keluar untuk membeli barang runcit di luar semasa wabak Covid-19 ini.



DAPATKAN BERITA TERKINI DALAM DAN LUAR MALAYSIA SECARA PERCUMA

CERITA TRAVEL

 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Trustpilot