
JANGAN KE KUNDASANG JIKA ANDA BELUM BACA TIPS NI!!
Siapa yang belum pernah mendengar nama tempat kundasang? meh admin cerita sikit ye. Kundasang adalah sebuah tempat di Negeri Sabah ya, salah satu Negeri di dalam Negara Malaysia. Kundasang adalah salah satu destinasi yang paling popular di Malaysia.

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang. Keindahan Kundasang setanding dengan kat luar negara, New Zealand. So tak perlu ke New Zealand lah. Kita cuti-cuti kat kundasang saja.
So, kata Tips nak ke kundasang? meh min ceritakan sedikit ya. Jikalau belum baca habis, tak boleh ke kundasang ye..min gurau je..
1. Pemilihan tiket Flight
Perjalanan ke kundasang dari Kota Kinabalu akan mengambil masa 2 jam perjalanan dan perjalanan agak mencabar. so min cadangkan u guys beli tiket penerbangan yang smpai kat Sabah awal pagi sebelum jam 8.00 pagi. so tak perlu bermalam kat bandar kota kinabalu. boleh jimat skit..sampai kat KKIA, boleh ambil kereta sewa terus kat kami dan drive terus ke kota kundasang.
2. Nak isi minyak kat bandar KK atau mcamana?
Min galakkan untuk isikan minyak di Bandar Kota kinabalu. tapi kalau terlepas, last stesen minyak sebelum ke kundasang ada di Tamparuli betul-betul dekat dengan Rumah terbalik( salah satu tempat wajib untuk singgah jika jalan ke kundasang). dah isi minyak tu bolehlah singgah sekejap kat situ. Harga Yuran masuk boleh tengok kat sini : YURAN MASUK Rumah terbalik.

SUMBER : https://www.upsidedownhouse.com.my
3. boleh ke pakai waze atau google maps ke kundasang?
boleh je, malah min galakkan sebab jalan ke kundasang tu agak kurang papan tanda dan boleh sesat. kang sesat terus ke tuaran atau kota belud. jauh nak pusing semula. Jalan agak curam dan selekoh banyak. Dinasihatkan agar pandu kereta perlahan dan tak perlu berkejar nak potong. tak kan kundasang lari dikejar.hehe. oya. jangan lupa singgah kat pekan nabalu ya. nak bergambar dengan latar belakang gunung sangat cantik dan mungkin gunung clear tak ditutupi awan. bolehlah singgah membeli keropok jajan untuk dimakan di homestay atau resort nanti.

4. Senang tak Nak cari kedai Makan kat Kundasang?
Pilihan kedai Makan kat Kundasang agak terhad. jika nak makanan cepat, ada restoran KFC kat pekan kundasang. Tempat Makan yang min boleh suggestkan, restoran kat Puteri Nabalu, restoran tepi jalan sebelum round about kundasang yang ada patung lembu tu. min selalu bawa guest ke sana. boleh tahan masakannya. Option kedua kalau nak dinner, buat barbeque di homestay. cari homestay yang boleh menyediakan tempat memasak, tetapi makanan mentah kena disediakan awal la untuk memasak malam nnti. jika bercuti bersama keluarga, bolehlah buat bonding time dengan BBQ.
5. bawa jacket tebal dan stokin.
kundasang ni terletak di kawasan tinggi, dekat dengan gunung lagi kan. so pada waktu malam, cuaca boleh tahan sejuk. apa lagi jika hujan turun pada hari tu. suhu kundasang boleh turun sehingga 14-17 darjah celcius pada waktu malam. So kalau dah check in saja bilik tu, pertama, test pemanas air tu ye..kang ada yang tak mandi pula..haha.
6. Tempat menarik sepanjang perjalanan ke kundasang
seperti yang min sebutkan awal tadi, sepanjang perjalanan ke kundasang, bolehlah singgah tempat-tempat menarik agar jadual percutian agak padat dan puast hati. urutan boleh ikut seperti ini.
1. Rumah terbalik Tuaran
2. Jambatan Tamparuli (pernah dengar Pak - pak Kangku Ndo ? jangan lupa google)
3. Pekan Nabalu
4. Kinabalu Park.
7. Tempat Menarik di Kundasang
Yeah, di sampai kundasang, sudah selesai Check in, Nak ke mana lagi ya? di sekitar Kundasang, bolehlah datang melawat tempat menarik di kundasang. Min senaraikan sini ye..
1. Desa Dairy Farm (boleh juga datang awal pagi keesokan untuk dapatkan view cantik gunung)
2. War Memorial
3. Cat Village
4. Rabbit Village.
8. Esok Nak Mana Pulak?
Waktu makan malam nnti, pasti pasangan atau anak-anak menanya kan esok nak ke mana pula. jangan bimbang, min kongsikan lagi jadual yang kamu boleh ikuti. selepas breakfast jak, bolehlah ke.
1. Desa Dairy Farm (kalau kelmarin tak sempat)
2. Poring Hot spring
3. Fish Massage Kg Luanti
4. Sabah Tea Garden.
Tak tau nak lunch untuk hari kedua? kamu boleh lunch kat Poring Hot spring ala-ala Picnic (kena bawa makanan sendiri , ada juga restoran di dalam tapi harga agak mahal), option kedua boleh lunch kat Sabah Tea garden sambil menikmati pemandangan ladang teh.

9. Saya Nak pandu sendiri, apa kereta yang sesuai ya?
pemilihan kenderaan ke kundasang bergantung kepada berapa orang. berikut min senaraikan cadangan.
1. 1-2 orang ( Axia 1.0 cc)
2. 2-5 orang ( Sedan Type : saga or bezza)
3. 5-6 orang ( MPV)
4. 6-10 orang (Van hiace or Urvan)
biasa berapa harga setiap kereta ni admin? rujuk je kat senarai pricelist kami ya. ada promosi lagi. pasti berbaloi dan kenderaan pun semua tip top ye.
Ini sahaja yang admin dapat kongsikan pada artikel ini. semoga dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan merancang percutian anda di kundasang, Sabah. Kat Sabah ni banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. itu admin akan kongsikan pada artikel yang lain. so jangan lup follow kami di facebook dan instagram untuk update terkini.
Jika ada pertanyaan atau nak kongsikan pengalaman anda, komen di ruangan komen atau boleh PM kami di facebook atau nak tanya2 tentang kereta sewa, boleh hubungi kami di 01110570862. sehingga kita berjumpa lagi di lain perkongsian. Hino ko po!!
Anda mempunyai masalah untuk mencari KERETA SEWA BEST, MURAH lagi TRUSTED di KOTA KINABALU, SABAH?
Jika YA! Kini anda tak perlu risau lagi. Kami di BEST BORNEO CAR RENTAL dapat menyelesaikan semua masalah anda.
Kenapa anda MESTI pilih kami ?
Respon cepat ✅
Kereta bersih & Selesa ✅
Penghantaran percuma ke KKIA ✅
Staff peramah & mesra pelanggan ✅
Delivery kereta on time / tepati masa ✅
Support team jika berlaku kerosakan ✅
Testimoni Pelanggan kami
"Deliver good service with affordable price. My second time rent their car. Definitely will deal with them again in future. Tq best borneocar rental" Josephine ; Kuching
"Great service and friendly... We book again in the future.." Shirlin- Johor Bahru
"Easy booking. Easy collection. Easy return. Good car in clean condition. Would definitely recommend" Tania - Kuala Lumpur.
Untuk booking dan Segala pertanyaan, Anda boleh hubungi kami di 👇
+601110570862 SANIL (Direct Line)
www.bestborneocarrental.com (Online Booking)
https://www.wasap.my/601110570862 (Whatsap)
Ada Diskaun tak?
Eh ada, jangan susah, booking online dan dapat diskaun, Ada ganjaran cashback lagi bosku. Cepat-cepat booking sebelum Promosi kami tutup. Lawat Laman web kami untuk maklumat lanjut diskaun dan cashback.


TIPS DAN CARA MURAH TEMPAH MENDAKI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Panduan Bercuti di Sabah Ketika PKPB (Dec 2020)

Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

Cerita Travel Sabah : Solo Trip Di Semporna, Sabah

8 Pulau Terbaik Tercantik Popular di Semporna, Sabah yang wajib anda Lawat
Tips Naik Gunung Kinabalu Semasa PKPP Covid-19 dengan Selamat

Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP

Nak Bercuti Di Sabah Masa PKPP? Ini Perkara Yang Anda Harus Tahu

Senarai Tempat menarik di Kudat : 8 Pantai paling memukau yang anda wajib lawat

Tips dan panduan bercuti di sabah : Laluan baru di gunung kinabalu?-Gambar
Car rental in Kota Kinabalu, sabah- The BEST Option you can have!

Tips dan Panduan Bercuti : Backpacking di Kota Kinabalu, Dimana Nak Makan dan Tempat Tinggal

Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Pengalaman Naik Kokol Hill (kokol Haven Resort) Guna kereta bezza auto

Cerita lagenda Jambatan Tamparuli sabah yang anda perlu tahu- Best Borneo Holiday

Sepuluh Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah-best borneo holiday

Jom Dengar Cerita Saya : Budak Usia 3 Tahun Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Apa yang boleh dibuat di Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang?

Tips dan Panduan bercuti di Sabah : Bagaimana bercuti di Pulau-pulau Semporna 4 hari 3 malam di bawah RM 1k

Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Bagaimana cara-cara membuat tempahan Kereta sewa di Kota Kinabalu, Sabah

Jum dengar Cerita Saya : Gambar Lain Gunung Kinabalu Berais Lagi.
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!