Jana Pendapatan 1000USD Dengan JAA Lifestyle : Benar atau Scam?
Adalah menjadi naluri manusia untuk mendapatkan ganjaran dengan usaha yang minimum. Saya sendiri pun pasti inginkan kerja atau usaha yang sikit, tetapi bayaran yang tinggi.
Pada masa yang sukar ini, ketika pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan punca pendapatan. Mereka cuba untuk berusaha mencari sumber kewangan yang lain. Antaranya adalah menjana pendapatan secara online.
Beberapa hari ini, penulis melihat satu program menjana pendapatan yang lumayan yang disebarkan melalui laman facebook dan aplikasi whatsapp. Program tersebut adalah JAA Lifestyle.
Mengikut gerak hati, saya terus membuat sedikit penyelidikan berkaitan dengan program ini. Nak lihat-lihat boleh pergi ke sini : Laman Web JAA Lifestyle.

Apakah JAA Lifestyle?
JAA Lifestyle mendakwa mereka membolehkan ahli komuniti globalnya berkongsi misi kebebasan kewangan dengan melibatkan diri secara dinamik melalui model perniagaan gabungan koperasi JAA Lifestyle. Model ini memupuk aliran pendapatan pasif yang berkesinambungan dan peluang untuk membina kekayaan untuk anggota masyarakatnya.
JAA Lifestyle dibentuk untuk menyediakan setiap orang dengan peluang untuk mewujudkan kebebasan kewangan sambil menjalani gaya hidup yang menakjubkan.
Saya telah sign up menggunakan account google yang saya buat sebentar tadi, malah nombor telefon juga adalah bukan nombor yang sebenar (langkah berjaga-jaga). Maklumat lanjut berkenaan pembayaran maklumat bagaimana mereka berfungsi hanya akan diberikan kepada ahli. Ohya, jika nak daftar, mesti letak refferal, so saya pungut je dari internet, untunglah beliau.

Bagaimana Menjana Pendapatan dengan JAA Lifestyle?
Dengan hanya daftar sahaja, JAA lifestyle akan terus masukkan wang dalam akaun 1000 USD, huh, kalau benarlah, memang syarikat yang paling kaya. Bill Gates pun kalah. Syarikat ini menjangka akan mendapat 10 juta ahli.
The Advertising Bonuses above will be paid monthly from October 2020 or as soon as JAA Lifestyle's Worldwide Free Member Base reaches 10 million
Apakah kerja yang perlu dilakukan di JAA Lifestyle untuk mendapatkan ganjaran? promosi, promosi dan promosi untuk mencari downline. Apabila mereka mendaftar menggunakan pautan rujukan anda, mereka akan ditempatkan secara automatik di level 1 Rangkaian Peribadi Gaya Hidup JAA anda. Untuk semua orang yang menyertai anda di tahap 1 anda layak mendapat Bonus Iklan sehingga $ 1,000 setiap tahun.
mereka menyatakan tiada had untuk berapa banyak anda boleh mendaftar! Untuk menghasilkan $ 1,000 sebulan, anda mendaftar 12 orang. Sekiranya anda ingin memperoleh tambahan $ 50,000 setiap tahun, anda perlu mendaftar 50 orang.
Anda juga akan mendapat saham@share syarikat sebanyak USD 50 yang mungkin akan meningkat pada masa akan datang.
Pada masa kini, menurut dalam laman web mereka,

Apakah Bisnes JAA lifestyle Untuk Menjana Pendapatan Syarikat?
Setiap syarikat yang beroperasi mempunyai matlamat yang sama iatu untuk mendapatkan menjana pendapatan dan keuntungan. Bagaimana dengan JAA lifestyle?
Berdasarkan kepada pengamatan saya terhadap maklumat-maklumat yang dipaparkan dalam laman web berkenaan, kurang jelas apakah Main Business mereka selain daripada merekrut ahli.

Dalam Menu Activation, kita boleh melihat JAA lifestyle ini menjual dua package iatu lifestyle package berharga USD 48 dan Pay it Forward Package berharga USD 144.
Anda perlu membeli pakej ini bagi mengaktifkan bonus lifestyle. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan wire transfer ataupun bitcoin. tapi pada masa kini, link pembayaran itu masih tidak berfungsi.

Anda juga akan diberikan komisen seperti jadual di atas bagi setiap pembelian oleh downline anda. Tetapi anda harus membeli sendiri package lifestyle USD 48, barulah komisen ini akan diaktifkan untuk anda.
JAA Lifestyle juga mereka akan bekerjasama dengan agensi pengiklanan di mana para ahli akan disahkan terlebih dahulu dengan disebut KYC (Know Your Customer). Kerjasama itu hanya akan dimulakan apabila jumlah ahli mencecah 10 juta orang.
Ahli akan diminta untuk memasang aplikasi agensi pengiklanan dan perlu memilih 20 kategori produk dan perkhidmatan di mana anda bersetuju untuk menerima iklan berkaitan.
Bonus Iklan tidak dibayar oleh JAA Lifestyle tetapi Rakan Iklan. Untuk setiap iklan yang anda buka, anda akan menerima sedikit pembayaran bonus iklan anda terus ke "e-Wallet" anda dengan rakan iklan. Anda boleh mengeluarkan bonus anda ke dalam akaun bank anda, atau ke kad debit yang akan mereka tawarkan. Anda akan menerima maksimum 50 iklan sehari dan anda akan dibayar untuk setiap iklan yang anda tonton.
JAA Lifestyle juga menyatakan bahawa mereka dalam perancangan untuk membeli satu syarikat Eropah dan menyenaraikan JAA Lifestyle dalam pertukaran saham di Luxembourg. Anda akan diberikan share USD50 selepas mendaftar.
Adakah kenyataan ini cukup meyakinkan anda?

Mengapa JAA Lifestyle seperti SCAM?
Anda mungkin tidak akan dibayar sekiranya tidak membeli pakej lifestyle
Pendapatan ahli adalah berdasarkan kepada refferal dan komisen pembelian donwline. Seperti yang dinyatakan oleh JAA lifestyle, komisen anda tidak akan dibayar sekiranya anda tidak membuat pembelian pakej USD 48.

Berikut merupakan tempoh masa penunaian komisen. komisen akan dikira dari 1 haribulan hingga hujung bulan dan boleh dikeluarkan pada setiap 5 haribulan pada bulan seterusnya. Contoh, Komisen pada 1-30 April akan dikira dan hanya boleh dikeluarkan pada 5 Mei 2020. Pengeluaran boleh dilakukan ke akaun bank atau debit card menggunakan rakan(agensi kewangan@bank pemindahan wang) yang masih lagi dalam peringkat rundingan. Mereka janjikan 15 May 2020 dah Fungsi pengeluaran boleh dilakukan, tetapi sehingga kini nampaknya hanya janji semata-mata. Tiada notis pemakluman berkaitan ini setakat ini.

JAA lifestyle seperti Skim Piramid
Dengan bergantung kepada pembayaran package ahli di bawah sebagai punca pendapatan utama, ia adalah ciri skim piramid. Anda tidak menjual apa-apa produk nyata tetapi hanyalah penjualan package bagi membolehkan anda menikmati komisen apabila downline anda membuat pembelian pakej dan proses ini akan berulang-ulang.
Syarikat ini juga menggunakan teknik MLM (Multi level Marketing) yang menjanjikan sehingga tujuh level bagi seorang upline. Sekiranya sesuatu perniagaan (skim) itu tidak mempunyai produk perniagaan yang sah dan pengguna (pelabur) tidak akan mendapat sebarang pulangan modal melainkan mereka berjaya memperkenalkan sebilangan ahli baru untuk masuk ke dalam skim tersebut, ini merupakan dua perkara asas yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam mengenalpasti sama ada sesuatu itu skim piramid atau tidak.
Adakah produk yang dijual di JAA lifestyle selain daripada pakej Lifestyle? Malah pembelian pakej ini adalah seperti dipaksakan kerana jika pengguna tidak membeli pakej ini, mereka tidak akan mendapat komisen. Bagaimana pula anda hendak mendapatkan komisen tersebut? Dengan merekrut ahli baru dan mendorong ahli baru untuk membeli pakej berkenaan, maka barulah kita akan mendapat komisen.
Fahami lebih lanjut tentang Multi Level Marketing dan skim piramid.
Pemilik JAA Lifestyle tidak diketahui.
Syarikat yang sah pasti akan mempamerkan pekerja dan struktur organisasi. Alat perhubungan yang diberikan oleh JAA lifestyle hanyalah email dan tiada no telefon. Maklumat perhubungan yang diberikan juga kurang lengkap.
Menurut Better Bussiness Bureau, alamat Delaware bukanlah alamat fizikal syarikat ini tetapi hanya alamat ejen berdaftar. Kemungkinan alamat sebenar syarikat ini adalah di Hong Kong.

Setakat Ini Tiada Testimoni
JAA Lifestyle belum mempunyai testimoni pembayaran setakat ini. Mereka mendakwa bahawa sistem ini baru bermula dan akan dilancarkan pada awal Jun 2020 dan pembayaran mungkin akan dibuat pada bulan oktober 2020 atau selepas melepasi target 10 juta ahli.
Ya, hujah ini masih boleh disangkal disebabkan program ini belum bermula sepenuhnya dan masih dalam peringkat perekrutan ahli. Bulan Jun 2020 hanya tinggal 4 hari lagi dan kita akan melihat perkembangan seterusnya.
Penilaian Akhir- Adakah JAA Lifestyle Benar atau Scam?
Pada pendapat saya, syarikat ini banyak maklumat yang meragukan dan tidak memenuhi syarat sebagai sebuah syarikat yang sah atau menjalankan perniagaan yang sebenar. Tidak dinyatakan secara jelas perniagaan yang mereka jalankan.
Saya sendiri tidak berani untuk memberikan maklumat saya yang sebenar. Mungkin anda berfikir, Daftar sahaja dulu, tiada bayaran dikenakan untuk pendaftaran, malah mendapat ganjaran yang lumayan USD 1000. Jika difikirkan dengan akal fikiran yang logik, ganjaran berkenaan adalah sangat tidak masuk akal.
Ganjaran yang sangat tinggi ini bagi saya hanya bertujuan untuk menarik ahli untuk daftar dan mendedahkan data peribadi anda kepada bahaya. Bagaimana jika ini syarikat ini mengumpul data maklumat anda seperti email dan no telefon dan kemudian menjual data anda kepada pihak ketiga? Penjualan data peribadi adalah benar-benar berlaku boleh rujuk kes penjualan data peribadi Malaysia.
Malah anda juga melihat bahawa anda perlu membayar sejumlah wang untuk membeli pakej agar anda boleh menikmati komisen. Anda tidak akan dapat menjana apa-apa pendapatan atau komisen jika anda tidak menarik lebih ramai ahli yang lain, yang mana perlu membeli pakej tersebut terlebih dahulu, barulah anda akan mendapat komisen.
Ini hanyalah pendapat peribadi dan akhirnya keputusan adalah di tangan anda. Kita akan melihat hasil dan operasi JAA lifestyle pada bulan Jun (seperti yang didakwa) dan kita akan mengetahui bagaimana pembayaran 1000 USD seperti yang telah dijanjikan.
Maklumat Terkini: Ahli Diminta Bayaran 20 USD untuk proses KYC
Mengikut maklumat yang kami terima dan yang telah disebarkan oleh ahli-ahli JAA Lifestyle sendiri, Proses KYC atau "Know Your Customer' dijangka akan dilakukan pada atau 9 Jun 2020. KYC adalah proses pengesahan identiti pelanggan bagi mengelakkan money laundering, terrorist funding atau penyalahgunaan. Mereka mendakwa bahawa bayaran berkenaan adalah untuk agensi yang membuat proses KYC terhadap ahli. Bayaran yang dikenakan adalah 20 USD atau kira-kira RM 80-90 bergantung kepada tukaran mata wang semasa.
Agensi yang dilantik untuk membuat pengesahan identiti belum didedahkan dan menimbulkan pelbagai spekulasi. Adalah penting untuk anda mengetahui siapa dan apakah agensi yang membuat pengecaman kerana data sensitif anda akan disimpan oleh agensi berkenaan dan terdapat risiko kebocoran atau salah guna data kita akan berlaku. Boleh baca sini, sisi gelap KYC.
Adakah bayaran itu diserahkan kepada upline atau terus ke agensi yang dilantik?
Artikel Terkini : Info Baru Jaa Lifestyle: Kini Perlukan KYC, Selamat atau Tidak?
Saya akan kemaskini perkembangan semasa JAA lifestyle ini, so anda boleh like facebook kami di best borneo media.
Bagaimana Nak Delete Akaun JAA Lifestyle?
Namun anda tidak dapat perkembangan terkini ke? seterusnya mereka akan jalankan proses KYC, iatu proses pengecaman diri. Apa maklumat yang diperlukan untuk KYC? Maklumat asas seperti nama, Alamat, tempat lahir, No telefon, No IC dan akan membuat pengecaman cap cari ataupun biometrik (Muka) untuk pengesahan Identiti. Dengan maklumat ini, orang yang tidak bertanggungjawab boleh menggunakan identiti anda untuk tujuan jahat.
Nak delete akaun di JAA Lifestyle? Kelihatan agak mustahil. Ini kerana pilihan atau cara perhubungan dengan syarikat ini hanyalah melalui email yang boleh di lihat di bahagian contact us (lihat bahagian website JAA Lifestyle). Saya mencuba untuk menghantar email untuk pertanyaan dan request pembatalan akaun, tetapi tiada respon atau balasan email.
Cara kedua adalah mungkin anda boleh menghubungi SKKM atau ke laman web sistem Perlindungan Data Peribadi dan membuat aduan. Anda boleh membuat pembacaan lanjut berkaitan Hak anda sebagai subjek data (anda) kepada Pengguna Data (pihak yang menggunakan data anda) dalam Akta 709 Perlindungan Data Peribadi 2010.