Jaa Lifestyle Updated: Perlukan KYC, Selamat atau Tidak?

16/06/2020

Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?

Pada 15 Jun 2020, kita melihat bahawa laman web Jaa Lifestyle telah dikemaskini dan berwajah baru. Pasti ini akan menjadi modal kepada leader-leader JAAL ni untuk promote, ye kan? huu..lengkap dengan gambar-gambar founder dan member tu. Semuanya ahli pasukan mereka adalah wanita. Jika anda rajin, cubalah search setiap nama ahli tu. Tak pernah dengar dan nampak sebelum ni.

Sebelum ini, para promoter Jaa Lifestyle yang excited mewar-warkan pada dunia bahawa anda boleh mendapat 1000USD sebulan dengan tanpa kerja yang sukar dan diberikan secara percuma. Namun selepas viral, leader mereka menyangkal dengan ada tugas sebenar iatu kerja menonton video iklan dan akan digajikan. Mungkin akan sama atau lebih kurang macam Midjobs? la telah  ditutup pada penghujung bulan Mei menyebakan ramai yang kerugian. Adakah Midjobs Sahih atau Scam? Hanya Tonton Video Untuk Dapatkan Bayaran?

Sekarang, sedikit demi sedikit, perkataan "percuma" itu semakin hilang. Kini ahli perlu membayar 20USD + 30USD untuk membolehkan akaun mereka aktif. maknanya, ahli kena keluarkan kos 50USD iatu lebih kurang RM213 sebelum start kerja dan menerima ganjaran. Tak rasa ganjil? untuk kerja tonton video, kena bayar dulu? 

Secara ringkasnya, Jaalifestyle ini menjanjikan dua ganjaran iatu ganjaran atau upah kerja menonton video/iklan dan kedua, komisen penjualan subscription dan future share syarikat. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkaitan dengan JAAL ini : Jana Pendapatan 1000USD Dengan JAA Lifestyle : Benar atau Scam?

Terdapat banyak lagi keraguan yang anda perlu ambil perhatian selain daripada bayaran ini. Lanjutkan pembacaan jika ingin tahu lagi.

Proses Pembayaran KYC

Adakah dengan mendaftar sahaja, kita akan mendapat duit di Jaalifestyle? Jawapannya adalah tidak. berikut merupakan paparan akaun palsu yang kami gunakan untuk masuk sebagai ahli. Ini kerana, terdapat banyak maklumat lain yang dirahsiakan dan tidak akan anda dapat jika tidak menjadi ahli.

Akaun anda tidak akan aktif. Langkah pertama yang anda perlu buat adalah membuat pengesahan akaun anda iatu perlu melalui proses KYC. apabila anda menekan link KYC berkenaan, anda akan mendapat paparan ini. 

Apabila anda menekan "proceed to KYC", anda akan dibawa ke laman web yang lain iatu emerger.law.

Mengapa KYC JAA Lifestyle Tidak Selamat?

Jika anda membuat pembayaran secara online, anda perlu yakin bahawa data dan akaun kita selamat, dan penerima pembayaran berkenaan adalah benar. Kami mengesan beberapa perkara yang meragukan berkenaan dengan pembayaran KYC ini.

1. Halaman Pembayaran ( yang minta detail card mcm di atas) tidak selamat. Seperti yang kita nampak, link gateway.emerger.law tidak selamat dan tidak mempunyai ssl. Jika kita melihat kepada pembelian di shopee, anda boleh melihat perbezaannya. Jangan sesekali memberikan maklumat kad debit atau kredit dalam laman web yang tidak secure atau tidak mempunyai SSL kerana terdapat kemungkinan besar maklumat kad anda akan boleh dicuri atau disalahguna.

2. Alert daripada Antivirus Norton

Sejurus masuk ke dalam gateway pembayaran emerger.law ini, Norton memberikan alert seperti di bawah. Kami gunakan khidmat norton sebagai firewall untuk menghalang malware atau mengetahui jika terdapat risiko keselamatan semasa berada dalam talian. Ia menyatakan bahawa maklumat peribadi anda mungkin berisiko. ini kerana website ini baharu sahaja dibuat dan masih sedikit ahli norton yang menggunakan laman web ini.

3.Website Emerger.law masih baru

Penyedia perkhidmatan KYC yang dilantik oleh Jaa Lifestyle adalah emerger.law, merujuk kepada link tersebut. Seperti amaran yang diberikan oleh Norton, website emerger.law ini baharu sahaja dibina. Hmmmm...adakah dibuat khas untuk Jaa Lifestyle? Mengapa tidak gunakan perkhidmatan KYC yang sudah bertapak lama dan lebih diyakini?

Dengan menggunakan smallseotools, kita dapat mengetahui umur sesuatu website. Amat mengejutkan bahawa laman web emerger.law ini belum pun sampai sebulan.

Nak Aktifkan Akaun Kena Bayar 30USD Lagi

Dah buat KYC nanti, Akaun akan terus aktif? Kemungkinan besar tidak, Jika anda ahli yang dah buat KYC dan akaun akan terus aktif tanpa bayar yuran pengaktifan, anda boleh berikan bukti ye. Kami tak berani dedahkan maklumat bank akaun kepada syarikat yang kami tidak ketahui atau dipercayai. Anda mungkin lebih bijak, ye tak.? 

Tapi menurut kami, anda akan membayar atau terpaksa membeli lifestyle package yang berharga 30USD dan 90USD. Apabila tekan butang "activate" anda perlu membeli pakej seperti yang di bawah. Untuk mendapatkan komisen pula, ahli di bawah anda perlu membuat yang sama iatu membeli pakej berkenaan. Ternyata benar, walaupun setelah membuat KYC, akaun anda masih tidak akan aktif kerana perlu membuat pembelian pakej.


So, dengan maklumat yang kami telah kongsikan, mungkin dapat membantu anda membuat keputusan sama ada meneruskan untuk proses KYC atau tidak. Kami hanya memberikan amaran dan info risiko yang mungkin wujud. 

Risiko pelaburan atau perniagaan sentiasa ada, itu kami sangat setuju, tetapi anda kena bijak untuk mengenalpasti risiko yang berbaloi dan benar atau hanya "menderma" wang titik peluh anda secara membuta tuli dan akhirnya sia-sia. 

Model perniagaan Jaa lifestyle memerlukan anda untuk mencari ahli seramai mungkin. Mereka ada menyatakan bahawa mereka memerlukan 5 juta orang untuk membuat KYC, barulah ahli boleh mula menonton video iklan dan menjana pendapatan daripada tontonan iklan berkenaan. Apakah yang akan berlaku kepada duit Pengesahan akaun 20USD jika tidak mencapai 5 juta pengesahan? 

so pada masa sekarang, hentikan promosi pencarian orang terlebih dahulu. Ini kerana anda mungkin berisiko untuk kehilangan kawan dan saudara jika hal ini adalah tidak benar. Inilah perkara yang paling berharga berbanding daripada wang ringgit.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.

Hello Guys, Apa khabar semua. Harap semuanya baik-baik sahaja. Sentiasa kekalkan penjagaan kebersihan dan SOP berada di luar ya. Kita masih lagi #belummenang dan pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam, kalau tak melayang RM1000.

Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star

Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?