iShareFans  dan LikeShare Kini Tutup, Terbukti Scam dan Tipu

06/12/2020

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal  bulan oktober.

Bagi yang belum pernah mendengar apa itu isharefans, isharefans adalah platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hanya melakukan tugas like,share, follow dan subscriber akaun media sosial popular iatu TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube. 

Jika ahli mahu mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi, mereka perlu membeli atau menaiktaraf pakej dengan membuat pembayaran kepada isharefans.

secara ringkas, ini ciri yang meragukan terhadap platform iSharefans dan LikeShare

1. Operasi seperti midjobs (operasi scam sebelum isharefans muncul)

2. Skim piramid

3. Skim Ponzi

4. Maklumat Pemilik Kurang Jelas

5. Pembayaran melalui akaun yang berbeza

Maklumat lanjut boleh lihat review kami: Adakah iShareFans Legit atau Scam? Hanya Like dan share boleh dapat duit

Laman Isharefans dan LikeShare Kini Tidak Dapat Diakses

pada awal bulan November, terdapat tanda-tanda keruntuhan platform ini iatu pembayaran semula kepada ahli semakin lambat dan ditunda-tunda. Mereka memberikan pelbagai alasan kepada ahli. Antaranya adalah disebabkan terdapat staff mereka telah positif Covid-19 dan pejabat terpaksa ditutup.

Mereka telah memberikan harapan palsu kepada ahli dengan menyatakan bahawa semua urusan withdrawal akan dibuat pada 2 November 2020 nanti. 

Ramai yang silap dan beranggapan bahawa dengan walau adanya sijil SSM dan pejabat nyata, ia bukan sandaran atau bahawa operasi syarikat itu sebuah syarikat yang menjalankan operasi yang sah di sisi undang-undang. Kaji operasi syarikat itu, bagaimana ia menjalankan perniagaan. 

Taktik ini selalu digunakan oleh pihak scammer dengan menunjukkan sijil SSM dan alamat pejabat bagi mendapatkan kepercayaan anda.

Sebelum ini MalaysiaGazette melaporkan polis sedang menyiasat satu skim pelaburan yang dipercayai satu lagi laman pesaing iaitu LikeShare yang didakwa telah memperdaya ramai mangsa sehingga melibatkan kerugian kira-kira RM20,000

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, pihaknya ada menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan seorang pengarah syarikat mendakwa mengalami kerugian RM9,888.

Selain itu mereka juga ada menerima satu lagi laporan dari Sentul, seorang eksekutif lelaki yang turut mendakwa ditipu.

Susulan laporan pihaknya telah membuat serbuan dan risikan di ibu pejabat syarikat berkenaan iaitu Revorit It Solutions Sdn Bhd yang terletak di KL Eco City namun mendapati ia tidak lagi beroperasi sejak 9 November 2020.

Bagaimana untuk mendapatkan semula wang anda dalam Likeshare dan iShareFans?

Adakah anda adalah salah seorang yang telah membuat pelaburan di platform ini? Ramai yang kerugian dan tidak sempat merasa keuntungan. Peserta awal mungkin bolehlah senyum kambing kerana sempat merasa duit keuntungan, tetapi halal haramnya wang itu, anda pikirla sendiri, anda jawab sendiri dengan Tuhan ketika ditanya apakah sumber wang tersebut.

Adakah terdapat peluang untuk mendapatkan semula wang itu? kemungkinannya adalah sangat tipis. Seperti mana-mana scam sebelum ini, ia membuktikan bahawa ramai pelabur yang tidak akan dapat duit mereka semula dan proses perundangan untuk mendapatkan wang tersebut mengambil waktu dan masa yang panjang. 

Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran agar anda boleh mengelak daripada terlibat dalam skim pelaburan yang meragukan. kami percaya bahawa pengalaman itu mendewasakan. 

Anda boleh kongsikan pengalaman anda di laman sosial anda atau dengan rakan-rakan dan keluarga agar lebih ramai orang mendapat awareness tentang hal ini. 

Ini kerana scammer ini tidak akan berhenti di sini dan pasti akan kembali dengan tawaran atau operasi yang berlainan pada masa akan datang. Jadilah warga yang bijak dan celik akan skim-skim meragukan. 

Ikuti Laman Facebook kami di Best Borneo Media untuk info-info berguna yang sentiasa dikemaskini.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot