Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Anda Majikan? Insentif RM600-RM1000 Di Bawah Program PenjanaKerjaya: Panduan dan Cara Mohon

Pada 5 Jun 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan ekonomi PENJANA. Pelan ekonomi ini adalah sebagai satu langkah untuk merancakkan semula sektor ekonomi domestik Malaysia dan membantu para syarikat dan peniaga beroperasi semula. Terdapat 40 inisiatif yang telah diumumkan oleh beliau.
Salah satu inisiatif tersebut adalah PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA DAN PROGRAM LATIHAN (PENJANAKERJAYA). Jom Ketahui apa itu PenjanaKerjaya, Apakah kelebihannya dan cara mohon khusus bagi majikan.
Apakah itu PenjanaKerjaya?
PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di
kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta
kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan,
Program ini adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia untuk
melaksanakan program ini melalui National Employment Services,
PERKESO.
Apakah Insentif atau bantuan dalam Program PenjanaKerjaya?
Terdapat empat insentif yang terkandung dalam program ini seperti yang berikut.
#MyApprentice: Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil
pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan
sekolah dan graduan.
#HireMalaysia -
Terdapat tiga kategori #HireMalaysia iatu;
- Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
- Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun dan ke atas; dan
- Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya (OKU), dan peserta Program Return to Work PERKESO.
Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance): bayaran one-off kepada pekerja yang berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;
Program Latihan: menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling)
termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan
majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.
Siapakah yang LAYAK memohon PenjanaKerjaya?
- Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM - Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020; dan
- Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020.
Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon PenjanaKerjaya?
- Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung; dan
- Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).
Apakah kategori pekerja yang TIDAK LAYAK mendapat insentif di bawah PenjanaKerjaya?
Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi Upah adalah tidak layak untuk mendapatkan insentif ini.
PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA
Program Insentif Pengambilan Pekerja ini mempunyai dua kategori iatu #MyAprentice dan #HireMalaysia.
Apakah syarat kelayakan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya?
Bagi MyAprentice, ia dikhaskan untuk golongan graduan ataupun lepasan sekolah yang mana akan diambil sebagai perantis. Majikan akan mendapat faedah insentif sebanyak RM600 selama 6 bulan.
Bagi #HireMalaysia pula ia terbahagi kepada tiga kategori iatu pekerja bawah 40 tahun, pekerja di atas 40 tahun dan pekerja OKU.
Majikan akan menerima insentif RM800 sebulan bagi pekerja yang digaji RM1,200 ke atas untuk tempoh maksimum 6 bulan jika mengambil pekerja berumur 40 tahun dan RM1000 sebulan dengan maksimum 6 bulan jika mengambil pekerja yang berumur 40 tahun ke atas. Keutamaan diberi kepada majikan yang menawarkan gaji setara dengan kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja.
Jika majikan mengambil pekerja OKU, mereka akan diberikan insentif RM1000 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan. Syarat kelayakan adalah Pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan kurang upaya (OKU); dan Peserta program Return to Work (RTW) PERKESO.
Terdapat syarat tambahan yang perlu diambil perhatian oleh majikan agar mereka layak untuk mendapatkan insentif ini. syarat tersebut adalah seperti yang berikut:
- Majikan hendaklah mendaftar kekosongan jawatan dalam Portal MYFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my) bermula 15 Jun 2020 atau mana-mana portal pekerjaan yang berdaftar di bawah Akta 246.
- Majikan yang mengambil pencari kerja yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 2 bulan (kecuali MyApprentice).
- Bagi tujuan pengesahan penempatan pekerjaan, majikan perlu mendaftarkan kekosongan pekerjaan melalui Portal MYFutureJobs. Pekerja yang diambil dibawah insentif ini juga perlu berdaftar dengan portal ini.
- Pekerja baru yang telah digajikan di bawah insentif ini hendaklah didaftarkan dan mencarum dengan PERKESO dan SIP di Sistem ASSIST PERKESO.
- Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dan menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau yang baru di bawah PenjanaKerjaya (Hiring Incentive) dalam tempoh program ini.
- Majikan hendaklah menawarkan pekerjaan (employment contract) sekurang-kurangnya satu tahun (salinan kontrak tidak perlu dikemukakan kepada PERKESO) kecuali kategori MyApprentice.
- Pencari kerja tempatan yang belum mencapai umur 60 tahun.
Pengambilan pekerja dan perantis yang dibuat pada atau
selepas 15 Jun 2020 adalah layak menerima semua insentif di atas. Tarikh akhir bagi permohonan di bawah PenjanaKerjaya adalah
pada 31 Disember 2020.
Adakah majikan layak memohon insentif di bawah PenjanaKerjaya bagi pekerja dan perantis yang telah diambil tetapi belum didaftarkan dengan MYFutureJobs?
- Layak. Dengan syarat majikan hendaklah mendaftarkan maklumat kekosongan pekerjaan di Portal MYFutureJobs serta memastikan pekerja tersebut telah didaftarkan di Portal MYFutureJobs. Mana-mana majikan yang memohon insentif di bawah PenjanaKerjaya perlu terlebih dahulu mendaftar pekerja tersebut dengan PERKESO mengikut syarat seperti di seterusnya; dan
- Bagi majikan yang telah mendaftarkan kekosongan pekerjaan serta telah membuat penempatan di bawah portal pekerjaan selain daripada Portal MYFutureJobs, majikan perlu mengemaskinikan maklumat kekosongan tersebut di bawah MYFutureJobs termasuk pendaftaran pekerja bagi tujuan pemprosesan bayaran permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja serta bagi tujuan pengesahan caruman di portal ASSIST PERKESO.
Bagaimana cara membuat permohonan insentif di bawah PenjanaKerjaya?
- Kekosongan pekerjaan perlu didaftarkan di Portal MYFutureJobs walaupun kekosongan pekerjaan tersebut telah didaftarkan di dalam mana-mana portal pekerjaan yang lain;
- Sekiranya terdapat pengambilan pekerja baru, majikan perlu mendaftarkan pekerja tersebut di sistem ASSIST PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja melaporkan diri
- Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh mendaftarkan profil majikan di Portal PenjanaKerjaya melalui laman sesawang penjanakerjaya ;dan
- Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh membuat permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja bagi pekerja yang diambil dibawah insentif ini.
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya?
- Maklumat akaun bank majikan (salinan halaman hadapan Penyata Bank / muka depan buku bank yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank)
- Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan Maklumat (Business Registration Number- BRN)
Majikan dinasihatkan untuk menyemak kedua-kedua dokumen di
atas adalah betul bagi mengelakkan sebarang kelewatan pemprosesan
bayaran.
Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN) yang perlu diperolehi daripada pihak bank?
- BRN adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
- Majikan hendaklah berhubung dengan pihak bank masing-masing bagi memastikan BRN yang diberikan adalah betul dan tepat.
- Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT)
Bagaimanakah pembayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya dilaksanakan?
- Bayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah secara bulanan kepada majikan selepas bayaran caruman wajib seperti PERKESO dilaksanakan (bulan seterusnya);
- Bantuan Mobiliti yang dibayar secara one-off kepada pekerja melalui majikan pula perlu dibayar kepada pekerja yang layak dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran diterima daripada PERKESO; dan
- Bayaran insentif hanya akan dilaksanakan setelah kesemua syarat seperti di soalan 3 dipenuhi termasuk caruman bulanan PERKESO yang telah dikreditkan terus ke dalam akaun bank majikan. (Contoh: pekerja atau perantis yang diambil bekerja pada 1 Julai 2020 tetapi majikan mendaftar dan mencarum pekerja tersebut dengan PERKESO pada 15 Julai 2020, bayaran insentif hanya boleh dibuat mulai bulan Ogos 2020 dan ke atas).
Adakah majikan akan menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau diberhentikan?
Insentif yang berikutnya di bawah PenjanaKerjaya TIDAK DIBAYAR kepada majikan sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau telah diberhentikan.
Bagaimanakah semakan status permohonan boleh dilakukan oleh pihak majikan?
Majikan boleh membuat semakan status permohonan di Portal
PenjanaKerjaya.
Adakah majikan perlu membuat permohonan setiap bulan?
- Tidak perlu. Majikan hanya perlu memastikan pembayaran caruman kepada PERKESO dibuat setiap bulan untuk melayakkan menerima insentif pengambilan setiap bulan.
- Sekiranya pekerja atau perantis tersebut diberhentikan/meletak jawatan, majikan diwajibkan mengemaskini maklumat pekerja/perantis di sistem ASSIST PERKESO terlebih dahulu.
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pekerja terhadap majikan yang menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja tidak menerima gaji bulanan atau gaji mereka dipotong oleh majikan?
Pekerja yang mempunyai aduan berkenaan tidak menerima gaji
bulanan atau gajinya dipotong boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga
Kerja
BANTUAN MOBILITI (MOBILITY ASSISTANCE)
Apakah syarat bagi Bantuan Mobiliti di bawah PenjanaKerjaya?
- Pekerja dan perantis yang diambil oleh majikan di bawah program insentif pengambilan ini yang perlu berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja terkini adalah layak menuntut bantuan RM600 melalui majikan;
- Sekiranya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya layak menuntut RM1,000 melalui majikan;
- Bantuan Mobiliti akan dibayar kepada pekerja melalui majikan secara one-off; dan
- Pekerja hanya layak menerima Bantuan Mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh program.
PROGRAM LATIHAN
Apakah syarat program latihan di bawah PenjanaKerjaya?
- Majikan yang mengambil pekerja (kecuali perantis) di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran (re-skilling & upskilling) berdasarkan keperluan pekerjaan atau industri berkenaan;
- Senarai kursus latihan yang diperakukan oleh PERKESO akan disenaraikan secara terperinci di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa; dan
- Kadar yuran latihan maksimum RM4,000 bagi seorang pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.
Program Latihan di bawah PenjanaKerjaya dibuka untuk permohonan
mulai 1 Julai 2020.
Program Latihan di bawah PenjanaKerjaya akan Majikan boleh memilih kursus yang tersenarai di bawah Program Latihan
PenjanaKerjaya di laman sesawang penjanakerjaya serta perlu mendapat kelulusan atau pengesahan daripada PERKESO.
dibuka untuk permohonan
mulai 1 Julai 2020. Hanya kursus yang telah diluluskan oleh PERKESO dan tersenarai di bawah
PenjanaKerjaya sahaja yang ditawarkan.
Majikan perlu mengemukakan permohonan latihan berdasarkan
keperluan pekerja yang diambil di bawah insentif ini.
Tempoh latihan di bawah PenjanaKerjaya adalah bergantung kepada
jenis kursus yang merangkumi soft skill, hard skill, transferable skill,
occupation - specific dan hybrid yang tidak melebihi 30 hari.
Apakah yang perlu dilaksanakan oleh majikan dan penyedia latihan selepas membuat pemilihan kursus ?
- PERKESO akan membuat pengesyoran kelulusan dan mengeluarkan 'guarantee letter' untuk dibekalkan kepada penyedia latihan.
- Penyedia latihan adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan semua dokumen seperti bukti kedatangan dan lain-lain bagi tujuan pembayaran kepada penyedia latihan tersebut.
- Majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka mengikuti kursus sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan
pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 atau emel kepada
penjanakerjaya@perkeso.gov.my.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.