i-Sinar: (baru) Panduan Permohonan Pengeluaran RM10K Akaun 1 KWSP

28/11/2020

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Semasa pengumuman Belanjawan 2021, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi membantu rakyat. Salah satunya adalah Program i-Sinar dimana ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang dari Akaun 1.  i-Sinar dijangka akan memberikan kelegaan kepada dua juta ahli KWSP dengan anggaran jumlah dana pendahuluan sebanyak RM14 bilion untuk disalurkan kepada rakyat yang layak.

Sebelum ini, rakyat Malaysia telah diberi kemudahan bagi inisiatif i-Lestari dengan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF sebanyak RM500 sebulan bagi membantu meringankan beban kewangan setelah negara kita dilanda wabak Covid-19.

Apakah Itu i-Sinar

program i-Sinar ini bertujuan untuk membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa. Ia merupakan kesinambungan kepada program i-Lestari yang telah memberi manfaat kepada sebilangan besar pencarum KWSP sebelum ini. Walaupun begitu, program ini menetapkan beberapa syarat khusus bagi pencarum yang terjejas.

Pada awalnya, Tengku Zafrul menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibenarkan hanya berjumlah RM500 sebulan dan kemudahan ini akan diberikan kepada kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.

Kemudian, KWSP telah mengeluarkan kenyataan media pada 14 November yang menyatakan mereka telah meluaskan skop i-Sinar dan lebih ramai pencarum akan layak untuk memohon kemudahan i-Sinar, iaitu sebanyak 2 juta pencarum. Perkara ini merupakan berita baik yang sangat dinantikan oleh ahli pencarum kerana mereka yang layak akan dibenarkan mengeluarkan simpanan KWSP sebanyak 10% dari Akaun 1 dengan syarat baki minimum sebanyak RM 100.

Apakah Kelayakan untuk memohon I-Sinar (pengeluaran RM10K Akaun 1)

Berdasarkan makluman terkini yang diumumkan pada 26 November, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz telah membuat pengumuman mengenai Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan tidak kira bagi mereka yang hilang pekerjaan atau pendapatan yang dikurangkan. Pengumuman ini dibuat berdasarkan luahan rakyat di media sosial dan apa yang menggembirakan lagi,mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor.

Berdasarkan pengumuman ini, seramai 8 juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka yang dinaikkan dari had maksima sebelum ini iaitu bermula dari RM 6,000 dinaikkan sehingga RM 9,000 dan yang paling terbaru sehingga RM10,000.

Cara Permohonan i-Sinar

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan oleh ahli KWSP untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 1 iatu secara dalam talian ataupun pergi ke mana-mana cawangan KWSP terdekat.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada EPF bagi cara memohon program ini. Sepatutnya, perincian i-sinar akan diumumkan pada 18 nov 2020, 

Kami akan mengemaskini tentang maklumat ini sebaik sahaja link dari KWSP online atau pautan rasmi ini dilancarkan. Sementara itu, kami mencadangkan anda buat semakan baki Akaun 1 anda untuk memastikan kadar pengeluaran Akaun 1 KWSP anda nanti.

Permohonan i-Sinar akan dibuka mulai pertengahan Disember 2020, dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan.

Berapakah Jumlah Pengeluaran Yang boleh dilakukan?

Ramai lagi yang keliru berapakah jumlah pengeluaran sebenar yang dibenarkan. Syarat umum yang ditetapkan oleh KWSP adalah 

  • Ahli yang layak dapat membuat pengeluaran sebanyak 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100

 Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kategori jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan, yang mana adalah bergantung kepada jumlah baki di dalam Akaun 1 iatu iaitu Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dan Simpanan Akaun 1 RM90,000 ke atas. 

  • Bagi ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.

Baki Akaun 1 RM 90,000 ke atas

  • Bagi pencarum yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), mereka akan mempunyai akses pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
  • Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan.

Maklumat Tambahan Berkenaan i-Sinar (Penting)

Ahli tidak perlu membayar pendahuluan yang dikeluarkan

Anda hanya perlu mengganti semula pendahuluan ini apabila bekerja semula dan caruman baharu diterima. Caruman baru yang diterima ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1 sehingga wang pendahuluan ini habis digantikan. Selepas itu, sistem caruman akan kembali kepada sistem biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

Tiada bayaran tunai yang perlu dibuat kepada pihak KWSP

Jumlah pendahuluan yang diterima sebelum ini hanya perlu digantikan melalui caruman

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot