i-Sinar: (Baru) Kelayakan dan Tips Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10K

03/12/2020

Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.

KWSP telah mengeluarkan kenyataan media pada 2 Disember 2020 yang menyatakan i-SINAR akan dibuka kepada ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat covid-19.

Tarikh Permohonan Dibuka

Kriteria Kelayakan

Terdapat dua kategori yang melayakkan ahli untuk memohon pengeluaran duit di akaun 1 KWSP. mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di;

  1. sektor formal, 
  2. bekerja sendiri, 
  3. bekerja dalam sektor ekonomi gig
  4. yang sudah lama tidak mencarum
  5. hilang pekerjaan
  6. suri rumah
  7. pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi kelayakan kategori 1 adalah

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut ( bermaksud yang kehilangan pekerjaan selama dua bulan, atau tiada pendapatan dua bulan)

2. Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas selepas Mac 2020.

Bagi ahli kategori 1, mereka boleh memohon dengan

  1. Tiada dokumen sokongan diperlukan
  2. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
  3. Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian.

Tarikh Pembayaran@Pengeluaran KWSP akaun 1 adalah pada pertengahan Januari 2021.

Ahli KWSP Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja TETAPI mengalami pengurangan pendapatan keseruluhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020. yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Dokumen Sokongan yang diperlukan bagi kategori 2

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan,. sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atua surat pengesahan majikan akan diberikan pertimbangan.

Ahli KWSP bagi kategori 2 boleh memohon secara dalam talian bermula 11 Januari 2020. Boleh Mohon secara dalam talian di laman sesawang KWSP : https://isinar.kwsp.gov.my/  

Status permohonan akan dikeluarkan dan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikut, selepas kelulusan diberi.

Jumlah Kelayakan Pengeluaran i-Sinar

Terdapat dua kategori jumlah pengeluaran iatu maksimum 10,000 dan 60,000. jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada baki dalam Akaun 1. Rujuk jadual di bawah.

Anda boleh semak baki akaun anda secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

Penting!!

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.




Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot