Semakan status pantas dan Permohonan pengeluaran KWSP (EPF) secara dalam talian sahaja melalui I-lestari Online 

15/04/2020

Kerajaan memperkenalkan i-Lestari sebagai salah satu inisiatif bantuan untuk menolong orang menghadapi kesan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Tujuan utamanya adalah untuk membebaskan dana kecemasan untuk individu dan pada tahap makro, merangsang ekonomi dengan memberi orang lebih banyak kuasa perbelanjaan. 

Langkah ini adalah salah satu inisiatif di bawah program Pakej rangsangan Ekonomi Rakyat PRIHATIN bagi membantu rakyat menghadapi kesusahan semasa wabak covid-19 ini. Ini kerana banyak aktiviti perniagaan tidak dapat dijalankan dan majoriti rakyat tidak dapat keluar bekerja.

Setakat ini, dalam program I-Lestari KWSP, sebanyak 1.2 juta permohonan telah diterima setakat 12 April 2020, dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.17 juta permohonan telah diluluskan yang membabitkan pengeluaran sebanyak RM 572 juta pada Mei 2020. (sumber ; Berita Harian )

Di bawah skim Pengeluaran i-Lestari, ahli KWSP yang layak boleh mengeluarkan wang sehingga RM 500 sebulan dari Akaun 2 untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Skim ini adalah terbuka untuk semua ahli yang berumur di bawah 55 tahun.

Sebelum ini, terdapat beberapa cara untuk memohon skim ini. Ahli boleh melakukannya hanya melalui i-Akaun KWSP (di bawah e-Pengeluaran); dengan mengisi borang dan menghantar e-mel ke ilestarimohon@epf.gov.my; yang mana agak merumitkan para pemohon.

Sekarang ia telah dipermudahkan dengan adanya I-lestari Online. Anda hanya perlu mengisi borang secara dalam talian dan hanya mengambil masa 2 minit untuk mengisi.

Berikut berapa langkah yang anda boleh ikuti sebagai panduan permohonan.

Anda boleh menyemak permohonan anda selepas 2 hari bekerja hanya secara dalam talian. KWSP juga akan menghantar SMS ke nombor telefon bimbit anda yang telah didaftarkan setelah pengeluaran berjaya. Mudah sahaja.


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.


TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot