GKP: Permohonan Akan Dibuka Semula Bagi PKS Yang Tercicir?

13/06/2020

Para Peniaga khususnya PKS dan Mikro telah terjejas teruk semasa dalam tempoh PKP kerana semua aktiviti ekonomi terhenti. Mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi sebagai langkah untuk membendung penularan Wabak Covid-19.

Kerajaan telah memperkenalkan Geran Khas Prihatin untuk PKS dan Mikro sebanyak RM3000 secara one-off sebagai bantuan kepada para peniaga. Bantuan ini diberikan bagi membolehkan para peniaga boleh survive pada masa yang sangat sukar ini. 

Bantuan ini dibawah selian LHDNM. LHDN telah membuka permohonan Geran Khas Prihatin ini kepada para peniaga yang memenuhi syarat kelayakan.

Permohonan GKP ini telah ditutup pada 31 Mei 2020 yang lalu. Keputusan Permohonan GKP boleh disemak bermula pada 9 Jun 2020. LHDN juga telah membuka peluang semula rayuan GKP bagi permohonan yang telah gagal atau mendapat status TIDAK LULUS. 

Permohonan Semula GKP Boleh Dibuka Semula?

Mengikut tinjauan kami di laman facebook LHDN, ramai peniaga yang terlepas pandang akan bantuan RM3000 ini dan tidak sempat untuk mengisi permohonan ini yang mana telah berakhir 31 Mei 2020 lalu.

Ini adalah post atau komen yang diviralkan atau komen yang ditulis oleh rakyat Malaysia yang merayu agar permohonan GKP ini dibuka semula.

Kami sgt berharap agar permohonan baru geran khas prihatin di buka sekali lagi bagi kami yg tercicir ini dan sgt2 memerlukan bantuan ini utk meneruskan perniagaan kami.. Masih ramai lagi yg tercicir dan memerlukan.. Harap pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dpt mempertimbangkan hal ini 

Berikut merupakan screenshot komen-komen merayu permohonan GKP dibuka semula di laman facebook LHDNM.


Untuk pengetahuan anda, Setakat ini, Permohonan baru GKP adalah tidak dibenarkan, Hanya permohonan rayuan GKP sahaja yang dibenarkan yang mana akan berakhir pada 15 Jun 2020 ini.

Pembayaran GKP akan dibuat oleh LHDN ke akaun pemohon pada pertengahan dan akhir bulan Jun 2020. Boleh rujuk di sini tarikh Pembayaran GKP.

Adakah kerajaan baru ini akan mendengar rayuan para peniaga yang terlepas bantuan ini? Sudah pasti kerajaan akan mempertimbangkan agar permohonan GKP ini dibuka semula. Namun terdapat banyak faktor yang perlu diperhatikan sebelum membuat keputusan ini. 

Faktor paling utama adalah, adakah kerajaan masih mempunyai peruntukan tambahan yang cukup untuk membuka semula permohonan ini? mengikut laporan LAKSANA ke-8 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, 81,260 permohonan  telah diterima yang akan melalui semakan lanjut oleh LHDN,  35,800 permohonan (atau 44%) telah pun diluluskan.

Faktor kedua adalah jumlah peniaga yang terlepas peluang untuk membuat permohonan GKP. Jika jumlah peniaga yang ingin agar permohonan GKP ini tinggi, terdapat peluang yang lebih cerah agar kerajaan membuka semula permohonan ini. Inilah peluang kerajaan baru bagi mengambil hati rakyat dan mendapatkan sokongan. Anda boleh mengisi petition di sini : Rayuan Pembukaan semula permohonan GKP. Petisyen ini bukan jaminan kerajaan akan membuka semula permohonan ini tetapi sekurang-kurangnya kerajaan dapat melihat berapa ramai peniaga terlepas peluang bantuan ini.

Bantuan Lain Yang Anda Boleh Dapat?

Dalam Pelan Ekonomi PENJANA yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terdapat 40 inisiatif yang akan dilaksanakan untuk membantu ekonomi Malaysia aktif semula. Bantuan lain yang PKS boleh dapat dalam pelan ini adalah Pinjaman atau pembiayaan BSN dan Tekun dilanjutkan. Pembacaan lanjut di sini : PENJANA: Bantuan Semasa PKPP Untuk PKS dan Mikro Yang Anda Perlu Tahu.


Jom Support Lokal! Jom jalan-jalan ke Sabah bossku.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?