Gereja dan Rumah Ibadat di kawasan Zon Hijau Akan Dibuka Pada 10 June, Info yang anda Perlu Tahu

Rumah Ibadat bukan Muslim seperti gereja, Kuil dan Tokong di dalam kawasan zon hijau akan dibenarkan untuk dibuka semula bermula 10 Jun 2020, tetapi tertakluk kepada SOP.
Pasti ini adalah berita baik dan gembira kepada penganut agama lain selain Islam. Hampir 2 bulan semenjak PKP dikuatkuasakan menyebabkan rumah ibadat ditutup bagi mengelakkan perhimpunan ramai orang dan seterusnya akan menyebabkan penyebaran virus Covid-19.
Terdapat beberapa SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Antaranya adalah;
- Warga Emas dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir ( Had umur 70 tahun ke atas dan umur 12 tahun ke bawah)
- Jumlah Maksimum kehadiran dalam satu-satu masa adalah 30 orang. Bergantung kepada saiz kawasan ruang ibadat.
- Hanya Warganegara Malaysia dibenarkan untuk hadir.
- Rumah Ibadat hanya dibuka pada hari penting. Contoh, bagi agama Kristian, akan dibuka pada hari Ahad atau Sabtu mengikut Amalan masing-masing. Hindu dan Buddha boleh dibuka sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada hari ibadah.
- Setiap orang yang hadir perlu diperiksa suhu badan, menggunakan penutup muka dan hand sanitizer.
Sumber : Free Malaysia Today

CERITA TRAVEL SABAH
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
DAPATKAN LANGGANAN BERITA PERCUMA DARIPADA BERITA HARIAN, AWANI, HARIAN METRO, DAILY EXPRESS SECARA PERCUMA DAN BERITA ANTARABANGSA.