Geran PRIHATIN khas RM 3K untuk PKS Mikro dijangka akan dilaksanakan bermula 1 Mei 2020

30/04/2020

Seperti yang kita sudah sedia maklum, pada 6 April 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau "PRIHATIN TAMBAHAN". Salah satu adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang mana akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.  

Maklumat Lanjut Syarat Geran Khas : Anda Perlu Tahu :  Geran Khas RM 3000 untuk PKS di bawah pakej Khas PRIHATIN tambahan 

Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah geran khas ini akan dilaksanakan. Pada 14 April 2020, Pihak Kementerian Kewangan melalui Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan mula melaksanakan baki empat lagi langkah di bawah Pakej PRIHATIN bermula 1 Mei 2020.

Empat lagi langkah utama yang bernilai RM66 bilion atau 25 peratus daripada keseluruhan nilai Pakej PRIHATIN adalah seperti berikut :

  1. kemudahan skim jaminan pinjaman oleh Danajamin (RM50 bilion) 
  2. Program Khidmat Rundingan Majikan oleh KWSP bagi membantu memberi penjimatan aliran tunai majikan (RM10 bilion) 
  3. Projek Kerajaan berskala kecil untuk memanfaatkan kontraktor kecil (RM4 bilion) 
  4. Geran PRIHATIN Khas untuk PKS mikro (RM2.1 bilion) 

Sehingga kini,  kerajaan sudah melaksanakan enam dari 10 langkah yang dirancang di bawah Pakej PRIHATIN. Ia termasuk moratorium bayaran pinjaman institusi, kemudahan i-Lestari iaitu pengeluaran Akaun 2 KWSP, subsidi upah yang dilaksanakan oleh PERKESO, pengurangan kadar minimum caruman pekerja KWSP, dan Bantuan PRIHATIN Nasional (RM10 bilion).

Pihak Kementerian Kewangan akan mengadakan taklimat setiap minggu, untuk berkongsi tahap pencapaian pelaksanaan Pakej PRIHATIN. 

Sumbe : astroawani

MAKLUMAT TERKINI : KINI GERAN KHAS PKS AKAN DIBUKA ESOK JAM 9.00 PAGI.

CARA MOHON DI SINI : Geran Khas Prihatin RM 3000 : (Terkini) panduan bagaimana mohon GKS secara dalam talian.

IKUTI KAMI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.


TIPS DAN PANDUAN BERCUTI

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot