Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Geran Khas Prihatin Tambahan PERMAI 2021 RM1000

Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Banyak aktiviti ekonomi telah terjejas dan menyebabkan ramai peniaga kecil dan penjaja (PKS) yang kehilangan pendapatan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021, mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) dengan peruntukan sebanyak RM650 juta yang akan memanfaatkan 500,000 PKS Mikro.
Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan?
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh
Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan
Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Siapakah yang akan menerima GKP Tambahan?
GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk
rayuan. Setakat ini, Permohonan baru GKP belum dibuka.
Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
- PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - RM1,000
- PKS mikro bagi lain-lain negeri - RM500
4. Bilakah tarikh pembayaran GKP Tambahan akan dibuat?
Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021.
Bagaimanakah kaedah pembayaran GKP Tambahan akan dilaksanakan?
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu
dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan
pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima
yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.