Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Terkini : Syarat dan jawapan soalan berkaitan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) RM 3000


Jika Anda ada persoalan dan masalah pengisian Geran Khas Prihatin (GKS), anda berada di tempat yang betul, kami menyediakan beberapa penyelesaian kepada persoalan anda berkaitan.
Apa itu Geran Khas Prihatin?
Geran Khas PRIHATIN (GKP) telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu inisiatif bagi membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Geran Khas sebanyak RM3,000 disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.
Tarikh Pembukaan Sistem GKS
Ramai pengusaha kecil tertanya-tanya bila geran khas RM 3000 ini boleh dipohon. Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran ini boleh dimohon pada 1 Mei 2020.
Pada hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, LHDNM telah membuat pengumuman bahawa Sistem permohonan GKP (geran Khas Prihatin PKS) akan dibuka kepada orang awam pada 01 Mei 2020 mulai jam 9.00 pagi sehingga 15 Mei 2020.
Pemohon boleh mengisi secara dalam talian di pautan berikut : Permohonan Geran Khas Prihatin RM 3000 atau KLIK GAMBAR DI BAWAH
Sehubungan itu Hasil Care Line (HCL) yang mengendalikan talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) akan beroperasi seperti biasa pada 01 dan 02 Mei 2020 dari 9.00 pagi - 4.30 petang bagi menjawab sebarang pertanyaan berkaitan GKP.
Selain menghubungi HCL, orang ramai juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan GKP kepada LHDNM melalui:
a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my /; dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM
Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas
dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my .
- Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
- Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off
- Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.
- Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN GKS
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh para peniaga kecil dan sederhana (PKS) untuk mengetahui keputusan adakah permohonan bantuan GKS mereka adalah lulus atau gagal. bermula pada awal bulan Jun, para pemohon boleh memulakan semakan permohonan di Portal GKP LHDN. Anda boleh buat semakan melalui pautan yang kami sediakan di bawah.
FAQ BERKAITAN DENGAN GERAN KHAS PRIHATIN GKS
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!
ARTIKEL LAIN
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
Anda salah seorang yang telah join LikeShare dan Isharefans? pasti ketika ini anda sangat bimbang dan takut melihat perkongsian dan pertanyaan daripada rakan-rakan lain. Kini masalah withdrawal daripada kedua-dua platform ini sudah bermula.
WeMediaa Review: Adik Kepada IshareFans
Akhir-akhir ini, banyak aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hany like,share, follow, view akaun media sosial. antaranya adalah LikeShare, Isharefans, Ezjob99 dan WeMediaa.
Anda pernah melihat iklan atau post orang di media sosial, whatsapp yang mengajak anda untuk menjana pendapatan secara mudah dalam talian? Likeshare? Jika anda pernah dan ingin mencari maklumat tentang likeshare Malaysia, mungkin artikel ini akan membantu anda untuk pemahaman anda? Jika anda mempunyai rasa was-was tentang likeshare ini, kami...
Ekonomi dunia pada hari ini semakin terjejas disebabkan oleh wabak Pandemik Covid-19. Hal ini menyebabkan ramai orang yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan. Ramai yang terdesak untuk mendapatkan wang mudah atau secara dalam talian. Ini kerana ramai yang tidak dapat keluar dari rumah disebabkan perintah daripada pihak berkuasa.