Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Gerak Malaysia : Semakan status Permohonan Pergerakan antara Negeri ( Inter-state Travel)

TERKINI
Gerak Malaysia : Pergerakan Antara Negeri akan dijadualkan bermula pada 7 hingga 10 Mei 2020
JADUAL PERJALANAN ANTARA NEGERI SUDAH DIKELUARKAN. KLIK DI BAWAH
Jika ada merupakan pemohon yang telah mengisi permohonan pergerakan antara negeri, Anda harus membaca artikel ini. Seperti yang dimaklumkan pada oleh kementerian pada sebelum ini, semakan permohonan Pergerakan antara negeri akan diketahui pada 29 April 2020.
Sebelum anda dapatkan keputusan semakan, anda kena pastikan maklumat pada bahagian Residential Adresses adalah betul, jika tersilap isi, pastikan anda telah kemaskini.
Bagi yang belum tahu apa itu gerak Malaysia, GERAK MALAYSIA adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak.
GERAK MALAYSIA juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak COVID-19.
Pembacaan lanjut anda boleh rujuk di sini : GERAK MALAYSIA :Pulang ke ibu kota atau Bandar semula dibenarkan ? Perlu Daftar Aplikasi Gerak Malaysia
Cara buat Semakan Gerak Malaysia
Berikut adalah cara untuk buat semakan untuk status kelulusan permohonan permit Gerak Malaysia.
Untuk makluman, tarikh untuk buat semakan adalah pada 1 Mei 2020.
<Maklumat terkini akan dikemaskini selepas mendapat maklumat rasmi>
Pastikan anda sudah memasang aplikasi gerak Malaysia di dalam telefon anda. Jika belum anda boleh rujuk panduan di sini : GERAK MALAYSIA : Panduan Bagaimana untuk memohon pergerakan antara negeri
Semak Residential Address
Sila semak maklumat Residential Address yang ada masukkan sebelum ini.
Sila pastikan bahawa anda memasukkan:
- Alamat yang TERKANDAS di kampung
- BUKAN alamat destinasi di bandar

Alasan untuk pergerakan
Pastikan anda pilih alasan yang kukuh untuk buat pergerakan rentas negeri Gerak Malaysia.
Semasa proses pendaftaran dan permohonan sebelum ini, anda akan dipaparkan dengan mesej "Please select a valid reason of travelling out of your home".
Tarikh & jadual perjalanan semasa PKP
Sebelum ini, Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon Gerak Malaysia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing iatu pergerakan antara 1 mei hingga 3 mei 2020.
TERKINI : Gerak Malaysia : Pergerakan Antara Negeri akan dijadualkan pada 7 hingga 10 Mei 2020
Namun begitu, pada sidang media MKN pada 30 April 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menyentuh tentang perkembangan kebenaran pergerakan antara negeri atau GERAK MALAYSIA.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa :
Pendaftaran itu (untuk pergerakan) dibuka mulai 26 April melalui aplikasi Gerak Malaysia hingga 1 Mei ini.
"Selepas itu kita akan salurkan maklumat kepada polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan sebelum diputuskan mengenai kebenaran pulang itu," katanya dalam sidang media khas selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.
"Saya ingin memperbetulkan sedikit kekeliruan semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tarikh 1 hingga 3 Mei untuk dibenarkan pergerakan.
"Sebenarnya seperti yang saya sebutkan sehingga 1 Mei adalah tempoh pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia dan bagi siapa yang tiada aplikasi itu boleh melaporkan di balai terdekat melalui temujanji," katanya. (sumber : Berita Harian)
Apa yang kita boleh lihat di sini, kerajaan akan mengumpul maklumat dan statistik permohonan pergerakan antara negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia untuk melihat trend dan kawasan yang akan menunjukkan pegerakan yang tinggi.
Hasil statistik dan laporan berkenaan akan dibawa ke dalam perbincangan antara PDRM, MKN dan KKM agar SOP dapat dibentuk dan pergerakan setiap rakyat dapat dipantau dan dijalankan dengan lancar.
Diharapkan agar rakyat Malaysia terus bersabar dan menanti keputusan yang terbaik daripada pihak kerajaan.
Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut
Jika anda mengalami masalah teknikal, dan memerlukan maklumat lanjut berkaitan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email seperti yang disenaraikan di bawah :
- info@gerakmalaysia.gov.my
- feedback@gerakmalaysia.gov.my
- maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
- aduan@gerakmalaysia.gov.my
- complaint@gerakmalaysia.gov.my
Anda juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my.
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
Anda salah seorang yang telah join LikeShare dan Isharefans? pasti ketika ini anda sangat bimbang dan takut melihat perkongsian dan pertanyaan daripada rakan-rakan lain. Kini masalah withdrawal daripada kedua-dua platform ini sudah bermula.