Gerak Malaysia : Pergerakan Antara Negeri akan dijadualkan bermula pada 7 hingga 10 Mei 2020

02/05/2020

Sebelum ini, Pendaftaran GERAK MALAYSIA dimulakan pada 26 April 2020 dan dinyatakan berakhir pada 29 April 2020. sebelum ini jadual perjalanan yang diwar-warkan adalah 1 Mei - 3 Mei 2020. Namum belum ada pengumuman daripada pihak bekuasa. Rakyat Malaysia dalam dilema dan  tertanya-tanya apakah status permohonan pergerakan antara negeri mereka dan bilakah mereka dapat memulakan perjalanan. Ramai yang terperangkap di kampung, malah terdapat kes anak mereka terperangkap di kampung kerana mereka telah menghantar anak mereka di kampung sebelum PKP ini bermula pada 18 Mac 2020.  Akhirnya ia terjawap pada hari ini.

Pada sidang media pada hari ini, 2 Mei 2020, Ismail Sabri Yaakob (Kluster Keselamatan) menyatakan bawah pergerakan antara negeri akan dijadualkan pada 7 hingga 10 Mei 2020.

Pendaftaran melalui Aplikasi GERAK MALAYSIA telah berakhir kelmarin. Pihak Polis telah menerima hampir 500,000 permohonan untuk pergerakan kembali dari kampung ke Bandar. Pihak Polis akan menyediakan jadual pergerakan untuk setiap perjalanan tersebut. Status permohonan boleh dirujuk di dalam aplikasi berkenaan.

Beliau turut menggesa agar para majikan dalam sektor swasta tidak mengambil tindakan ke atas pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mungkin mereka berada di luar bandar. Kebanyakan sektor ekonomi telah dibenarkan untuk beroperasi bermula 4 Mei 2020 ini.





MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Trustpilot