Jadual perjalanan rentas negeri 7 hingga 10 Mei 2020-PDRM

03/05/2020

Pada hari ini, POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menetapkan empat hari untuk perjalanan rentas negeri bagi membolehkan orang ramai yang terkandas bergerak semula ke kediaman masing-masing bermula Khamis ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamad berkata, pihaknya menetapkan Khamis ini kepada orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain di Semenanjung.

Jadual Perjalanan adalah seperti yang berikut :

7 Mei 2020 - Mereka yang berada di Kuala Lumpur

8 Mei 2020 - Mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan

9 Mei 2020 - Mereka yang berada di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

10Mei 2020- mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu


Jadual ini dibentuk bagi mengelakkan pergerakan yang serentak dan mengakibatkan kesesakan dan perkumpulan ramai orang dalam satu destinasi.

PDRM memaklumkan bahawa tiada makluman atau notifikasi kelulusan permohonan melalui aplikasi berkenaan dan tiada QR code dikeluarkan berhubung dengan kelulusan berkenaan.

Pihak Polis masih dapat mengesan individu yang membuat permohonan semasa pemeriksaan akan dilakukan. So pastikan anda telah memohon kebenaran untuk perjalanan antara negeri. Anda masih boleh membuat permohonan dengan berhubung dengan balai polis yang terdekat.

Dinasihatkan agar semua orang yang melakukan perjalanan antara negeri sentiasa mematuhi peraturan sepanjang perjalanan. PDRM akan berusaha untuk melancarkan perjalanan kembali ke tempat kediaman.




Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Trustpilot