Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
YDPA: Tidak Perlu Darurat Buat Masa Ini

Pada hari ini, negara digemparkan dengan ura-ura pengisytiharaan darurat di Malaysia. Pada hari ini, Tan sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan perjumpaan dengan YDPA. Terdahulu, Muhyiddin bersama menteri Kabinet bermesyuarat selama tiga jam di Bangunan Perdana Putra pagi tadi.
Artikel Penuh : Sinar Harian
Antara desas-desus yang berlegar di media sosial adalah darurat ekonomi dan darurat kesihatan. Spekulasi ini menimbulkan banyak perbincangan di media sosial. Persoalan-persoalan utama yang berkait dengan darurat, iaitu "Kenapa dan bagaimanakah darurat diisytiharkan?", "Siapakah pihak yang memulakan keadaan tersebut?", "Siapakah yang menjadi sasaran sebenar darurat?" dan "Apakah yang telah dicapai melalui perisytiharan darurat?" telah mencetuskan pelbagai percanggahan pendapat dan perdebatan.
Khabar angin ini juga menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat dan juga pastinya ahli politik khususnya pembangkang. Boleh lihat Komen Facebook Dr. Mahathir Mohammad seperti yang berikut:
STATE OF EMERGENCY 1. Covid-19 has been used to justify Parliament being delayed, shortened and void of any...
Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Jumaat, 23 Oktober 2020
Dari pihak kerajaan pula, mereka meminta agar tidak memutar belit akan isu ini dan menimbulkan kerisauan rakyat. Pengisyitiharaan darurat tidak semestinya akan menggunakan kekerasan dan akan ditadbir oleh tentera. Anda boleh membaca coretan DR MUHAMMAD FATHI YUSOF yang telah dikongsikan oleh Tan Sri Anuar Musa di laman facebooknya seperti berikut.
DARURAT UNTUK COVID-19 TIDAK MEMBAWA PEMERINTAHAN DIKTATOR Tulisan ini adalah lanjutan tulisan awal saya bertajuk...
Posted by Tan Sri Annuar Musa on Jumaat, 23 Oktober 2020
Perkembangan terbaru pada hari ini, Majlis Raja-Raja Melayu telah mengadakan pertemuan dan perbincangan berkaitan permohonan Pengisytiharaan darurat. Mesyuarat berkenaan berlangsung hampir 4 jam. Rujuk Berita Harian Metro.
Pada lewat petang, Istana Negara telah memberikan kenyataan Media bagi menjelaskan perkara atau hasil perbincangan berkenaan. berikut merupakan petikan kenyataan media berkenaan.


Dalam kenyataan media tersebut, YDPA berpendapat bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisyitharkan darurat di negara atau mana-mana bahagian negara Malaysia.
Seri Paduka Baginda mempercayai keupayaan kerajaan di bawah YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.
Baginda turut mengingatkan kepada ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menganggu pemerintahan negara. Baginda menyeru agar seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang khususnya fahaman politik, mengenepikan perbezaan dan perbalahan untuk bersau padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung wabak COVID-10 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai ini.
DAULAT TUANKU!
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.