Coronavirus Covid-19 : Kumpulan Penyelidik di Oxford Yakin 80% akan menghasilkan vaksin pada bulan september

13/04/2020
Sumber : Majalah Sains
Sumber : Majalah Sains


Sehingga kini, belum ada vaksin yang dihasilkan untuk mengubati virus covid-19 yang telah mula melanda dunia bermula pada penghujung bulan disember tahun 2019, yang mana bermula di China. Pada kini, ia telah melanda hampir keseruluhan negara di dunia dan telah mengakibatkan kematian hampir 114,215 orang dan jangkitan positif 1,850,220 orang.


Di Malaysia pula, Kematian disebabkan Covid-19 sudah mencecah 76 orang dengan jangkitan positif 4,683. Malaysia antara negara yang paling berjaya mengekang penyebaran jangkitan covid-19 dengan kadar kesembuhan yang tinggi. 

Namun begitu, jika vaksin belum dapat ditemukan atau dihasilkan, covid-19 terus akan menjadi risiko dan bahaya kepada manusia. Para penyelidik di seluruh dunia bersaing dan berusaha untuk menjadi yang pertama untuk menghasilkan vaksin tersebut. 

Sekumpulan saintis di Oxford, England, percaya bahawa mereka mungkin mempunyai vaksin yang sesuai untuk koronavirus yang akan siap pada bulan September. 

Sarah Gilbert, profesor vaksinologi di Oxford University, telah memberitahu The Times of London bahawa dia  80% pasti bahawa vaksin yang diusahakan oleh pasukannya akan berjaya dalam menangani COVID-19. Pasukan mereka merancang untuk pergi ke fasa seterusnya iatu percubaan manusia dalam tempoh dua minggu akan datang, dan telah meminta kerajaan British untuk menyokong pembuatan puluhan juta dos sebelum ujian selesai supaya jika mereka berjaya, vaksin akan tersedia untuk dilancarkan segera, di seluruh dunia.

Ketika pasukan di seluruh dunia, termasuk di Israel, bekerja dengan sunguh-sungguh untuk mempercepatkan penghasilan vaksin, pengasas Microsoft, iatu Bill Gates telah berjanji untuk "membazirkan" berbilion dolar untuk membina kilang untuk mengeluarkan dan menguji tujuh vaksin yang mungkin.

Untuk menghasilkan vaksin baru biasanya mengambil masa bertahun-tahun, tetapi untuk COVID-19, proses itu akan dihasilkan dengan cepat dengan menjalankan pelbagai ujian sebanyak mungkin serentak, kata Gilbert.

"Pertama, ada keperluan untuk menghasilkan vaksin untuk kajian klinikal di bawah keadaan yang dikawal ketat, diperakui dan memenuhi syarat - kami memerlukan kelulusan etika dan kelulusan peraturan. Kemudian percubaan klinikal boleh bermula dengan 500 orang dalam fasa 1.

Oleh kerana tidak beretika untuk sengaja menjangkiti orang dalam percubaan dengan COVID-19, para peserta akan diminta untuk melakukan rutin normal mereka dengan jangkaan bahawa sesetengah orang akan terdedah secara semula jadi. Ini bermakna kajian tidak mungkin mengambil tempat-tempat di negara-negara yang dikuatkuasakan oleh penguncian, kerana peserta tidak dapat dijangkiti dengan virus itu.

"Jika kita tunggu terlalu lama, sebahagian besar orang akan menjadi imun sebelum kita memberikan vaksin. Oleh itu penting kita membuat tindakan dengan cepat. Tetapi itu juga bermaksud kita perlu melakukan kajian di berbagai negara kerana jumlah penularan virus dipengaruhi oleh penguncian, "kata Gilbert.

Pasukan ini merancang untuk menjalankan beberapa percubaan di pelbagai populasi di seluruh dunia. "Jika salah satu daripadanya ternyata memiliki kadar penularan virus yang tinggi maka kami akan mendapatkan hasil keberkesanan kami dengan sangat cepat, itu adalah salah satu strategi untuk memendekkan masa. Total lock-down menjadikannya lebih sukar. kita tidak mahu kumpulan yang diuji menjadi imun secara semulajadi. Kami mahu mereka mudah terdedah agar hasil ujian ini adalah tepat. Ini persoalan masa, tidak mudah untuk meramalkan benua atau negara mana yang akan menjadi tempat terbaik untuk diuji. "

Sekiranya berjaya, vaksin itu boleh datang musim luruh ini, tepat pada waktunya untuk mengelakkan gelombang kedua COVID-19 dari mendatang.

Sumber dan diubahsuai dari : The Jerusalem Post

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 


TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot