Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
cerita travel sabah: Trip 6 hari 5 malam(6D5N) di Sabah

Pelancongan di Sabah khususnya agak terjejas dengan wabak Covid-19 baru-baru ini. Namun Kerajaan Malaysia telah membenarkan travel domestik iatu hanya pelancong dalam negeri sahaja.
Ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk bercuti di sabah setelah sekian lama terperangkap di dalam rumah. Promosi dan harga runtuh bagi pakej-pakej pelancongan menarik menghidupkan semula pelancongan domestik. Terima kasih atas sokongan anda semua!.
Perkongsian cerita travel di sabah pada kali ini adalah dikongsikan oleh dua orang pasangan dari semenanjung Malaysia di media sosial. Mereka telah bercuti di Sabah selama 6 hari 5 malam dengan budget yang sangat jimat. jom ikuti cerita Azriey Ah Chunk dan pasangannya Ain Sharudin.
Ittenary Ringkas Mereka
Day 1 - Kota Kinabalu (Pasar Malam, Pasar Gaya Street, Pasar Philipin Dataran Todak)
Day 2 - Pulau Manukan & Pulau Sapi
Day 3 - Kundasang (Sabah Tea,Sosodikon Hill, ATV Borneo Adventure)
Day 4 - Kinabalu Park Laban Rata
Day 5 - Puncak Kinabalu, Jambatan Tamparuli
Day 6 - Kota Kinabalu
Mesti ramai yang tertanya-tanya prosedur masuk sabah ketika PKPP ni kan. mudah sahaja, isi form, kalau isi time sampai KK memang kene beratur panjang. So boleh isi online di https://sm.jknsabah.gov.my/HDF/hdf.php. Naik flight macam biasa cuma keluar dan masuk flight tak macam dulu.
Berapakah Peruntukan/Kos
Kos percutian adalah sangat penting agar anda dapat merancang peruntukan kewangan anda. Ini budget mereka.
- Flight - RM450/person return siap lugage.
- Kereta Sewa - Bezza RM350 untuk 5 hari dapat murah sebab sewa dengan pakcik grab ( Nak dapatkan kereta sewa dengan harga Macam ni? Hubungi kami segera melalui whatsapp : 01110570862 ( KOD: hargapakcikgrab)
- Pakej Gunung Kinabalu - RM900/person ALL IN include porter guide dan makan.
- Hotel & Homestay - Bawah RM600 untuk 4 hari
- Pakej Pulau - RM40/person untuk dua pulau.
- Pakej ATV - RM150 2 jam++ pusing area ladang lembu dan sekitar runtuhan gempa bumi.
- Parasailing - RM75/person wajib try beb! Lawa gile view naik payung terjun ni haha
DIY Gunung Kinabalu
Pendakian normal selama 2 hari 1 malam. 1 hari pendakian, sampai di gueshouse untuk rehat. Dan pagi esoknya 3.00am terus ke puncak. Di atas tu ada 3 Guesthouse. Panalaban GE, Lemaing GE dan Pendant Hut. Tiga-tiga ni harga dia berbeza. Kalau bawah Sutera Santuary Lodge (SSL) ni harga premium kadang2 ada promo murah. Range dalam RM600-RM1500. Kalau bawah SSL boleh direct booking under SSL online atau Sabah Travel web. Dah dapat booking confirmation dan payment baru lah boleh mendaki kat situ. Untuk mendaki ada bayaran lain. Kene hire guide RM250 untuk 5 orang pendaki, so sorang RM50 jela. Untuk yang malas bawak barang, ada porter RM13 per 1 KG. Dan bayaran masuk Kinabalu Park, Climbing Permit, Insuran dalam RM60 seorang. Nak mendaki pastikan buat preparation, kalau tak sempat jogging. Boleh training squat 100 kali setiap hari dalam 2 minggu sebelum pon ok macam wife saya. Lagi banyak training lagi bagus. Pakaian sejuk jangan lupa huhu. Memang sejuk nak mati atas tu haha
Hotel
Kota Kinabalu - Klagan Hotel. Lokasi strategik gile hotel ni sebab dekat dengan Pasar malam, Pasar Filipin, Pasar Gaya dan Dataran Todak. Depan hotel ni ada mall, dalam mall tu ada foodcourt best gila. Hotel ni ade sediakan parking kereta free. So takpayah risau pasal nak parking kereta sewa dekat mana. Bilik deluxe je yang ade sea view. Nak dapatkan Grab senang je area sini. Breakfast dia sedap kat level atas sekali siap view laut dan pulau!
Kundasang - Nabalu Lodge, lokasi strategik gile sebab betul2 dekat bulatan lembu dekat pekan kundasang. Kalau nak makan dekat sangat dengan kedai kepak ayam bakar yang feymes kat situ. Kalau jalan jem boleh jalan kaki ke pasar pagi and pasar buah.
Kereta Sewa
Kami survey kereta Bezza 1 hari RM110 dan Axia RM100 sehari. Kebetulan abang grab time kat airport ni offer kereta sewa dia. RM350 untuk 5 hari ya siap hantar and drop dekat airport lagi! Haha sebab trip anniversary kami katanya. Lain kali naik grab kat tempat orang jangan la senyap je dalam kereta haha. Orang Sabah memang baik2 beb and memang friendly, semua tempat kalau jumpa, berbual mesti macam dah kenal lama haha. Ada driver grab yang kami naik siap cerita dia dapat anak 2 pasang anak kembar and cerita cara dia ngurat bini dia stewardess beb haha. Drive ke Kundasang kene hati2 sikit bila hujan sebab jalan berbukit. Time kat sana korang jangan risau bagi yang tak biasa bawak kereta. Perangai orang Sabah bawak kereta tak macam semenanjung. Bunyi hon agak rare nak dengar, mintak laluan pon senang je.
*Orang Sabah Senang runding bah: hubungi kami saja bossku, boleh dapatkan harga terbaik untuk kereta sewa.
Kundasang
Pekan kecil yang agak sejuk. Homestay kat sini banyak sangat pilihan. Nak datang 30 orang pon ade pilihan homestay kat sana. Boleh survey kat group FB Homestay Kundasang sebab tak banyak boleh di cari di Agoda atau online booking. Pukul 6 dah gelap. Kedai makan ada je buka malam2, ada KFC lagi. Kedai kepak ayam ada banyak dah sekarang. Ada pasar buah-buahan and sayur area pekan. Kene try makan buah Tarap, rasa dia macam cempedak.
Bandar Kota Kinabalu
Lokasi bandar tepi laut, kene stay dekat area pasar Philipin sebab banyak tempat boleh oergi area situ. Jeti Jeselton pon dekat je. Nak makan kami rekemen di Center Point food court. Petang2 jem teruk haha. Boleh tengok sunset dekat pantai Tanjung Aru atau Pantai Teluk Likas. Perjalanan ke airport tak perlu rush sebab dalam 14km je perjalanan ke airport.
Lokasi Tak Dapat Pergi
- Desar Dairy Farm - ladang lembu tutup sebab covid
- Kokol Resort - view bandar Kk lawa dan ada view Gunung Kinabalu.
- Fish Spa Ranau - main dengan ikan
Lagi cerita Travel Sabah
Read what's new this week
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).