Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Cerita Travel Sabah : Solo Trip Di Semporna, Sabah

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Hampir semua pengunjung ke Semporna Sabah memuji akan keindahan kepulauan di Semporna. Untuk pengetahuan Anda, terdapat 8 pulau yang wajib anda lawati bagi memenuhi bucket list pulau semporna.
Jom teruskan pembacaan perkongsian travel solo beliau ke Semporna. Traveller yang dimaksudkan adalah Romi Zunaidi. Beliau telah melawat ke Semporna baru-baru ini iatu pada 15 September 2020 (Solo Travel to Semporna. Island + Hiking Trip).
Di sini aku share pengalaman aku ke Semporna pada bulan August yang lepas. Untuk ke Semporna aku menaiki flight dari KLIA2 ke Tawau. Setibanya di Tawau aku sepatutnya menunggu van ke Semporna tetapi mungkin bak kata orang lokal disana kekerapan van kurang disebabkan tak banyak flight time covid dan kekurangan tourist maka tunggu takda van masa tu maka aku tumpang je bas persiaran yang ke Semporna. Kebetulan bas persiaran nak ke Semporna dan bawak group pelancong yang kebetulan satu flight dari KL ke Tawau. Caj one way sebanyak RM25. Aku stop di area KFC di Pekan Semporna. Pekan Semporna bagi aku tak besar mana. Kalau jalan kaki pusing habis dah satu round. Di Semporna aku menginap di Kuree Hut via booking dot com. Semalam dalam RM50 sahaja dan owner upgrade aku ke bilik Queen Room disebabkan aku seorang sahaja check-in hari tu tanpa sebarang additional caj. Highly recommended. Kalau nak ke jeti Semporna boleh jugak jalan kaki dari sini. Kalau dari Semporna nak balik ke airport Tawau boleh naik van di Shell kat Pekan Semporna. Caj one way RM25.
Walaupun hanya cover 3 pulau tetapi bagi pendapat aku yang dulu pernah travel ke Maldives pada tahun 2018 bagi aku Semporna layak digelar 'Maldives Malaysia' kerana memang betul bila lihat depan mata memang cantik keindahan pulau-pulau disekitarnya. Kedua-duanya memiliki kecantikan yang tersendiri.
Solo Travel to Semporna. Island + Hiking Trip Di sini aku share pengalaman aku ke Semporna pada bulan August yang lepas....
Posted by Romi Zunaidi on Selasa, 15 September 2020
Mahu ke Semporna Sabah? Jom usha Pakej Pulau Semporna yang kami tawarkan. Harga Runtuh bossku!
Lagi Cerita Travel di Sabah
Read what's new this week
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...