Cerita Travel Luar Negara: Tips Persediaan Pendakian Gunung Anapurna Base Camp

28/11/2020
pendakian anapura base camp, Sumber: Asrar Photography
pendakian anapura base camp, Sumber: Asrar Photography

Nepal sebut sahaja sudah terbayang kawasan pergunungan dan tempat dimana everest terletak. Siapa tak kenal gunung yg terkenal dalam kalangan pendaki dan bukan pendaki juga mengenali gunung itu. Justeru itu, ia terus menaikkan industri mendaki di nepal. Nepal merupakan pintu masuk ke kawasan pergunungan Himalaya. Dan Nepal juga tempat dimana 8 daripada 14 gunung yang tertinggi di dunia berada disana, lebih daripada separuh kan!! Jadi boleh bayangkan bagaimana keadaan bentuk muka bumi disana. 

Rakyat malaysia ingin mengunjungi Negara Nepal mesti memohon Visa memasuki negara disana. Visa boleh dibuat di malaysia (Nepal Embbassy) ataupun di Nepal sebaik tiba di lapangan terbang disana ia dikenal Visa On Arrival (VOA) yg sangat senang semudah 1,2,3 macam isi borang dan membuat pembayaran di kaunter pembayaran dan chop dkt immigration dan boleh masuk. Kos VISA pula : 

1 Day 5 USD

15 Day 30 USD

30DAY 50USD

90DAY 125 USD 

Kaunter disana menerima juga RInggit malaysia jadi convert sesiap nk buat pembayaran dan kalau lebih akan diberi baki dalam usd. Taknak pening kepala tukar sesiap USD untuk VISA sahaja. Manakala Kadar tukaran di Nepal pula menggunakan Nepali Rupee ia berbeda dgn Indian Rupee. Boleh ditukar dkt bandar Kathmandu. Rate xjauh beza je semua. 

 Makanan disana tidak menjadi masalah kerana banyak kedai muslim disini walapun muslim minoriti disini sekitar 4.4% shj muslim yg berjumlah 1juta penganut disini , tp ada kedai halal yg boleh dipilih. Antaranya Makanan Turki, China, indon-malay, arabic, dan local nepal muslim food. Purata sepinggan nasi dalam 12-18 Ringgit sepinggan nasi bergantung atas kedai dipilih. Agama hindu dan buddha adalah paling ramai penganut di Nepal. Manakala islam pula sedikit, boleh dikatakan minoriti. Masjid ada di kathamandu dan Pokhara dan sekitar2 kelompok muslim tinggal. Mengikut statistik muslim nepal yg berjumlah 1juta shj ia 4.4% daripada populasi penduduk di Nepal, yg kebanyakan islam datang daripada muslim negara jiran mereka India,Bangladesh dan Pakistan. Shopping!!! 

 Disini mmg syurga membeli belah bagi geng outdoor boleh pengsan tgk kedai2 jual brg2 outdoor je semua hahaha. Cuma perlu pandai memilih harga setanding kualiti dan jenis meterial yg digunakan. Lembah kathmandu berada ketinggian 1400 meter pada aras laut dan bandar yg sangat padat dgn penduduk yg jatuh pada angka 7 di dunia kepadatan penduduk. 

Untuk ke Anapurna harus ke bandar pokhara iaitu terletak di barat kathmandu sekitar 200km++ yg melalui Priviti Highway memakan masa sekitar 6 hingga 8 jam perjalanan pada kebiasaan trafik. Track Anapurna Base camp tidaklah terlalu susah mesra pendaki, tapi panoramanya sangat indah nian boleh dikatakan anda berjalan daripada lembah yg kehijauan sungai mengalir deras sehingga lembah kawasan bersalji dan sungai turut membeku setinggi 4130meters daripada paras laut. Jalur pendakian pula ada yg singkat dan ada yang penuh yg memakan 5-11 hari pendakian bergantung pemilihan jalur pendakian dan tempat bermula pendakian. Jalur yang saya sarankan sangat ialah jalur poon hill sangat indah tapi perlu menambah sekitar 1-2 hari daripada jalur biasa. Pendaki memerlukan 2 permit iaitu TIMS (permit mendaki di nepal) dan ACAP (Anapurna Trekking Permit ). 

sumber : asrar Photography
sumber : asrar Photography

 Anapurna base Camp terletak dalam kawasan Anapurna Santuari sekarang sebahagian daripada Projek Anapurna Konservasi Area. Bandar yg terdekat iaitu Bandar Pokhara. Anapurna range yg berada di utara pokhara dapat dilihat jelas daripada bandar itu yg mana dapat dilihat gunung ganang yang tersergam lebih 7000meter seperti puncak Hiunchuli machapuchare, dan anapurna. Oleh sebab itu, Bandar pokhara sangat terkenal kerana sangat hampir dgn puncak salji yg menjadi tarikan pendaki sejak daripada 1950an lagi Seluruh kawasan Santuari didiami oleh etnik gurung yg mana mereka adalah penduduk asal di kawasan pergunungan itu. Majoriti mereka menganut agama Hindu dan Buddha, dan mereka percaya gunung Machapuchare tempat tinggal Tuhan Shiva mereka oleh sebab itulah mereka menggelar Machapuchare ataupun fishtail itu adalah "holy Mountain". Etnik gurung sangat kretif dalam seni bina mereka mahir dalam memecah batu-batu besar dan menyusun menjadi binaan tanpa menggunakan simen ataupun peralatan moden. Suhu di kawasan gunung mmg terkenal dgn agak sejuk sedikit kerana ia berada di " tanah Tinggi ". Lebih-lebih lagi semasa pendakian gunung pada waktu musim sejuk dan bersalji. 

Buat org asia seperti malaysia yg mengalami cuaca khatulustiwa yg panas dan lembab sepanjang tahun memang akan terkesan dgn perubahan suhu drastik ini. Pegi cameron pun dh sejuk inikan pulak suhu dibawah paras beku. Jadi persiapan mental, fizikal ,emosi, dan juga material amatlah sangat penting untuk para pendaki sekalian. 

 Persiapan mental adalah sangat penting dalam aktiviti yg mencabar diri untuk memaksimumkan batas diri. Kita sendiri tidak tahu akan limitasi diri kita sendiri apabila kita mengatasi sekatan-sekatan minda yang tersedia ada berakar dalam diri kita. Banyak org beranggapan kita berjaya mendaki gunung smpai ke puncak tapi sebenarnya kita hanya berjaya menawan minda kita sendiri. Seperti kata lagedaris gunung Edmund Hillary apabila beliau sampai ke puncak Everest dgn Sherpanya Tenzing Norgay pada 29 May 1953 yg merupakan manusia pertama smpai ke puncak everest mengatakan " It is not the mountain we conquer but ourselves" . 

Pernah dengar satu lagu yg selalu membara dalam gegendang telinga atlet-atlet malaysia " FIkirkan boleh " bagi saya, lagu itu sendiri mempunyai aura tersendiri yang mengajak minda melawan sekatan dalam minda itu sendiri. Banyak antara kita yg tewas dgn pujuk rayu minda yg menghadkan tubuh badan dan terus menewaskan tubuh badan kita sendiri. Bak kata pepatah " Minda sihat tubuh badan cergas ". Pepatah ini mengajak kita untuk sentiasa berfikiran positive selalu dalam apa jua hal yg dihadapi. 

rumah orang gurung di Chomrong. Sumber : Asrar Photography
rumah orang gurung di Chomrong. Sumber : Asrar Photography

 Persiapan Fizikal juga penting, bagi mengekalkan kecergasan anda di gunung. Persiapan sebelum hari pendakian sekurang-kurangnya 2minggu sebelum trip mendaki berjogging dan makan dan minum makanan berkhasiat. Bersenam dan berjogging membina stamina yg mencukupi untuk setiap hari yg melelahkan sepanjang pendakian. 

 Persiapan material sangat penting juga, persiapan pada malam hari untuk menjamin keselesaan pada waktu malam dan boleh tidur dan rehat dengan lena. Malam di gunung pada waktu musim sejuk sangat mencabar dengan suhu yang turun yg drastik siang ke malam sangat itnggi jurang. Suhu ekstrem di gunung boleh jatuh sehingga bawah -20C, jadi persiapan dan pemakaian baju yg sesuai sngtlah penting. Kaedah "layering" sangatlah penting untuk menghadapi cuaca sejuk. Layer yang PERTAMA ataupun dipanggil "Base Layer " and " you must have a Good base Layer " iaitu lapisan yg sangat penting kerana ia lapisan yg paling hampir dgn kulit. Jangan pakai pakaian yg berasaskan cotton kerana ia menyerap lembapan dan keringat anda. Seeloknya memakai thermal ataupun heat tech 

 Seterusnya ialah, lapisan penebat iaitu dikenal " Insulating Layer " bahan2 yg menghalang dan memerangkap haba yg keluar daripada tubuh untuk tetap di badan fungsinya anda akan berada hangat sentiasa. Material ini sepertinya ialah Fleece jaket. Di luar lapisan ini boleh dipakai seperti down jacket yg berbulu angsa. Dan Lapisan yang seterusnya ialah shell layer iaitu lapisan yg akhir kerana cuaca gunung sukar diramal dan sentiasa berubah2. Lapisan ini berfungsi menghalang angin dan air daripada mengenai lapisan2 kita yg sedia ada. Boleh dikatakan bahagian ini penting sangat apabila cuaca ekstrem. Saya sarankan windproof/Waterproof/breathable dan teknologi yg kita sedia kenal iaitu Gore-Tex. 

 Pelindung tambahan pula seperti pelitup telinga supaya telinga anda sentiasa panas tutup kepala supaya kepala anda tidak terdedah dgn cuaca sejuk dan penutup hidung seperti buff berbulu dan boleh juga melindung tengkuk daripada kesejukan. Kasut yang bersesuaian sngt penting bagi menjaga kaki anda. Ini kerana, apabila berjalan dalam salji kasut yg material bukan waterproof atau Gore-Tex ,material itu akan menyerap cairan dan lembapan salji itu terus menyejukkan kaki anda membuat anda kesejukan dan tidak selesa. Dan pemilihan crampon (besi bawah kaki) penting apabila berjalan salji yg tebal untuk memastikan kasut anda grip pada surface. Salji yg cair dan keras sangat licin crampon sangat memudahkan langkah anda. Manakala sunglass juga penting untuk anda pakai ketika berjalan di gunung ais sinaran dan pantulan daripada salji sangat menyakitkan mata kerana seluruh dataran berwarna putih. Lama kelamaan kita akan menjadi cepat pening. 

 Acute Mountain Sickness (AMS) ialah suatu keadaan dimana terjadi ketika tubuh tidak mendapat bekalan oksigen yg mencukupi ketika melakukan aktiviti pendakian pada altitude yg tinggi. Nyawa boleh menjadi taruhan sekiranya AMS dipandang enteng. Penyakit ini tidak mengira umur dan kesehatan tubuh badan seseorang endaki itu sendiri. Tapi ia boleh dielakkan dengan mencegah dengan beberapa langkah praktikal untuk meminumkan diserang penyakit gunung ini sendiri. 

 Langkah2 pertama sangat penting ialah Aklimatisasi - (acclimatize) ialah dimana proses tubuh badan manusia menyesuaikan dgn perubahan di sekelilingnya sebelum mendaki ketinggian yg lebih atas lagi. Seperti perubahan ketinggian,suhu,kelembapan dan sebagainya bagi memungkinkan prestasi badan bekerja dengan kadar biasa. Acclimatize adalah proses penyesuaian badan supaya tidak terlalu drastik berubah mengikut keadaan sekitar. 

 Pendakian dan pernafasan yg slow dan steady juga salah satu langkah untuk menghindar serangan AMS dengan cara pernafasan yg teratur dan mantain siap boleh berborak lagi hehe. Kalau anda bernafas dengan keras harus memperlahankan langkah ataupun berehat sekejap. Ini kerana, jika terlalu banyak bekerja jantung anda ia akan meningkatkan peluang anda untuk jatuh "sakit gunung". 

 Selain itu, meminum air yg secukupnya adalah SANGAT PENTING. Ini kerana , tubuh bekerja sepanjang hari mengadap pendakian dan malam berhadapan dgn cuaca yg sejuk membeku menghidrasikan tubuh anda secara perlahan-lahan tanpa sedar. meminum air dengan berkala dan kerap sangat dianjurkan. Bagi menambah dan mengganti cairan dalam tubuh yg hilang, boleh dikatakan air ubat mujarab " to aviod AMS" . 

 Selain minum, makan yg secukupnya juga sangat penting untuk mengekalkan tenaga buat anda dan jangan skip makan nanti masuk angin dalam perut lagi macam2 akan terjadi. Tidur yang secukupnya dan jgn berjaga malam supaya anda segar dan bertenaga untuk menghadapi hari yg panjang esk hari pula. Sentiasa berfikiran positif dan santai aja ketika mendaki nikmati setiap saat dgn tenang jangan stress. Minda yg positif mewujudkan hasil yang positif percayalah.. Pengambilan pil mencegah AMS diamox dan zolamide juga perlu tapi harus pengawasan doktor dan mengikut dos yg dibolehkan. 

 Gejala dan tanda2 seseorang pendaki mengalami AMS ialah :- sakit kepala - mual dan muntah2- kepenatan yg terlampau - denyutan jantung laju -hilang selera makan- susah bernafas Tahap kedua pula pendaki akan :- Berhalunisasi- kulit membiru- muntah darah- dada sesak sukar bernafas Ia akan menjadi memburuk sekiranya tidak dirawat segera malah ia boleh membawa maut. Tanda2 ini berlaku kerana tekanan udara dan kadar oksigen menjadi lebih rendah berbanding tempat rendah dan hal ini menyebabkan tubuh kekurangan oksigen. Selain Acute Mountain Sicknes (AMS) ada satu lagi AMS yg parah iaitu AMS (Aku Malas Sudah) hahhaha. Hal ini terjadi bila minda pendaki sudah tertewas dengan pujuk raju fikiran. Ini juga boleh menganjur AMS yg sebenarnya. Sekian.. 

 #Mystoryatmountain

Disediakan AzizAsrar Mountain Outdoor Photographer..

*Sapa rajin baca dan tgkla gmbr * Persediaan Pendakian musim sejuk *caption tgk dekat gambar... Nepal...

Posted by Asrar Photography on Jumaat, 27 November 2020

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Nepal sebut sahaja sudah terbayang kawasan pergunungan dan tempat dimana everest terletak. Siapa tak kenal gunung yg terkenal dalam kalangan pendaki dan bukan pendaki juga mengenali gunung itu. Justeru itu, ia terus menaikkan industri mendaki di nepal. Nepal merupakan pintu masuk ke kawasan pergunungan Himalaya. Dan Nepal juga tempat dimana 8...

Trustpilot