Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Cerita lagenda Jambatan Tamparuli sabah yang anda perlu tahu- Best Borneo Holiday
Anda pasti pernah mendengar jambatan tamparuli di sabah kan? jambatan tamparuli menjadi tempat lawatan yang popular jika anda hendak ke kundasang. jika anda ke kundasang, anda boleh masukkan jambatan tamparuli dalam pelan perjalanan anda.

Tahukah anda? Jambatan tamparuli mempunyai cerita lagenda yang sangat menarik tau.
• LAGENDA JAMBATAN TAMPARULI •
Kecantikan gadis Dusun ataupun biasa di sebut sebagai #SumandakDusun memang terkenal dimana ianya sering di dendangkan dalam lagu-lagu tempatan khasnya lagu Versi Dusun,dan bukan itu sahaja #JambatanTAMPARULI juga begitu terkenal dan lagunya jadi siulan sehingga kini,ada cerita sedih di sebalik pembinaan jambatan ini,dan hal ini yang akan kita kongsi bersama dalam artikel Lagenda tanah air kali ini,dimana terdapat teladan dari cerita ini yang boleh kita ambil sebagai pedoman.
Ada satu kisah Tragis dan menyayat hati di sebalik pembinaan Jambatan Tamparuli ini,dimana mengorbankan Nyawa akibat dari pengkhianatan dan Cinta segitiga diantara Solungkoi (gadis Tamparuli yang amat cantik rupa parasnya) bersama Robinson (pegawai British) dan Intang (Pemuda tempatan yang menaruh hati terhadap Solungkoi),namun Cinta Intang bertepuk sebelah tangan kerana Solungkoi lebih menyukai Robinson.
Robinson adalah orang yang bertanggung jawap penuh terhadap pembinaan jambatan di Tamparuli, namun Jambatan yang di usahakan TIDAK PERNAH SIAP,dan selalu 'roboh' di telan arus air,dan atas nasihat orang kampung maka Robinson bertemu "Odu" seorang pakar kebatinan kampung,dimana hasil pertemuan ini di ketahui kononnya pembinaan jambatan selalu 'gagal' akibat "Hantu Air (Tonduakar/Tobuakar).
Dan untuk meredakan kemarahan Hantu Air ini maka hendaklah di berikan nyawa seorang gadis perawan yang cantik. Akibat daripada dendam Intang yang mengetahui hal ini mengambil kesempatan dengan memujuk 'Odu' untuk memilih Solungkoi sebagai 'tumbal' atau di jadikan korban dalam ritual jambatan berkenaan.
Odu yang terhasut Intang memberitahu Robinson bahawa Hantu Air iaitu Tonduakar menginginkan Solungkoi sebagai 'Korban',antara cinta dan kedudukan yang di beri oleh British. Robinson mengkhianati kepercayaan Solungkoi, dimana Solungkoi di beri minuman sampai mabuk, tatklala Solungkoi mabuk itulah kaki dan tangannya di ikat dalam upacara 'korban' berkenaan.
Ritual ini menginginkan Solungkoi di tanam hidup-hidup dengan cerucuk besi yang di tanam pada tiang jambatan,tangisan dan rintihan Solungkoi tak di hiraukan oleh Robinson dan penduduk kampung,sebelum Solungkoi tenggelam dengan cerucuk besi yang di tanam ia sempat bersumpah bahawa Jambatan Tamparuli ini TIDAK AKAN KUKUH selagi Nyawa dan Darah Robinson tidak 'bersama' dalam jambatan ini. Selesainya upacara di khabarkan bahawa Robinson menyesali perbuatannya dan membunuh diri di jambatan berkenaan.
Jambatan Tamparuli masih kukuh berdiri hingga ke hari ini,dan menurut cerita lisan bahawa Nama Solungkui 'di ukir' pada salah satu cerucuk besi yang di tanam 'bersamanya', dimana ukiran nama Solungkoi masih dapat di lihat hingga ke hari ini.
Nota;
Jambatan Tamparuli SEBENAR adalah BUKAN jambatan gantung seperti yang di ketahui oleh ramai orang,TAPI Jambatan Tamparuli 'sebenar'adalah Jambatan yang berada di 'bawah',tak jauh dari jambatan gantung,yang dapat di lihat dari atas/jalanraya.
Sumber Cerita : Arkib Sabah

Sekian perkongsian kami pada kali ini. kami akan kongsikan tempat menarik di kota kinabalu sabah pada perkongsian pada masa akan datang. Jika nak cari kereta sewa yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom hubungi kami sekarang.
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
ARTIKEL MENARIK
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!