Terkini: Tarikh Bayar dan Jumlah  Sebenar Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 2020-Ada Tambahan RM100?

02/06/2020

Adakah anda antara mereka yang masih tertanya-tanya bila dan berapa bayaran tambahan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa 3 tahun 2020? Anda berada di tempat yang betul, kami sediakan perkongsian ini untuk membantu anda mencari jawapan. Ramai yang tersilap anggap bahawa penerima BSH akan mendapat bantuan RM 1000.

Berdasarkan kepada laman web rasmi Bantuan Sara Hidup, Para penerima BSH akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM 100. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan.

Adakah BSH dan BPN perkara yang sama? Jawapannya tidak, ia adalah berlainan. BSH adalah peruntukan yang telah ditetapkan pada tahun kewangan sebelumnya, iatu tahun 2019 semasa Pembentangan Belanjawan Malaysia tahun 2019.

BPN pula adalah peruntukan baru yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia sebagai satu pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi Wabak Covid-19.

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020

Pembayaran BSH fasa 1 dan fasa 2 telah selesai dibayar kepada semua penerima yang layak. Penerima BSH telah mendapat RM 300 pada fasa 1 (20 Februari 2020) dan RM 200 pada pembayaran fasa ke 2 (Mac 2020).

Bagi pembayaran BSH Fasa 3 pula, pembayaran akan dijangka dibuat pada bulan Julai 2020. Penerima BSH akan menerima baki pembayaran keseruluhan mengikut kategori bujang dan pendapatan isi rumah bersama dengan bayaran RM 120/ anak (terhad kepada empat orang anak sahaja). Berita baik yang diumumkan oleh kerajaan adalah mereka akan membuat penambahan RM 100 untuk semua pemohon yang telah layak.  

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban golongan B40 dan dimanfaatkan sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

BERAPA BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BSH TAHUN 2020

Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan diterima oleh setiap penerima yang layak mengikut kategori.

  • Kategori Bujang dan OKU iatu pendapatan bawah RM 2000 akan menerima RM200.

  • Kategori Isi Rumah pendapatan RM 3001 hingga RM 4000 dengan Kelayakan asal RM 500 akan menerima RM 120/anak dan tambahan RM100 
  • Penerima Kategori Isi Rumah Pendapatan RM 2001 hingga RM 3000 akan mendapat baki kelayakan RM 250 + RM 100 + RM 120/anak.
  • Penerima Kategori Isi Rumah Pendapatan bawah RM 2000 pula akan menerima baki kelayakan RM 500 + RM 100 + RM 120/anak.

Bagi isi rumah yang mempunyai anak, Had anak yang akan diberikan bantuan adalah 4 orang sahaja. Oleh itu, Maksimum bantuan untuk anak adalah RM 120 x 4 orang : RM 480.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Penjana pada 5 Jun 2020, Setiap orang akan turut menerima e-wallet RM 50 bagi menggalakkan rakyat melakukan transaksi secara dalam talian. Ini cara tebus E-Wallet tersebut : E-Dompet RM50 : Cara Mudah Tebus E-Tunai Bantuan Tambahan Melalui Aplikasi Mysejahtera

Jadual Pembayaran BSH Tahun 2020
Jadual Pembayaran BSH Tahun 2020

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Berkaitan BSH

Jika tuan-puan mempunyai sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pembayaran BSH 2020, Anda boleh menghubungi pihak berkaitan:

  •  LHDN Hotline : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang)
  • Hotline BSH MoF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang)
  • Anda boleh membuat semakan permohonan atau status pembayaran anda di portal BSH.
  • Anda juga boleh memuat turun aplikasi BSH di google playstore atau Appstore.

Diharapkan perkongsian ini telah membantu anda dalam pencarian maklumat berkaitan BSH 2020 ini. Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda. Teruskan bersama kami di Best Borneo Media untuk info terkini.