Berita Baik : Bantuan Prihatin Nasional 2.0, Geran Khas Prihatin Dibuka Semula dan Program Subsidi Upah Diteruskan-Tan Sri Muhyiddin Yassin

23/09/2020

Hingga hari ini, Malaysia telah berjaya mengawal wabak Covid-19 yang telah melanda negara pada awal tahun. Melalui strategi Lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 telah berjaya mengawal penyebaran wabak Covid-19.  

Namun kesan ekonomi masih dirasai oleh rakyat Malaysia hingga kini. Sektor  pelancongan amat yang terjejas teruk kerana pintu masuk dari luar negara masih lagi belum dibuka sehingga kini.

Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi membolehkan ekonomi negara aktif semula dan rakyat Malaysia mendapat mendapatkan sumber pendapatan. Antaranya adalah Bantuan Prihatin Nasional, Program Subsidi Upah dan Geran Khas Prihatin bagi para PKS.

Semasa Ucapan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi kesan wabak Covid-19. ini kerana Malaysia belum pulih sepenuhnya. 

Antara berita baik yang telah diumumkan oleh #Abahkita adalah Bantuan Prihatin Nasional 2.0, Program Subsidi Upah dilanjutkan dan Geran Khas Prihatin dibuka semula.

Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0

Jadual Pembayaran bagi penerima BPN yang layak adalah seperti yang berikut:

  • RM1,000 bagi B40 isi rumah, 
  • RM500 bagi B40 bujang, 
  • RM600 bagi M40 isi rumah, 
  • RM300 bagi M40 bujang. 

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300. 

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini. Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

Mungkin ada yang sudah lupa laman web BPN : Boleh masuk ke portal BPN 

Geran Khas Prihatin PKS 

Geran Khas Prihatin (GKP) dibuka semula permohonan dari 1 hingga 31 Oktober 2020 untuk peniaga PKS mikro yg belum berkesempatan membuat permohonan pada Mei lepas. 

Sebelum ini kami telah mengandaikan bahawa geran khas prihatin ini akan dibuka semula pada artikel sebelum ini. kami juga telah membuat pungutan petisyen agar GKP ini dibuka semula. Akhirnya hasrat pemohon yang terlepas peluang mengisi permohonan ini tercapai. Ini artikel kami. GKP: Permohonan Akan Dibuka Semula Bagi PKS Yang Tercicir?

GKP akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 31 Ogos 2020. Bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.

Pembukaan semula inisiatif GKP untuk permohonan baharu dijangka dapat memanfaat lebih daripada 200,000 peniaga mikro dengan melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM 600 juta. 

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat di portal Geran Khas Prihatin PKS


Program Subsidi Upah 2.0

Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 bagi membantu syarikat yangg masih terjejas untuk tempoh 3 bulan.  Antara ciri-ciri Program ini adalah

  1. Pertama: subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas, iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas;
  2. Kedua: subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja; dan
  3. Ketiga: permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.


maklumat lanjut : Pakej PRIHATIN tambahan : (Terkini) Apa dan bagaimana cara Permohonan subsidi upah atau Wage Subsidy PERKESO PRIHATIN Lengkap

Teks Perutusan Khas YAB Perdana Menteri - Kita Prihatin

Posted by Muhyiddin Yassin on Rabu, 23 September 2020

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Pada hari ini, negara digemparkan dengan ura-ura pengisytiharaan darurat di Malaysia. Pada hari ini, Tan sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan perjumpaan dengan YDPA. Terdahulu, Muhyiddin bersama menteri Kabinet bermesyuarat selama tiga jam di Bangunan Perdana Putra pagi tadi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berkata dalam sidang media 20 oktober 2020, bahawa Pekerja sektor awam dan swasta diarah untuk bekerja dari rumah bermula khamis ini (22 Oktober 2020). Keputusan ini disebabkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja di pejabat.

Malaysia telah dilanda wabak Covid-19 gelombang kedua dan kelihatannya lebih teruk daripada sebelumnya. Lantaran itu, bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia khususnya golongan B40, kerajaan telah melancarkan rangsangan ekonomi Bantuan Prihatin Nasional siri 2.0 atau BPN 2.0. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan...