Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Jika anda berhasrat untuk bercuti ke Sabah pada hujung tahun ini, kami sediakan panduan rentas negeri dan tips percutian yang selamat.
Kemasukan Individu ke Sabah
Kemasukan individu ke negeri Sabah adalah DIBENARKAN untuk tujuan lawatan sosial bagi kategori berikut.
- Kemasukan domestik warganegara Malaysia (pemegang Mykad, MyPR, MyKAS)
- pemegang pas-pas imigresen jangka panjang (bukan warganegara) yang sah tempoh
- suami/isteri kepada rakyat sabah dan tanggungan.
Jika anda ingin masuk ke Sabah melalui pintu masuk utama udara, laut dan darat perlu menjalani ujian RT-PCR atay RTK-Ag COVID-19 tiga (3) hari sebelum perjalanan. Hanya individu yang mempunyai keputusan ujian negatif dan tidak bergejala akan dibenarkan masuk ke Sabah.
Jika anda individu yang ingin keluar dari negeri Sabah pula, Anda juga masih perlu menjalani ujian yang sama 3(tiga) hari sebelum berlepas dan hanya individu yang mempunyai keputusan ujian negatif dan tidak bergejala akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.
Bagaimana dengan pergerakan rentas negeri atau rentas Daerah? kini pergerakan keluar dan masuk merentas negeeri dan daerah adalah dibenarkan tanpa perlu memohon kebenaran pihak PDRM KECUALI bagi penduduk yang tinggal dalam lokaliti yang menjalani PKPD.
Bagi kaitan had penumpang kenderaan, kini tiada had penumpang dalam kenderaan persendirian tetapi hendaklah mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut. Kerajaan tidak menggalakkan individu berisiko tinggi dan kanak-kanak keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
Pengangkutan Awam
Perkhidmatan bas ekspres, bas persiaran, bas henti-henti, keretapi, perkhidmatan feri awam dan bot penumpang yang melibatkan rentas negeri dan rentas daerah juga adalah DIBENARKAN beroperasi dengan kapasiti 50% serta mematuhi penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.
perkhidmatan teksi dan e-hailing pula adalah DIBENARKAN beroperasi dengan maksimum hanya dua penumpang sahaja.
Aktiviti Pelancongan Domestik, Rekreasi dan Sungai
Aktiviti pelancongan domestik adalah DIBENARKAN atau dibuka dengan kapasiti terhad serta mematuhi SOP berkaitan sektor pelancongan domestik yang ditetapkan oleh kementerian pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Sabah di semua daerah di Sabah kecuali lokaliti PKPD.
- Aktiviti rekreasi laut dan sungai seperti SCUBA diving, snorkeliing, memancing, sea walking, jet skiing, fun rides , water rafting dan canoeing adalah dibenarkan dengan kapasiti 50%.
- Muatan penumpang bot adalah 50%
- Aktiviti rekreasi laut dan sungai adalah tidak dibenarkan dalam lokaliti yang dikuatkuasakan PKPD.
Bah apa lagi, jom lepaskan kerinduan, pasti kaki dah gatal-gatal nak pergi ke pulau-pulau di sabah, jalan ke kundasang, naik gunung kinabalu kan. Perlukan kenderaan ? Nakkan panduan bercuti di sabah? hubungi kami saja.. kami sedia melayan anda. Psssttttt... ada harga runtuh kereta sewa, pembalasan PKP.
Maklumat lanjut Kenyataan Media Pejabat Ketua Menteri Sabah Berkaitan PKPB.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.