
Bantuan Prihatin Sabah 2.0 : Panduan Permohonan dan Semakan

Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
PKP adalah langkah untuk mencegah penyebaran virus Covid-19 ini, namun akibatnya akan menjejaskan mata pencarian dan pendapatan rakyat kerana aktiviti ekonomi adalah terhad.
Negeri Sabah tidak terkecuali dan turut terjejas. Lantaran itu, kerajaan negeri sabah di bawah Pimpinan Ketua Menteri baru, YAB Hajiji Mohd Noor telah melancarkan Bantuan Prihatin Sabah 2.0.
Peruntukan sebanyak RM 128.98 juta ini akan diagihkan melalui dua program iatu bantuan One-Off sebanyak RM300 dengan peruntukan RM 97.4 juta melalui peruntukan kerajaan negeri dan program bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas melibatkan peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bernilai RM31.58 juta.
Senarai Penerima Bantuan One-off RM300
seramai 324, 661 orang orang telah dikenalpasti untuk layak mendapatkan bantuan tunai RM300. Antara golongan tersebut adalah:
- 1. E-kasih
2. B40
3. Anak yatim
4. Orang tua
5. Orang kurang upaya
6. Ibu tunggal
7. Petani & nelayan
8. Pekebun kecil
9. Penternak
10. Pemandu pelancong
11. Malim gunung
12. Porters
13. Penggiat seni
14. Pemandu teksi
15. Pemandu bas
16. Pemandu lori
17. Penjaja
Panduan Semakan Kelayakan Penerima BPS 2.0
Semakan bagi Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 ini boleh dibuat secara Online rujuk pautan berikut.
https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/