Bantuan Prihatin Rakyat : Belum mohon? Duit belum masuk akaun ? Ini sebabnya

21/04/2020

Kementerian Kewangan telah menyatakan Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat telah dilaksanakan iatu sudah dikreditkan ke dalam akaun penerima bagi fasa pertama. 

Terdapat ramai lagi penerima yang layak belum menerima bantuan berkenaan dan dengan perluasan penerimaan iatu untuk M40, kerajaan telah melanjutkan permohonan baru dan rayuan sehingga 30 April 2020. 

Penerima BSH 2020 layak pula menerima BPN secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan. Bayaran akan dibuat pada bulan April dan Mei ini. Pemberian BPN secara one-off bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data BSH, manakala bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian LHDN.

Ramai netizen bertanya di media sosial mengapa status permohonan masih dalam proses atau gagal kredit. Tak perlu bimbang, anda akan ketahui keputusan permohonan anda selepas 30 April 2020 dan pembayaran akan dibuat pada bulan Mei nanti.

Terdapat juga pemohon yang menerima status gagal kredit. Ini disebabkan maklumat akaun tidak lengkap atau tidak tepat menyebabkan duit tidak dapat dikreditkan ke akaun bank. Jangan bimbang kerana bantuan anda boleh diperolehi dengan membuat penunaian di Bank Simpanan Nasional. Anda hanya perlu membawa KAD PENGENALAN dan No BAUCER. Di mana nak dapatkan no baucer tu? boleh disemak di BPN ONLINE. Rujuk gambar di bawah.

Tak perlu terburu-buru ke BSN untuk menunaikan baucer anda. BSN memberikan tempoh 1 april 2020 sehingga 31 Disember untuk penunaian baucer berkenaan. Adalah lebih baik anda pergi ke Bank selepas tempoh PKP habis jika tiada keperluan mendesak.

Sekian perkongsian pada kali ini. harap dapat membantu anda. 

Jika masih ada persoalan lanjut berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat, boleh buat pembacaan di sini : Bantuan Prihatin Nasional : (TERKINI) SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI BPN 2020 BAGI GOLONGAN B40 & M40 PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

boleh juga rujuk di sini : Bantuan Prihatin Nasional : Semakan Status anda dalam BPN Tiada Akaun atau Gagal Kredit, Ikuti Panduan Ini.


IKUTI KAMI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI


ARTIKEL LAIN


TIPS DAN PANDUAN BERCUTI

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.


MASIH MENCARI INFO? GUNAKAN RUANGAN SEARCH, ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA

Trustpilot