Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Bantuan Prihatin Nasional : (TERKINI) Panduan Semakan status BPN, Pembayaran dan permohonan serta rayuan
Mungkin ramai lagi rakyat tidak jelas dengan Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 & M40 dalam pakej rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Kami berbesar hati untuk mengongsikan jawapan kepada persoalan-persoalan berkaitan BPN ini. Permohonan baru dan rayuan telah dilanjutkan sehingga 30 April 2020. Oleh yang demikian, ambil peluang untuk mendapatkan bantuan ini bagi membantu anda meringankan beban kewangan semasa wabak Covid-19 ini.

1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada
golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data
Bantuan Sara Hidup.
Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
ii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
iii. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
ii. Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
iii. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
3. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima bagi golongan B40 &
M40?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

4. Bilakah tarikh pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan
dibuat?
Pembayaran fasa pertama akan dibuat secara berperingkat seperti berikut:-
i. Kaedah pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima B40 dan M40
adalah seperti jadual di bawah:

ii. Bagi penerima BPN di bawah kategori B40 yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal
kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat
Perintah Kawalan Pergerakan.
5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 ini dilaksanakan?
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 Pembayaran sekiranya:
i. Ada maklumat akaun - bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
ii. Jika status bayaran adalah gagal kredit - bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
iii. Tiada akaun - bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40
i. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
ii. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
iii. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan
dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40
Sekiranya status pengkreditan adalah gagal kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui
Bank Simpanan Nasional (BSN). Penerima boleh membuat penunaian di Kaunter BSN setelah
Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN. Penunaian boleh dilakukan setelah tamat Perintah
Kawalan Pergerakan
Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40
Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini
(https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank
adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.
7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
boleh dibuat?
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
i. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
ii. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
yang ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
i. Bantuan Prihatin Nasional (BPN), https://bpn.hasil.gov.my
ii. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
8. Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
9. Adakah permohonan rayuan boleh dibuat sekiranya tidak lulus sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak lulus, permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 3 April 2020 sehingga 30 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
10. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan baharu atau rayuan
Bantuan Prihatin Nasional?
Pemohon tidak perlu mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak
berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
11. Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima Bantuan
Prihatin Nasional B40 & M40?
Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak
menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.
12. Adakah pemohon Bujang berstatus Pelajar Separuh Masa layak menerima Bantuan
Prihatin Nasional B40 & M40?
Pemohon Bujang yang berstatus pelajar separuh masa adalah layak memohon Bantuan
Prihatin Nasional B40 & M40. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada
Kementerian Kewangan Malaysia.
13. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 yang berada di pedalaman Negeri
Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?
Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah
dan Sarawak yang tidak mendaftarkan akaun akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan
bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.
14. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima
pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?
Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman
Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah
dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan
kemudian.
15. Adakah pendapatan isi rumah yang diambil kira termasuk elaun yang dikenakan cukai
dan bonus?
Ya, semua pendapatan yang diterima diambil kira sebagai pendapatan
16. Siapakah yang akan menerima bayaran bantuan sekiranya suami dan isteri kedua-duanya mengemukakan BNCP?
Sekiranya pembayar cukai memilih taksiran berasingan, bayaran akan dibuat ke akaun bank ketua keluarga. Jika pembayar cukai memilih taksiran bersama, bayaran akan dibuat ke akaun bank pembayar cukai berkenaan.
17. Adakah warga emas sebatang kara akan menerima bantuan sebagai isi rumah?
Tidak, warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas akan menerima bantuan sebagai bujang.
18. Adakah permohonan boleh dibuat secara borang kertas (manual) sekiranya pemohon
tidak mempunyai kemudahan internet?
Tidak. Semua permohonan adalah secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my
19. Bolehkah saya membuat kemaskini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif atau status perkahwinan?
Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH, maklumat diri tidak boleh dikemaskini.
Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional M40 berdasarkan rekod percukaian,
pembayar cukai boleh membuat kemaskini maklumat diri melalui aplikasi ezHASiL iaitu eKemaskini.
20. Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu
saya lakukan?
Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH, sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit, penerima boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.
Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional M40 berdasarkan rekod percukaian,
semua pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan ke akaun bank. Sekiranya
pembayaran berstatus gagal kredit, penerima perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank
melalui aplikasi ezHASiL iaitu e-Kemaskini.
21. Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2020.
Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun pada Mac 2020, adakah saya layak
memohon?
Individu yang memasuki umur 21 tahun dalam tahun 2020 adalah layak memohon.
22. Berapa lamakah permohonan baharu dan rayuan akan diproses?
Permohonan baharu dan rayuan akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup
23. Adakah saya akan diaudit oleh LHDNM selepas permohonan dibuat atau permohonan
diterima dengan suci hati?
Pemohon adalah tertakluk kepada klausa akuan yang dinyatakan di dalam borang
permohonan.
24. Saya adalah bujang dan menanggung adik-beradik di bawah umur 21 tahun kerana
ketiadaan ibu dan bapa (telah meninggal dunia). Adakah saya layak memohon bantuan
sebagai isi rumah mempunyai tanggungan?
Tidak layak memohon sebagai isi rumah. Pemohon layak menerima bantuan kategori bujang
sahaja.
25. Sebelum ini saya telah memilih untuk menolak Bantuan Sara Hidup, adakah saya boleh
merayu Bantuan Prihatin Nasional?
Tuan boleh mengemukakan permohonan baharu dalam Portal BPN.
26. Sekiranya saya ingin menolak Bantuan Prihatin Nasional dan membuat bayaran semula, apakah tindakan yang perlu saya ambil?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;
ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
iii. Surat penjelasan dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya
27. Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah
dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional?
Pemohon yang berstatus muflis perlu menandakan sebagai individu muflis di dalam borang permohonan. Pemohon tidak diwajibkan mengisi maklumat akaun bank semasa permohonan.. Kaedah penunaian adalah berdasarkan prosedur sedia ada iaitu penunaian di BSN.
Bagi pemohon yang telah di bayar ke akaun yang dibekukan oleh Jabatan Insolvensi,
pemohon perlu merujuk kepada Jabatan Insolvensi bagi kelulusan pengeluaran BPN.
28. Saya baru berkahwin pada tahun 2019 / awal tahun 2020. Berdasarkan semakan, saya
telah lulus di bawah kategori bujang tetapi pasangan tidak mempunyai rekod / tidak
layak Bantuan Prihatin Nasional. Bolehkah saya membuat permohonan kemaskini
kepada kategori isi rumah? Adakah saya akan dikenakan tindakan perundangan
sekiranya memohon sebagai kategori bujang sedangkan saya telah berkahwin?
Permohonan kemaskini status perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Pasangan tersebut
boleh membuat permohonan baru di bawah kategori bujang. Anda tidak akan dikenakan
tindakan perundangan
29. Saya telah bercerai dan berdasarkan semakan, saya telah lulus di bawah kategori isi
rumah. Bolehkah saya membuat permohonan kemaskini kepada kategori bujang?
Permohonan kemaskini status perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Kelulusan yang
dipaparkan di Portal BPN adalah kekal kerana ia berdasarkan rekod terkini yang terdapat di
pangkalan data BSH dan percukaian.
30. Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40. Bolehkah saya merayu
untuk kelulusan tambahan sebagai penerima B40?
Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal.
31. Berdasarkan semakan, saya tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional kerana
jumlah pendapatan yang melebihi kelayakan. Walau bagaimanapun, saya telah tidak
bekerja pada tahun 2020. Bolehkah saya merayu mendapatkan bantuan ini?
Ya, permohonan rayuan boleh dibuat di Portal BPN
32. Saya sedang mengisi permohonan baharu atau rayuan tetapi tidak dapat menghantar permohonan kerana tidak mempunyai akaun bank. Adakah saya boleh memilih untuk menerima bantuan secara tunai?
Maklumat akaun bank adalah wajib diisi semasa permohonan baharu atau rayuan kecuali berstatus muflis dan disenarai hitam.
33. Saya status berkahwin dan mempunyai anak, adakah wajib saya melaporkan anak di dalam borang permohonan?
Bagi status kahwin, ia tidak wajib melaporkan anak.
34. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan baharu dan rayuan Bantuan
Prihatin Nasionalakan dilakukan?
Sekiranya permohonan baharu atau rayuan Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran
akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.
35. Pemohon merupakan penerima BSH sebagai isi rumah tetapi berdasarkan semakan
kelulusan Bantuan Prihatin Nasional hanya layak menerima RM1,000 sahaja. Bukankah
saya sepatutnya saya menerima RM1,600?
Data maklumat Bantuan Prihatin Nasional adalah berdasarkan rekod permohonan BSH dan
data percukaian LHDNM. Walau bagaimanapun, kelulusan jumlah bantuan adalah
berdasarkan semakan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan
Malaysia. Oleh itu, jumlah bantuan yang diterima adalah kekal seperti yang telah disemak
daripada data agensi yang terlibat.
36. Saya telah membuat permohonan baharu tetapi hendak membuat pembatalan kerana
terdapat kesilapan maklumat di dalam butiran peribadi. Apakah yang perlu saya
lakukan?
Sekiranya terdapat kesilapan ketika mengunci masuk nama penuh atau nombor MyKad atau
umur, pembatalan permohonan hendaklah dibuat kepada Hasil Care Line (HCL) di talian 03-
89111000. Setelah pembatalan diambil tindakan oleh LHDNM, pemohon boleh membuat
permohonan baharu.
Pembetulan maklumat selain daripada nama penuh, nombor MyKad dan umur, pemohon boleh
membuat kemaskini melalui butang Kemaskini Permohonan yang dipaparkan di Portal BPN.
37. Saya sedang membuat permohonan baharu dan nama penuh telah dipaparkan secara
automatik oleh sistem. Namun semakan mendapati nama yang tertera terdapat
kesilapan ejaan atau berbeza. Bagaimanakah saya hendak membetulkan maklumat
berkenaan?
Perkara ini memerlukan maklumat terperinci pengadu dengan cara membuat aduan kepada
Hasil Care Line (HCL) di talian 03-89111000 untuk membolehkan semakan dan tindakan
selanjutnya diambil
38. Ketua keluarga yang merupakan warganegara telah meninggal dunia. Balu merupakan bukan pemegang MyKad tetapi mempunyai anak yang merupakan warganegara (di bawah umur 18 tahun). Adakah balu tersebut boleh membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional?
Pemohon Bantuan Prihatin Nasional mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia. Oleh itu, balu berkenaan tidak boleh membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional walaupun mempunyai tanggungan yang merupakan warganegara.
39. Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional yang berpoligami, adakah isteri yang lain boleh turut memohon Bantuan Prihatin Nasional?
Tidak boleh. Poligami dianggap sebagai satu isi rumah.
40. Saya telah lulus Bantuan Prihatin Nasional berdasarkan rekod BSH, mengapakah sehingga kini saya masih belum menerima bayaran walaupun maklumat akaun bank telah didaftarkan?
Pemohon perlu menyemak Maklumat Bayaran di Portal BPN, jika status Berjaya Kredit, penerima boleh menyemak ke akaun bank yang didaftarkan. Sekiranya status adalah Gagal Kredit, penerima boleh membuat penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) selepas Nombor Siri dipaparkan di portal berkenaan.
41. Penerima Bantuan Prihatin Nasional yang lulus berdasarkan rekod BSH, adakah pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon atau ke akaun bank isteri seperti BSH?
Penerima Bantuan Prihatin Nasional berstatus kahwin dan lulus berdasarkan rekod BSH, mekanisme pembayaran adalah sama seperti BSH iaitu bagi penerima berumur 59 tahun ke bawah, bayaran akan dibuat ke akaun bank isteri, manakala bagi penerima berumur 60 tahun ke atas akan dibayar ke akaun bank penerima
42. Sekiranya pembayaran BPN tidak dapat dikreditkan ke akaun bank isteri seperti di rekod
BSH, bagaimanakah pembayaran akan dibuat?
Sekiranya status pengkreditan adalah gagal kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui
Bank Simpanan Nasional (BSN). Penerima boleh membuat penunaian di Kaunter BSN setelah
Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.
43. Semasa mendaftar akaun Portal BPN, saya perlu menjawab beberapa soalan
keselamatan yang dinyatakan tetapi saya telah tersalah jawab dan telah disekat. Apakah
yang perlu saya lakukan?
Soalan keselamatan ditetapkan berdasarkan maklumat asas yang didaftarkan di BSH atau
rekod percukaian. Sekiranya pemohon telah disekat, pemohon boleh mencuba semula selepas
15 minit. Panduan lengkap adalah seperti di Panduan Pengguna > Bantuan Prihatin Nasional
di Portal BPN.
Dikemas kini pada 17 April 2020.
ARTIKEL LAIN
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
Anda salah seorang yang telah join LikeShare dan Isharefans? pasti ketika ini anda sangat bimbang dan takut melihat perkongsian dan pertanyaan daripada rakan-rakan lain. Kini masalah withdrawal daripada kedua-dua platform ini sudah bermula.
Anda pernah melihat iklan atau post orang di media sosial, whatsapp yang mengajak anda untuk menjana pendapatan secara mudah dalam talian? Likeshare? Jika anda pernah dan ingin mencari maklumat tentang likeshare Malaysia, mungkin artikel ini akan membantu anda untuk pemahaman anda? Jika anda mempunyai rasa was-was tentang likeshare ini, kami...
WeMediaa Review: Adik Kepada IshareFans
Akhir-akhir ini, banyak aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hany like,share, follow, view akaun media sosial. antaranya adalah LikeShare, Isharefans, Ezjob99 dan WeMediaa.
Ekonomi dunia pada hari ini semakin terjejas disebabkan oleh wabak Pandemik Covid-19. Hal ini menyebabkan ramai orang yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan. Ramai yang terdesak untuk mendapatkan wang mudah atau secara dalam talian. Ini kerana ramai yang tidak dapat keluar dari rumah disebabkan perintah daripada pihak berkuasa.
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...