Bantuan Prihatin Nasional : Tapisan Rayuan BPN Semakin Ketat, Guna 11 Agensi untuk Semakan Kelayakan, Nak Buat Apa?

15/05/2020

Pada 9 Mei 2020, Keputusan semakan bagi permohonan baru dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional telah dikeluarkan. Permohonan baru dan rayuan telah ditutup pada 30 April 2020.

Ramai pemohon baru dan rayuan terkejut dan terkilan dengan keputusan semakan BPN mereka. Banyak yang telah ditolak dan mendapat status "Tidak Layak". 

Perkara ini telah disebut sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perutusan Khas beliau pada 10 Mei 2020 yang lalu. Oleh yang demikian, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersetuju agar melanjutkan rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020.

Rayuan untuk kali ke-2 ini memerlukan pemohon untuk mengisi borang rayuan dan membawa dokumen-dokumen sokongan seperti kehilangan pendapatan dan penyata pendapatan syarikat. Kebanyakan permohonan yang ditolak adalah melibatkan pemohon yang mempunyai rekod SSM atau berdaftar perniagaan dengan Pihak berkuasa Tempatan.

Tapisan Rayuan BPN Semakin Ketat dengan Menggunakan 11 Agensi Lain.

Namun LHDN telah meningkatkan tapisan rayuan BPN yang baru dengan melakukan semakan silang dalam pangkalan data yang terkini daripada 11 agensi kerajaan sebelum meluluskan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).


Antara agensi yang terlibat dalam semakan berkenaan adalah: 

  1. Jabatan Akauntan Negara, 
  2. Bendahari Negeri seluruh Malaysia, 
  3. Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 
  4. Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), 
  5. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), 
  6. Kementerian Pendidikan, 
  7. Kementerian Pengajian Tinggi, 
  8. MARA, 
  9. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 
  10. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan 
  11. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pihak LHDN akan dapat mengenal pasti permohonan yang memiliki syarikat dan pangkalan data menunjukkan syarikat adalah aktif berdasarkan aktiviti transaksi perbankan syarikat yang terbabit. LHDN menegaskan bahawa semakan itu bertujuan untuk mengelak sebarang penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagi kes permohonan bujang pula, yang mana adalah permohonan daripada pelajar sepenuh masa, terdapat 240,465 permohonan diterima daripada pelajar ditolak kerana Mereka telah layak untuk mendapat RM200 menerusi bantuan pelajar institusi pengajian tinggi secara one-off

Ramai juga pemohon yang menerima bantuan kurang daripada jumlah yang diumumkan iatu RM1600 dan RM800 iatu hanya RM1000 dan RM500. FAQ sebab mengapa berlaku hal ini yang dikeluarkan oleh LHDN selepas 9 Mei boleh dirujuk di sini : Bantuan Prihatin Nasional : Mengapa Jumlah Lulus  BPN hanya RM1000 dan RM500 Serta status Tidak Layak? 

Disamping itu, LHDN telah menyatakan bahawa  isu penerimaan BPN kurang daripada kelayakan adalah disebabkan oleh penetapan dasar oleh Kementerian Kewangan (MoF) yang mengarahkan LHDN untuk membuat semula semakan silang berdasarkan data-data terkini yang diterima daripada agensi-agensi yang terpilih.  

Jika anda adalah golongan yang pada awalnya lulus dalam Fasa 1 BPN, tetapi keputusan lain pula semasa BPN fasa 2, LHDN sekali lagi menerangkan bahawa ia berlaku setelah semakan silang dibuat mendapati bahawa pendapatan anda adalah tinggi dan terkeluar daripada julat pendapatan yang ditetapkan.

Cara Rayuan Semula BPN bagi pemohon yang Tidak Layak.

Adakah anda bersetuju dengan Alasan dan Sebab yang diberikan oleh LHDN? Bagaimana dengan situasi anda? adakah betul seperti yang dinyatakan oleh LHDN?

Jika tidak benar dan data daripada LHDN mungkin silap dan tidak dikemaskini, anda boleh membuat rayuan semula dengan mengisi borang Rayuan BPN dan datang ke kaunter LHDN dengan membawa dokumen-dokumen sokongan.

Sebelum anda datang ke kaunter LHDN, pastikan anda sediakan dokumen berikut :

1. Borang Rayuan LHDN

2. Dokumen Sokongan 

Anda juga boleh membuat semakan atau menghantar soalan berkaitan rayuan BPN dengan menulis emel kepada rayuanbpn@hasil.gov.my. 

Rayuan ditutup sehingga 31 Mei 2020. Diharapkan anda akan berjaya untuk rayuan kali ke-2 dan mendapatkan hak anda.




PANDUAN DAN JAWAPAN LAIN

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Trustpilot