Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bantuan Prihatin Nasional : Semakan Status anda dalam BPN Tiada Akaun atau Gagal Kredit, Ikuti Panduan Ini.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL - STATUS GAGAL KREDIT ATAU TIADA AKAUN.
Pada 27 Mac 2020 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
bagi membantu seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan susulan wabak Covid - 19 yang melanda di negara ini. Bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini antara bantuan yang tersenarai dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Bantuan yang memperuntukkan sebanyak RM 10 bilion ini akan diberikan secara one-off dan akan memanfaatkan golongan B40 serta M40.
Sehingga 17 April 2020, Kerajaan telah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40), melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion. Namun begitu, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.
baca juga : Bantuan Prihatin Nasional : Semakan Status anda dalam BPN Tiada Akaun atau Gagal Kredit, Ikuti Panduan Ini.
Sehubungan itu, penerima berkenaan boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April 2020 sehingga 31 Disember 2020. Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN di www.mybsn.com.my.

Berikut merupakan panduan bagaimana anda boleh membuat penunaian di Bank Simpanan Nasional.
1. Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun atau status Gagal Kredit. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan bayaran berkenaan?
Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan Tiada Akaun atau status adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Penunaian boleh dibuat oleh penerima dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my.

2. Bilakah tarikh penunaian Bantuan Prihatin Nasional boleh dibuat di kaunter BSN?
Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat
Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 17 April 2020.
3. Bilakah tarikh akhir tuntutan bayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional boleh dibuat?
Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember
2020.
4. Saya (isteri) adalah seorang penerima Bantuan Prihatin Nasional. Walau bagaimanapun berdasarkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan saya tidak dapat hadir ke Bank Simpanan Nasional. Adakah suami (pemohon) boleh membuat penunaian bagi pihak saya?
Ya. Suami boleh hadir ke BSN semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi
membuat penunaian berdasarkan prosedur di BSN dengan mengunakan Nombor Siri yang
direkodkan di dalam Portal BPN. Ini kerana Maklumat Suami telah terdapat di dalam Portal
BPN. Walau bagaimanapun keutamaan penunaian adalah kepada Penerima.
5. Adakah wakil / waris dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima yang tiada akaun / gagal kredit / meninggal dunia / uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN dan siapakah yang dibenarkan untuk menjadil wakil / waris berkenaan?
Ya. Wakil / waris dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima di Kaunter BSN. Wakil / waris yang dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional adalah wakil / waris yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan mestilah terdiri daripada hubungan berikut:
i. Ibu / Bapa
ii. Pasangan
iii. Anak
iv. Adik-Beradik
v. Cucu
6. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian Bantuan Prihatin Nasional?
Dokumen yang perlu dikemukakan oleh wakil / waris yang berdaftar bagi pembayaran BPN secara tunai adalah seperti berikut:
i. Sijil Kematian (asal atau salinan) penerima; atau
ii. Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima; dan
iii. Kad pengenalan (asal) wakil; dan
iv. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil / waris.

v. Dokumen sokongan yang mana berkaitan:
a) Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di Penjara atau Pusat Serenti); atau
b) Surat Pengesahan Majikan sebagai bukti penerima berada di luar negara kerana menjalankan tugas; atau
c) Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
d) Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Pengusaha Rumah Jagaan; atau
e) Surat kebenaran / pengesahan daripada hospital / klinik / Ketua Kampung / Ketua Kawasan dan ke atas bagi penerima yang uzur (tidak berdaya untuk bergerak); atau
f) Kad OKU asal.
7. Suami saya adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional yang akan menerima bantuan secara tunai. Walau bagaimanapun, suami saya telah meninggal dunia. Adakah saya layak menjadi wakil / waris untuk penunaian Bantuan Prihatin Nasional suami saya?
Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional yang telah lulus tetapi telah meninggal dunia, wakil /
waris yang berdaftar (rujuk jawapan bagi soalan 5) boleh hadir ke BSN untuk penunaian.
8. Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, adakah saya layak menjadi wakil?
Ya, jika anda bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, anda layak menjadi
wakil sekiranya hubungan anda dan penerima adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan /
anak / adik-beradik / cucu
9. Penerima sedang sakit atau merupakan warga emas yang tidak boleh ke Bank Simpanan Nasional untuk membuat penunaian. Adakah wakil dibenarkan membuat penunaian tersebut?
Ya. Wakil / waris yang berdaftar (rujuk jawapan bagi soalan 5) boleh hadir ke BSN untuk
membuat penunaian dengan membawa bersama dokumen yang berkaitan (rujuk jawapan bagi
soalan 6).
10. Penerima merupakan seorang OKU atau bujang yang tidak mempunyai wakil / waris yang didaftarkan semasa permohonan BSH. Adakah wakil boleh membuat penunaian bagi pihak penerima?
Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak dirinya
boleh membuat penunaian di Kaunter BSN berdasarkan prosedur di BSN dan wakil perlu
mengemukakan dokumen berikut:
i. OKU - wakil mengemukakan Kad Pengenalan (asal) dan Kad OKU (asal) penerima.
ii. Bujang - wakil mengemukakan Kad Pengenalan (asal) penerima.
Bagaimana Saya boleh membuat semakan status BPN?
ikuti Langkah berikut :

1. pergi ke Laman web https://bpn.hasil.gov.my
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
3. Jika ADA REKOD, maka akan dipaparkan status anda, atau dalam proses (permohonan diterima)
-Bagi penerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH) atau pembayar cukai pendapatan di LHDN yang menepati kriteria kelayakan, anda tidak perlu memohon, cuma semak status dan kemaskini maklumat bank anda
4. Keputusan Pemeriksaan tiada Rekod? tak perlu bimbang, jika anda adalah dalam kategori layak menerima, anda boleh buat permohonan atau rayuan. isi borang ringkas maklumat anda seperti nama penuh, alamat, nombor telefon dan maklumat bank anda serta pendapatan seisi rumah (anda dan pasangan)
5. Sediakan awal maklumat bank anda terlebih dahulu, serta maklumat pasangan dan nombor kad pengenalan anak-anak agar bagi memudahkan anda - anak yang berusia 21 tahun pada tahun 2020 boleh memohon berasingan dalam kategori bujang, dengan syarat bukan masih belajar - pemohon warga emas sebarang kara juga dikira sebagai 'bujang' (takrif umur 60 tahun dan ke atas)
6. Pengesahan Maklumat adalah benar.
7. Hantar permohonan
Untuk semak semula status permohonan anda, Lakukan Langkah 1 dan 2
ARTIKEL BERKAITAN
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
Anda salah seorang yang telah join LikeShare dan Isharefans? pasti ketika ini anda sangat bimbang dan takut melihat perkongsian dan pertanyaan daripada rakan-rakan lain. Kini masalah withdrawal daripada kedua-dua platform ini sudah bermula.
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.