Bantuan Prihatin Nasional: Rayuan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020

10/05/2020

Isu Bayaran BPN pada 9 Mei menjadi bualan rakyat Malaysia dan tular di media sosial. Mereka persoalkan keputusan LHDN bagi beberapa status BPN terutama bagi permohonan baru dan rayuan.

Dalam Petikan Perutusan Khas Perdana Menteri pada 10 Mei 2020, berkaitan isu Bayaran BPN ini, Perdana Menteri menyebut bahawa :

Terdapat rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab. Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan. Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak.

Rayuan bantuan BPN Dilanjutkan.

Oleh yang demikian, dalam ucapan yang sama, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

Adakah anda salah seorang daripada pemohon baru dan rayuan yang mana keputusan BPN adalah "TIDAK LULUS". Anda boleh membuat rayuan semula ya dengan gunakan dua kaedah berikut.

Kaedah Permohonan Rayuan BPN baru.

  1. Melalui Email di rayuanbpn@hasil.gov.my.
  2. Hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN bermula 11 Mei 2020 dan 12 Mei 2020. - Sila bawa dokumen sokongan berkaitan seperti bukti kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan. Alasan pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, juga boleh membuat rayuan dengan membawa dokumen penyata pendapatan terkini.

Mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah akan diluluskan. Setakat ini  kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion. Dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion.

Anda juga boleh menghubungi HASIL CARE LINE di talian 03-8911 1000 pada waktu pejabat atau melayari https://www.hasil.gov.my/  dengan mengisi BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN pada ruangan PERTANYAAN atau ADUAN

Boleh rujuk KENYATAAN MEDIA LHDN berkaitan Rayuan BPN.


MENCARI KERETA SEWA DI KOTA KINABALU? ADA PROMOSI