Bantuan Prihatin Nasional : Mengapa Jumlah Lulus  BPN hanya RM1000 dan RM500 Serta status Tidak Layak? 

09/05/2020

Pada 8 Mei 2020, Lembaga hasil dalam Negeri telah mengumumkan melalui laman facebook LHDN bahawa keputusan semakan bagi permohonan baharu dan rayuan akan diketahui pada 9 Mei 2020.

Pada hari ini, pasti sistem BPN LHDN sesak disebabkan oleh trafik yang tinggi. Ramai pemohon ingin mengetahui status permohonan bantuan kewangan PRIHATIN ini.

Namun ramai pemohon untuk permohonan baru dan rayuan yang terkejut setelah melihat keputusan berkenaan. Ada keputusan "TIDAK LAYAK" dan jumlah amaun rendah dan kurang, tidak seperti yang telah diumumkan pada awal. Pada awal pengumuman bantuan, Jumlah yang diberikan adalah RM 1600 untuk isi rumah B40 dan RM800 untuk bujang B40. 

Semakan BPN hari ini menunjukkan ada yang hanya mendapat RM1000 bagi isi rumah dan RM500 bagi bujang iatu pengurangan sebanyak RM600 dan RM300. Kenapa? why my BPN only RM1000 and RM500 cakap orang putih..huhuhu..Lets find out!

Mengapa Jumlah Bantuan Hanya RM1000 dan RM500


Lembaga Hasil Dalam Negeri memberikan jawapan bagi persoalan anda dalam FAQ yang mereka sediakan.

  • Bagi pemohon berstatus kahwin yang mempunyai perniagaan pemilikan tunggal (bukan syarikat Sendirian Berhad) atau bekerja sendiri, amaun BPN yang layak adalah sebanyak RM1,000 sahaja. 
  • Bagi pemohon berstatus bujang yang mempunyai perniagaan pemilikan tunggal (bukan syarikat Sendirian Berhad) atau bekerja sendiri, amaun BPN yang layak adalah sebanyak RM500 sahaja. 

Ini bermaksud bahawa pemohon mempunyai rekod perniagaan Pemilikan tunggal atau bekerja sendiri. Jika anda adalah pemohon bagi Permohonan Baru dan Rayuan dan mempunyai rekod mempunyai perniagaan, anda akan hanya mendapat jumlah berkenaan.

LHDN memberikan saranan agar pemohon membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) melalui Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my  jika perniagaan pemilikan tunggal berkenaan memenuhi kelayakan.  

Apakah Sebab Saya tidak Layak BPN?

Ada yang dapat status "TIDAK LAYAK"? Pasti agak kecewa kan. Dalam keadaan kegawatan ekonomi ini, bantuan kewangan ini pasti sangat membantu. Jom Ketahui apa sebab anda tidak layak menyebabkan permohonan anda tidak lulus. 

  1. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon
  2. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM 8000 (Isi rumah)
  3. semakan Rekod Agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM 4000 (bujang)
  4. Semakan mendapati bahawa pemohon merupakan pelajar
  5. Tidak layak kerana pemohon/Pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM).

Tambahan sebab tidak Layak BPN.

TEMPOH MASA DAN CARA RAYUAN SEMULA BPN 

Berita Baik bagi anda yang mendapat status "TIDAK LAYAK'. Anda boleh membuat Rayuan Semula dengan menghantar email ke (rayuanbpn@lhdn.gov.my) atau hadir ke kaunter LHDN bermula 11 Mei atau 12 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020. Anda perlu membawa dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan dan penyata pendapatan (SSM).  Bantuan Prihatin Nasional: Rayuan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020

Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut berkenaan Bantuan Prihatin Nasional BPN, anda boleh membuat pembacaan lanjut di sini. Bantuan Prihatin Nasional: Tarikh Keputusan Semakan status BPN bagi permohonan baru dan rayuan pada 9 Mei 2020

Anda juga boleh menghubungi HASIL CARE LINE di talian 03-8911 1000 pada waktu pejabat atau melayari https://www.hasil.gov.my/ dengan mengisi BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN pada ruangan PERTANYAAN atau ADUAN


ADA PLAN UNTUK BERCUTI DI SABAH NANTI?

KAMI NAK OFFER DISKAUN NI BOSSKU. SIMPAN GAMBAR YANG MENGANDUNGI KOD DISKAUN DI BAWAH, DAN WHATSAPP GAMBAR ITU KE NOMBOR HOTLINE KAMI TERTERA. 

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT BILA-BILA DAN SAH SAMPAI HUJUNG TAHUN 2021.

PANDUAN DAN TIPS LAIN

CERITA KUPI YANG HAMPIR SERIUS


CERITA TRAVEL SABAH

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


Trustpilot