Bantuan Prihatin Nasional : Bank Simpanan Nasional telah memulakan inisiatif Penunaian Baucer BPN

23/04/2020

Bank Simpanan Nasional telah memulakan bantuan tunai atau penunaian baucer Bantuan Prihatin Nasional di kesemua cawangan seluruh negara, bermula 17 April 2020. Sebanyak 116 cawangan BSN  yang dibuka untuk membantu hampir 20,000 penerima BPN seluruh negara.

Penunaian Baucer BPN adalah bagi penerima yang mempunyai status gagal kredit. Status gagal kredit disebabkan kemungkinan akaun bank penerima yang tidak dikemaskini atau tidak lengkap. 

Rujuk artikel ini : Bantuan Prihatin Nasional : Semakan Status anda dalam BPN Tiada Akaun atau Gagal Kredit, Ikuti Panduan Ini.

Bagi memastikan pembayaran berkenaan berlangsung dengan lancar, BSN telah melanjutkan perkhidmatan operasi sehingga sabtu dan Ahad di cawangan terpilih seluruh negara. 

BSN juga telah mengambil langkah-langkah keselamatan seperti penjarakan sosial iatu jarak 1 meter, mewajibkan pemakaian topeng muka dan pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke dalam premis. BSN juga telah mendapatkan bantuan daripada pihak RELA dan Polis Bantuan bagi memantau pematuhan social distancing.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

IKUTI KAMI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Trustpilot