Tarikh dan jadual baru Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua 

04/05/2020

Pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai orang menghadapi masalah kewangan disebabkan mereka tidak dapat keluar untuk bekerja. Kerajaan telah memberikan kelegaan sementara dengan memberikan bantuan kewangan dalam Pakej Rangsangan ekonomi Prihatin. Kerajaan telah memberikan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN).

Pemohon yang telah membuat permohonan awal dan senarai penerima BSH (bantuan sara hidup), mereka telah pun menerima bayaran fasa pertama pada awal bulan April. Namun bagi fasa kedua, mungkin ramai yang masih tertanya-tanya mengapa mereka belum menerima wang tersebut dan bilakah meraka akan mendapat bantuan berkenaan?. Jawapannya di sini.

Bagi pembayaran fasa 2, Pembayaran akan dijangka dibuat pada bulan Mei 2020. Pada pengumuman daripada laman web BPN, beberapa golongan penerima akan menerima bantuan kewangan tersebut.

Golongan B40 Isi Rumah

  • Pendapatan di bawah RM4000
  • Menerima bantuan RM 1000 (April) dan RM600 (Bulan Mei)

Golongan B40 Bujang

  • Pendapatan RM2000 dan ke bawah
  • Menerima bantuan RM500 (April) dan RM300 (Mei)

Golongan M40 Isi Rumah

  • Pendapatan RM4001 hingga RM8000
  • Menerima bantuan RM500 (April) dan RM 500(Mei)

Golongan M40 Bujang

  • Pendapatan RM2001 hingga RM4000
  • Menerima bantuan RM250 (April) dan RM250(Mei)

Tarikh pembayaran baru fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Golongan B40 Isi Rumah

  • Pembayaran fasa kedua 4 - 13 Mei 2020

Golongan B40 Bujang

  • Pembayaran fasa kedua 4 - 13 Mei 2020

Golongan M40 Isi Rumah

  • Pembayaran fasa kedua 13 - 15 Mei 2020

Golongan M40 Bujang

  • Pembayaran fasa kedua 13 - 15 Mei 2020

Tarikh Pembayaran BPN bagi Permohonan baru dan Rayuan

Bagi mereka yang baharu sahaja memohon, jangan bimbang, Jika semakan status anda adalah lulus,Bagi Permohonan baharu dan rayuan, anda akan tetap menerima bayaran BPN tetapi mungkin agak lewat dan pembayaran adalah lump sum atau sekaligus bermula 15 Mei hingga 20 Mei 2020.

Cara Pembayaran secara Tunai di BSN

Menurut FAQ daripada BPN, terdapat juga individu yang layak tetapi tidak dapat menerima bantuan kewangan tersebut disebabkan oleh :
  1. Tiada Akaun bank
  2. Gagal Kemaskini Maklumat Akaun Bank
  3. Pemindahan wang ke Akaun Bank Gagal

Bagi individu yang mengalami masalah ini, anda tak perlu bimbang. Anda masih boleh menerima bantuan kewangan tersebut dengan pergi cawangan Bank Simpanan Nasional terdekat bermula 15 Mei 2020 dan menunjukkan mereka Nombor Siri Baucer BPN. 

Baca lanjut : Bantuan Prihatin Nasional : Bank Simpanan Nasional telah memulakan inisiatif Penunaian Baucer BPN

Jangan lupa untuk mengamalkan penjarakkan sosial dan sentiasa memakai topeng muka dan membawa sentiasa hand sanitizer. Jika tiada urusan penting, sentiasa kekal di rumah dan jaga kebersihan!.


car rental and travel package in sabah, follow and like

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Trustpilot