Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 PENJANA: Ini Cara Mudah Untuk Memohon

25/06/2020

Kerajaan Melalui insentif PENJANA yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri akan memberikan Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara "One-Off". Wang ini akan dimasukkan ke dalam akauan penerima yang layak.

Apakah Kriteria Ibu Tunggal Menurut KPWKM?

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), menurut KPWKM, ibu tunggal adalah "Seorang perempuan yang telah menjadi ketua rumah" iatu dengan definisi berikut:

  • taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  • tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

Siapakah Yang Layak Memohon BKIT?

Berikut merupakan kelayakan yang ditetapkan oleh KPWKM yang layak untuk memohon bantuan ini.

  1. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia;
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran di S1; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960.00 atau perkapita RM244.00.

Cara Mudah Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal

Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui:

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD; atau
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
  • Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak); atau
  • Portal rasmi https://www.jpw.gov.my/.

Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan baharu atau rayuan BKIT

Dokumen yang wajib/perlu dan mesti disahkan adalah seperti yang berikut:

  1. Salinan MyKad;
  2. Salinan Penyata Akaun tahun semasa;
  3. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian;
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin / MyKid / MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN /; dan
  5. Salinan Slip gaji terkini / Pengesahan Pendapatan (Contoh: Surat Pengesahan daripada Majikan/Penghulu);

Anda juga boleh mengemukakan dokumen sokongan seperti Surat Akuan Doktor (jika berkenaan); dan Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian).

Jika anda rasa ragu-ragu borang anda tidak lengkap atau tidak, anda boleh rujuk senarai semak permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal.

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal.

Cara Permohonan Jika Tidak Mempunyai Akses Internet

Sekiranya anda atau ibu anda tidak mempunyai akses kepada capaian internet, anda masih boleh memohon secara manual dengan mengemukakan/menghantar borang berkenaan di tempat berikut: 

  1. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD; atau 
  2. Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
  3. Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak) 

Cara Pembayaran dan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal

Bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pemohon yang layak. Akaun tersebut hendaklah aktif. Bagaimana nak tahu atau semak keputusan bantuan ini? Pihak berkuasa akan memaklumkan kelulusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemohon yang lulus. 

Pembayaran akan dibuat pada bulan Julai sehingga November 2020. Jika permohonan anda tidak lulus, anda boleh merujuk di portal rasmi JPW untuk mengetahui pembukaan tarikh rayuan.

TIPS DAN PANDUAN LAIN

Read what's new this week
 

Trustpilot