Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Anda Perlu Tahu: Bagaimana Untuk Mengenali Syarikat MLM yang Sah atau Scam/Haram
Pada masa wabak Covid-19 ini, keadaan ekonomi terjejas menyebabkan sebilangan isi rumah atau individu mengalami kesukaran mendapatkan sumber kewangan. Paling teruk banyak yang menghadapi risiko kehilangan kerja ataupun sudah diberhentikan kerja.
Pada masa inilah pula para scammer dan perniagaan yang tidak sah mengambil peluang memujuk para pengguna yang kurang arif dan pengetahuan serta terdesak untuk menyertai perniagaan mereka dengan menawarkan pendapatan yang lumayan dan pantas serta kerja yang mudah.
Pada perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk mengenali perniagaan MLM (Multi Level Marketing) yang sah. Dengan maklumat ini, ia dapat membantu anda membezakan MLM yang sah atau tidak sah (Skim Piramid). Nak? jom lanjutkan pembacaan.
Kenali Perniagaan Multi Level Marketing (MLM)
Multi Level Marketing (MLM) adalah salah satu daripada pelan pemasaran Perniagaan Jualan Langsung. Menurut KPDNHEP, MLM adalah mempunyai ciri berikut;
- Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat;
- Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
- Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).
Pelan Pemasaran Perniagaan Jualan Langsung yang lain adalah Single Level Marketing Plan dan Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order). Pelan Pemasaran Perniagaan Jualan Langsung yang lain adalah Single Level Marketing Plan dan Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order).
Bagi Single Level Marketing, Syarikat akan melantik wakil jualan / ejen jualan dan membayar gaji / komisen /gabungan gaji dan komisen alas jumlah jualan yang dibuat; dan Wakil jualan / ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik / menaja wakil jualan/ejen jualan lain.
Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order) pula adalah Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos atau apa-apa kaedah penghantaran yang lain termasuk secara elektronik.
Apakah Jualan Langsung
Ketiga-tiga pelan yang disebutkan di atas adalah merupakan strategi atau pelan dalam jualan langsung. "Jualan Langsung" ertinya jualan pintu ke pintu, jualan pesanan pos dan jualan melalui transaksi elektronik mengikut pengertian Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993 ini ATAU perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:
- Jualan barang ATAU perkhidmatan dengan cara;
- pergi dari satu tempat ke satu tempat selain suatu tempat perniagaan yang tetap; atau
- membuat panggilan telefon.
- Mencari orang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi barang atau perkhidmatan; dan
- Kemudian membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan tujuan mewujudkan kontrak pembelian.
Apakah Pula Skim Piramid?
Pernah dengar Monspace? Perniagaan MLM yang popular beberapa tahun dahulu. Ramai yang terjebak dan mengalami kerugian ratus hingga puluhan ribu ringgit. Nak tengok lanjut? boleh cuba ke laman facebook Monspace Malaysia dan lihat komen-komen di sana.
Kita bersyukur kerana kegiatan ini akhirnya dapat dibawa ke muka pengadilan. Tiga orang pengarah Monspace telah didakwa di mahkamah pada 8 Mei 2019 di atas tuduhan menganjurkan skim piramid dan menjalankan perniagaan MLM tanpa lesen yang sah. Datuk Seri Lai Chai Shuang, 49; Wong Tat Foong, 40, dan Chai Ling Mooi, 48, yang kesemuanya pengarah Syarikat Monspacemall Sdn Bhd, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.
Pembacaan Lanjut: berita Harian.
Namun Skim Piramid ini sentiasa akan kembali dan mereka akan menggunakan strategi baru untuk mengaburi pandangan pihak berkuasa dan anda. Jika anda belum faham apa itu skim piramid, jom teruskan pembacaan anda agar anda tidak tertipu lagi.
Menurut Wikipedia, Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak akan dapat bertahan lama yang membabitkan pertukaran/pembayaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan. Skim piramid adalah haram di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Great Britain, Australia dan New Zealand. Skim sebegini telah wujud selama sekurang-kurangnya satu dekad lebih.
Menurut KPDNHEP pula, Ciri-ciri Skim Piramid adalah seperti yang berikut.
- Promosi sesuatu skim atau pembayaran bonus atau faedah lain adalah semata-mata atau terutamanya perekrutan atau pengenalan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.
- Bonus dibayar kepada peserta atau mana-mana faedah lain diterima oleh peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta atau orang lain.
- Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.
- Pembelian barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pembayaran bonus atau faedah lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.
- Peserta dikehendaki untuk membeli barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak untuk membeli pakej barang-barang terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.
- Dasar bayar balik bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.
- Dasar beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang boleh dipasarkan pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan.
- Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak munasabah bagi kelayakan peserta untuk dibayar bonus atau faedah lain.
- Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak dibenarkan.
- Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pengendalian atau proses berantai piramid.

Hmmm....jika dilihat pada kenyataan di atas, kelihatan struktur MLM dengan Skim Piramid adalah sama saja. Ya betul, itulah yang dikatakan hanya dinding yang nipis yang membezakan dua MLM dengan Skim Piramid.
Kedua-dua pelan ini memerlukan anda untuk mencari orang menjadi downline. So anda kena perhatikan ciri yang membezakan selain daripada yang tertera daripada di gambar itu.
- Keuntungan diperolehi hasil daripada memerkenalkan/mengambil ahli baru dan melupakan tentang pemasaran dan penjualan produl atau perkhidmatan.
- Tidak mempunyai produk perniagaan yang sah dan pengguna (pelabur) tidak akan mendapat sebarang pulangan modal melainkan mereka berjaya memperkenalkan sebilangan ahli baru untuk masuk ke dalam skim tersebut,
ini merupakan dua perkara asas yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam mengenalpasti sama ada sesuatu itu skim piramid atau tidak.
Namun scammer ini semakin bijak untuk mengaburi mata pengguna. Mereka akan mengiklankan sesuatu produk atau perkhidmatan (popular sekarang adalah produk e-book dan tapak pengiklanan online). Tetapi anda perlu melihat kepada fokus pendapatan perniagaan tersebut, Adakah dari keuntungan jualan produk tersebut, atau keuntungan kerana memperkenalkan atau yuran pendaftaran/keahlian.
Bagaimana untuk memastikan Perniagaan/Syarikat itu bukan Skim Piramid?
Kami faham tidak mudah untuk mengenalpasti antara MLM dengan Skim piramid. Sebelum anda join perniagaan berkenaan, jika anda mempunyai keraguan, dapatkan pendapat daripada pihak ketiga. ketika anda dijemput untuk datang mendengar taklimat, jangan pergi seorang diri, sekurang-kurangnya bawa rakan lain.
Berikan masa kepada diri anda untuk berfikir dan mempertimbangkan tawaran berkenaan. Buat penyelidikan terlebih dahulu dan dapatkan pendapat orang ketiga.
Anda juga boleh membuat semakan syarikat yang mempunyai lesen AJL yang masih sah di laman web KPDNHEP. Jika syarikat berkenaan tersenarai, anda boleh join dengan yakin, jika sebaliknya, batalkan niat anda kerana syarikat berkenaan tidak akan dapat bertahan lama.
Bagaimana dengan syarikat MLM yang mempunyai SSM?
Kebanyakkan syarikat MLM yang tidak sah ini akan cuba berselindung di sebalik sijil pendaftaran syarikat iatu SSM. Kebiasaannya mereka akan menyatakan syarikat ini ada sijil SSM pada awal taklimat mereka.
Anda jangan tertipu dengan mudah. Sijil SSM bukanlah kebenaran untuk menjalankan perniagaan jenis MLM. Sijil SSM hanyalah sijil pendaftaran syarikat yang menyatakan bahawa syarikat itu dibenarkan untuk berniaga, tetapi untuk pelan perniagaan MLM, syarikat berkenaan perlu mendapatkan lesen AJL daripada pihak KPDNHEP. Contoh Nombor lesen AJL adalah AJL93001 (AVON COSMETIC (M) SDN. BHD.)
Dalam Akta Jualan Langsung 1993 menyatakan "Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6".
Dapatkan maklumat lesen AJL daripada mereka jika anda didekati oleh mereka yang menawarkan perniagaan berbentuk Multi Level Marketing. Jika mereka tidak dapat memberikan maklumat berkenaan, maka anda tidak harus meneruskan perbincangan/taklimat berkenaan.
Kesimpulan
Perniagaan MLM mengikut peraturan dan undang-undang adalah dibenarkan di Malaysia tertakluk kepada Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Syarikat yang menjalankan perniagaan perlu mendapatkan permit atau lesen menjalankan perniagaan jenis MLM. Jika melanggar peraturan ini, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Anda perlu kenali beberapa ciri skim piramid iatu keuntungan lumayan dengan bayaran yang minimum, keuntungan/komisen melalui kemasukan ahli baru dan tidak mempunyai perkhidmatan atau produk yang jelas dan tidak mempunyai lesen AJL daripada KPNDHEP.
Jika anda menemukan ciri-ciri berkenaan atau diperkenalkan oleh rakan dan keluarga, berhati-hati dan buat keputusan dengan tepat. Diharapkan artikel ini telah membantu anda.
Kami akan membuat artikel berkaitan dengan pelaburan haram pada masa akan datang. so jika anda berminat, anda boleh ikuti kami di laman facebook Best Borneo Media bagi mendapatkan info-info terkini.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
Anda salah seorang yang telah join LikeShare dan Isharefans? pasti ketika ini anda sangat bimbang dan takut melihat perkongsian dan pertanyaan daripada rakan-rakan lain. Kini masalah withdrawal daripada kedua-dua platform ini sudah bermula.