Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Bantuan Khas Covid-19 NADMA RM 100 Sehari : Panduan permohonan

Tahukah anda? terdapat bantuan lain lagi yang ditawarkan oleh kerajaan Selain daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?. Ya betul, terdapat bantuan lain dari pihak kerajaan tapi kali ini bantuan adalah melalui agensi kerajaan lain iatu NADMA atau nama penuhnya adalah AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA.
NADMA adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana termasuk banjir.
Agensi ini diwujudkan pada tahun 2015 untuk membantu mengurangkan masalah kesesakan dan birokrasi penyediaan tempat pemindahan yang berlaku sebelum ini.
NADMA berkerjasama dengan agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), untuk menguruskan dan menyelaras apa juga bencana yang berlaku di negara kita.
BANTUAN KHAS COVID-19 RM100 SEHARI
Pada 25 Mac 2020, Tabung bantuan Covid-19 telah dilancarkan bagi membantu mereka yang terjejas disebabkan wabak Covid-19. Syarat Kelayakan adalah:
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Anda tidak layak untuk memohon jika anda adalah:
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Berapakah Bantuan Khas Covid-19 ini?
Bantuan sebanyak RM100 sehari akan diberikan sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Namun bantuan ini terhad hanya kepada mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah Dokumen yang Diperlukan untuk memohon?
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A (Dokumen Asal).
- Salinan kad pengenalan (Salinan Diakui Sah).
- Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah).
Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian, anda perlu menyertakan dokumen tambahan berikut;
- Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM;
- Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
- Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded); dan
- Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Dokumen Asal Salinan penyata
bank / muka depan buku akaun** (Salinan Diakui Sah).
Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh
memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris
bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris.
Sekiranya permohonan anda lulus, bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Namun amaun jumlah bantuan adalah atas budi bicara NADMA untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi
yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
Jika anda menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda bolehlah mengisi borang dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan. Setelah lengkap, anda boleh menghantar permohonan anda melalui pos ke NADMA di alamat berikut:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502
PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
Untuk Maklumat lanjut dan mendapatkan borang-borang berkaitan, anda boleh pergi ke Laman Web NADMA dan merujuk FAQ bantuan Khas Covid-19.
Diharapkan dengan bantuan yang kerajaan sediakan, anda akan mendapat manfaat dan akan meringankan beban kehilangan pendapatan disebabkan Wabak covid-19 ini.
Mungkin ada yang tidak yakin adanya bantuan ini pada awal pelancarannya, dan ditambah dengan artikel yang disiarkan dalam laman web sebenarnya.my. Namun pada 25 Mac 2020, portal ini menyatakan ralat dan mengakui terdapat bantuan khas tabung covid-19 ini.
Pihak kami telah menghubungi NADMA melalui laman facebook mereka untuk mendapatkan maklumat jika bantuan ini benar dan masih boleh dipohon. Ini respon pihak mereka.


PANDUAN DAN JAWAPAN KEPADA PERSOALAN ANDA
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
Anda salah seorang yang telah join LikeShare dan Isharefans? pasti ketika ini anda sangat bimbang dan takut melihat perkongsian dan pertanyaan daripada rakan-rakan lain. Kini masalah withdrawal daripada kedua-dua platform ini sudah bermula.