Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Orang ramai yang selama ini terperuk di rumah akhirnya berpeluang untuk bercuti semula. Setakat ini, hanya perjalanan rentas negeri yang dibenarkan. Oleh itu, Jom kita support syarikat tempatan dengan pergi bercuti di dalam Malaysia.
Orang Malaysia pasti sangat stress berada di rumah sepanjang masa kan? bayangkan, pada minggu pertama pembukaan pelancongan di Malaysia, Hotel di Langkawi penuh dengan tempahan. Terbaik!!
Dalam keghairahan untuk bercuti, jangan lupa bahawa kita masih dalam tempoh PKPP, yang mana jika ada kes peningkatan Covid-19, kerajaan boleh menguatkuasakan PKP semula. Ini kerana Vaksin Covid-19 masih belum dihasilkan dan virus ini masih berada di luar sana. So kita kena ambil langkah-langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko jangkitan. Jom ketahui tips-tips keselamatan bercuti semasa PKPP.
Bercuti di Dalam Negara Sahaja
Malaysia merupakan antara top 5 terbaik dalam menangani wabak Covid-19 ini. Usaha pekerja Frontliner, kerajaan dan kerjasama daripada rakyat membolehkan kita dapat membendung penularan virus ini. Walaupun masih terdapat kes harian, namun ia adalah masih terkawal.
Oleh itu, adalah disarankan agar kita bercuti di dalam negara sahaja. Anda boleh menyemak status kes Covid-19 mengikut negeri, dan pergi bercuti dalam negeri yang mempunyai kes yang terendah. Sabah mempunyai kes harian Covid-19 yang terendah tau.
Tambahan pula, dengan bercuti dalam negara, anda boleh menjimatkan kos percutian anda berbanding jika ke luar negara. Tempat menarik di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dan setanding dengan tempat percutian di negara lain.
percutian dalam negeri juga lebih selamat kerana kita boleh menggunakan kenderaan sendiri. Anda dapat mengenalpasti kontak dekat dan pada masa yang sama mempraktikkan penjarakan sosial dan pengasingan diri.
Di Negara luar pula, Korea Selatan, Taiwan, Jepun, China, Thailand, Singapura, Australia, Vietnam dan Hong Kong merupakan negara yang mempunyai kes harian yang hampir sama dengan Malaysia. Namun setakat ini, perjalanan ke luar negara untuk tujuan pelancongan masih belum dibenarkan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Kebersihan Tempat Penginapan
Jika anda pergi bercuti ke tempat yang agak jauh, mungkin anda terpaksa menginap di Hotel,homestay ataupun lodging. Selain daripada kos dan harga, kini anda perlu memikirkan faktor kebersihan dalam pemilihan tempat penginapan.
Semasa anda membuat tempahan, anda boleh membuat pertanyaan jika tempat penginapan itu telah membuat disinfeksi. Terdapat SOP pembukaan tempat pelancongan dan penginapan yang harus dipatuhi oleh pengusaha hotel, penginapan dan pelancongan. Sebagai pengguna, anda juga harus tahu SOP berkenaan agar anda dapat memastikan jika mereka mengikuti SOP berkenaan. Anda boleh merujuk SOP pembukaan semula hotel dalam laman web MOTAC.
Meneroka Alam Semulajadi
Anda nak elak daripada tempat yang sesak daripada orang ramai? apa kata pada percutian kali ini, anda mendekati alam semulajadi? Inilah masa untuk anda membawa anak-anak anda meneroka alam semulajadi yang pastinya akan menjadi pengalaman yang terbaik kepada anak-anak anda. Ini juga akan membantu proses pembelajaran anak-anak anda tentang alam semulajadi.
Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam semula jadi, tempat-tempat seperti pulau-pulau, taman negara, dan hutan simpan pastinya akan membuat anda jatuh cinta dengan keindahannya. Jika mahu bermalam, terdapat pelbagai camping site di Malaysia. Di sabah, Camping site yang terkenal adalah polumpung camp Site Melangkap, Kota Belud. Dengan tempat perkhemahan di tepi sungai, dengan latar belakang gunung kinabalu, huu...pastinya pengalaman yang terbaik.
Kawalan Kendiri
Semasa bercuti, diingatkan agar kita terus mengamalkan kebersihan diri dan penjarakkan sosial. Elakkan tempat tumpuan orang ramai jika boleh. Jika tidak dapat dielak, pastikan anda mematuhi jarak 1 meter.
Pastikan anda sentiasa membawa hand sanitizer walau ke mana anda pergi. Digalakkan agar anda menggunakan hand sanitizer apabila menyentuh permukaan di tempat awam. Anda juga perlu memakai pelitup muka apabila berada di luar.
Kita masih dalam tempoh PKPP dan kita perlu mengamalkan norma baru. Virus Covid-19 masih berada di luar dan risiko jangkitan masih anda. kita perlu mematuhi setiap peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Nak bercuti di Sabah? Jika anda perlukan kenderaan sewa, jom dapatkan perkhidmatan kereta sewa dengan kami, pasti berbaloi. kami pastikan kenderaan kami bersih dan diinfeksi sebelum kami serahkan kepada anda.
Apakah yang anda boleh dapat?
1. Harga murah gila sempena PKPP serendah RM80 sehari
2. Penghantaran percuma ke Airport dan Hotel
3. Kenderaan bersih dan Selamat
4. Layanan terbaik
5. Bantuan dan team response yang pantas
Hubungi Kami di Whatsapp atau klik chat us Now!
TIPS DAN PANDUAN BERCUTI
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...