Apa yang berlaku Jika Anda memakai Hand Sanitizer Setiap hari? Kebaikan dan Keburukan

07/05/2020

Adakah anda adalah seorang pengguna hand Sanitizer yang kerap? Pasti anda adalah seorang yang amat mementingkan kebersihan. Mungkin anda juga selalu membasuh tangan dengan kerap, kerana ia boleh mengelakkan jangkitan dan penyakit dan mengekalkan kesihatan anda.

Jika tiada akses kepada air dan sabun, alternatif lain yang kita boleh lakukan untuk membersihkan tangan adalah dengan menggunakan hand sanitizer berasaskan alkohol. Hand Sanitizer boleh membunuh kuman dan dilihat sangat berguna ketika musim wabak COVID-19 ini. 

Permintaan dan pembelian kepada hand Sanitizer seluruh dunia amat meningkat dengan ketara. Namun begitu, Tahukah anda bahawa jika menggunakannya setiap hari, akan ada kesan sampingan yang tidak baik? 

Teruskan pembacaan jika anda ingin tahu kesan buruk penggunaan Hand Sanitizer setiap hari.  Sebelum itu, ketahui mengapa Hand Sanitizer menjadi pilihan utama untuk membunuh kuman.

Mengapa Perlu Pakai Hand Sanitizer?

Sebab utama mengapa setiap orang menggunakan hand sanitizer adalah kerana untuk membunuh kuman dan virus. Alkohol telah diketahui umum dan awal bahawa ia dapat membunuh kuman dengan memusnahkan lapisan pelindung protein dan menghancurkan metabolism kuman. Tambahan lagi hand sanitizer mudah untuk diguna, ringkas dan mudah untuk diperolehi.
Namun begitu, Hand sanitizer bukanlah satu kaedah pembersihan yang setanding dengan pembersihan menggunakan sabun, air dan teknik pencucian tangan yang betul. Hand Sanitizer tidak dapat berkesan terhadap semua kuman!. 

Penggunaan Hand Sanitizer Setiap Hari akan Merosakkan Mikrobioma Anda

Satu hal yang bagus tentang Hand Sanitizer adalah ia dapat membunuh Mikrob, yang mana ia akan memastikan keselamatan dan menghindar daripada penyakit.
Walau bagaimanapun, Penggunaan Hand Sanitizer yang berat dan kerap juga akan turut merosakan mikrobioma badan anda menjurus kepada kesan yang lebih buruk kepada badan anda. 
Penggunaan Hand Sanitizer setiap hari adalah tidak digalakkan dan pakai hanya bila perlu. Jika anda berada di rumah atau terdapat akses kepada air dan sabun, utamakan pembersihan konvensional iatu menggunakan air dan sabun.

Penggunaan Hand Sanitizer setiap hari akan membuat Bakteria yang lebih Kuat

Hand Sanitizer boleh menjadi pedang bermata dua, iatu mendatangkan kesan baik dan kesan buruk. Hand Sanitizer yang mengandungi anti-bakteria berpotensi untuk menghasilkan bakteria yang lebih kuat dan imun. Patogen mempunyai kebolehan untuk bertoleransi dan berevolusi yang mana alkohol sudah tidak berkesan kepada mereka selepas mereka berevolusi.
Jadi jawapan dan cadangan pembersihan tangan tentunya adalah?
Ya, anda betul, Cuci tangan menggunakan sabun dan air.

Anda masih boleh Sakit Jika Gunakan Hand Sanitizer Setiap Hari

Pakar tidak menafikan bahawa hand sanitizer berkesan dalam membunuh kuman dan alternatif yang baik jika tiada akses kepada air dan sabun. Namun Hand Sanitizer bukanlah cecair ajaib. Anda tidak seharusnya percaya 100% dakwaan yang tertulis dalam botol hand sanitizer seperti boleh membunuh E.Coli, Ebola, Rotavirus dan MRSA. 

Anda perlu tahu bahawa hand Sanitizer tidak berkesan kepada semua jenis bakteria dan virus. Masih terdapat bakteria dan virus yang tolerant terhadap alkohol.


Jika anda menguruskan Bahan Kimia, Penggunaan Hand Sanitizer mendatangkan Bahaya.

Jika anda bekerja dengan bahan kimia setiap hari, anda pasti akan memastikan tangan anda bersih selepas habis bekerja. Mungkin anda adalah seorang pekerja dalam pembersihan, pekerja ladang yang menggunakan pelbagai jenis bahan pembunuh serangga, Mekanik kereta. Anda pasti tidak mahu pulang dengan tangan yang kotor, betul?

Walaubagaimanapun, Hand Sanitizer adalah pilihan terakhir anda jika ingin membersihkan tangan. Ini kerana kombinasi gel pembersih dan bahan kimia adalah tidak baik kepada kesihatan anda. Terdapat kajian yang mendapati bahawa hand sanitizer boleh meningkatkan bahan racun serangga di badan seorang pekerja ladang. (Journal of Occupational and Environmental Medicine)

Anda hanya perlu membersihkan tangan anda menggunakan sabun dan air sudah memadai. Anda juga perlu memakai sarung tangan ketika bekerja dan menguruskan bahan kimia.

Kulit Tangan Akan Menjadi Kering jika Menggunakan Hand Sanitizer Setiap Hari.

Adakah anda perasan jika anda menggunakan hand sanitizer setiap hari, kulit tangan anda akan menjadi kering? keadaan ini adalah disebabkan alkohol yang akan mengeringkan kulit tangan anda. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan penggunaan krim pelembab dan sentiasa terhidrat.( minum air dengan kerap). 

Jika kulit tangan menjadi terlalu kering, rekahan pada kulit akan terjadi dan ia berisiko untuk mendapat jangkitan. Penggunaan Hand Sanitizer yang kerap juga boleh menyebabkan alahan dan kerengsangan kulit serta merosakkan kulit anda.

Sumber : The List


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!


Sokong  dengan follow laman facebook kami. Lebih banyak info menarik untuk anda setiap hari.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Trustpilot