Penerima BSH Boleh Menuntut Bantuan Khairat Kematian RM1000

08/07/2020

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri menyatakan bahawa PENERIMA Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 atau lebih dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK 2020).

Cara Memohon SKK 2020 (Bantuan Khairat Kematian)

  1. Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.
  2. Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Sekiranya pemohon BSH 2020 meninggal dunia mulai 1 Februari 2020, tuntutan SKK 2020 hanya boleh dibuat selepas permohonan BSH 2020 selesai diproses.

Selain itu, penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.

Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang di diagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal.

Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan ke hospital sebanyak RM50 sehari bagi tempoh 14 hari sebagai meringankan beban kewangan semasa sakit.

Jadual Pembukaan Kaunter Pembayaran BSH 2020 Kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak.

Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Sabah melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi pembayaran BSH 2020 Kawasan Pedalaman Sarawak dan Sabah. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual yang telah ditetapkan.

Papar jadual Kaunter Pedalaman Sarawak

Papar Jadual Kaunter Pedalaman Sabah

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Trustpilot