APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN
anda pertama kali sampai ke sabah dan belum biasa dengan keadaan jalanraya di sabah?
saya sarankan anda agar membiasakan diri dengan keadaan jalan dan budaya memandu setempat. Sentiasalah bersabar dan jangan sekali-kali membunyikan hon kenderaan dengan sewenang-wenangnya kerana ia merupakan perbuatan provokasi kepada pemandu di hadapan.
saya sediakan lapan langkah-langkah dan tips jika anda mengalami kemalangan terutama kepada penyewa kenderaan :
1. jangan Panik; tenangkan diri anda. sila pastikan semua penumpang dalam keadaan yang selamat. jika berlaku kecederaan, buat panggilan kecemasan ke talian kecemasan.
2. sila maklumkan kepada operator penyewa kereta secepat mungkin jika berlaku kemalangan
3. maklumkan lokasi kemalangan anda dengan tepat, gunakan "sharing gps location" untuk memudahkan pengenalpastian lokasi kemalangan.
4. sila ambil gambar kerosakan yang berlaku. sila kongsikan gambar berkenaan kepada operator kereta sewa anda
5. sila catatkan/ambil gambar no plate kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan dan nombor telefon pemandu tersebut
6. sila dapatkan maklumat IC dan lesen memandu kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan.
7. jika kerosakan adalah besar, laporan polis mungkin diperlukan untuk tuntutan insurans kenderaan.sila pastikan pemandu mempunyai lesen memandu dan "road tax" tidak luput.
8. berikan kerjasama kepada operator kereta sewa.