Anda Perlu Tahu: SOP dan Cara sambutan Perayaan Hari Raya dan Kaamatan Di Sabah

21/05/2020

Pada Hari ini, Kerajaan Sabah telah mengeluarkan Standard Operation Procedure (SOP) bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan etnik iatu Kaamatan. SOP ini adalah sebagai panduan dan memberikan penerangan perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan semasa sambutan perayaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, selaku Pengerusi Sabah Covid-19 Command Centre.

Apakah yang Dibenarkan?

Kerajaan memberikan peringatan bahawa sepanjang tempoh perayaan, sambutan perayaan adalah dibenarkan TETAPI hanya terhad di kalangan ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja dan tidak melebihi daripada 20 orang bergantung kepada ruang keluasan rumah.

Apakah Aktiviti Sambutan Perayaan yang Tidak Dibenarkan?

Kerajaan Negeri Sabah juga menetapkan beberapa aktiviti yang tidak dibenarkan semasa sambutan Perayaan di Sabah. Antaranya adalah;

  1. Kunjung Mengunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai
  2. Balik Kampung
  3. Rumah Terbuka
  4. Berjemaah di Masjid/Rumah Ibadat
  5. Kenduri Kendara
  6. Ziarah Kubur/Tahlil
  7. Marhaban dari rumah ke rumah
  8. Berpesta

Garis Panduan atau SOP ini dibentuk bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 di kalangan komuniti. Semua Sabahan diminta agar terus menjaga kebersihan diri dan penjagaan kesihatan diri dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.



CERITA TRAVEL SABAH

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.


DAPATKAN LANGGANAN BERITA PERCUMA SETIAP HARI DI SINI

Trustpilot