Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Anda Perlu Tahu: SOP PKP Pemulihan Mengikut Jenis Sektor

Pada hari ini, 10 Jun 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan Standard Operation Procedure (SOP) semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut sektor. Terdapat 10 SOP mengikut sektor yang sediakan oleh MKN.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan bagi membolehkan ekonomi Malaysia "restart" semula. anda boleh merujuk di sini : Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP): 8 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu.
Dalam Artikel ini, kami akan kongsikan SOP mengikut jenis sektor iatu :
- Sektor Kesihatan
- Sektor Pendidikan
- Sektor Penjagaan Sosial (Taska)
- Sektor Makanan
- Aktiviti Ar-Rahnu Koperasi
- Aktiviti & Protokol untuk Penganut Rumah Ibadat
- Sektor Sosial
- Sektor Minyak & Gas
- Perkhidmatan Konsular
SOP mengikut Sektor dan Aktiviti
Sektor Kesihatan
Aktiviti yang dibenarkan dalam sektor kesihatan adalah:
- Hospital & Klinik
- Klinik Pergigian
- Kedai Farmasi
- Pusat Diagnostik
- Fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari
- Pusat jagaan
- Pusat bersalin
- Pusat fisioterapi/rehabilitasi
- Pusat dialisis
- Optometri
- Makmal Perubatan
Aktiviti yang tidak dibenarkan dalam sektor kesihatan adalah:
- Pusat Estatik
- Pusat Urut
- Pusat refleksologi
bagi memastikan penjarakan sosial terus diamalkan, sektor kesihatan perlu:
- Wujudkan sistem temujanji secara online (telefon/WA/emel).
- Tidak menggalakkan pelanggan walk-in kecuali kecemasan.
- Pastikan penjarakan antara pelanggan adalah sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain.
- Menghadkan bilangan pelanggan di dalam premis pada satu-satu masa. Temujanjji secara berperingkat
- Menghadkan kehadiran pengiring (di dalam premis) kecuali untuk anak kecil atau warga emas yang memerlukan bantuan
Penting: Kakitangan sektor kesihatan perlu sentiasa memakai alat perlindungan ketika berurusan dengan pelanggan.
Sektor Pendidikan
SOP dalam Sektor pendidikan adalah merangkumi
- Sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan SPM, SVM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara
- Home-based Learning untuk peringkat yang lain sehingga dimaklumkan oleh KPM
- Pertandingan koakademik dah kokurikulum dalam talian
Aktiviti yang tidak dibenarkan dalam Sektor Pendidikan adalah:
- Sukan
- Aktiviti kokurikulum bersemuka
- Sebarang bentuk perhimpunan sekolah atau aktiviti yang melibatkan murid, guru dan warga sekolah berkumpul beramai-ramai
Waktu Operasi Dibenarkan adalah:
7.00 pg - 4.00 ptg
(sekolah satu sesi) dan 7.00 pg - 6.45 ptg
(sekolah dua sesi). Manakala untuk masa berurusan dengan pelanggan adalah 8.00 pg - 5.30
ptg. Murid-murid yang dibenarkan untuk berada di sekolah hanyalah tingkatan 5 dan 6 manakala kakitangan sekolah adalah dengan kapasiti 100%.
Protokol yang perlu dipatuhi untuk setiap aktiviti adalah seperti yang berikut:
Penjarakan sosial: Memastikan penjarakan sosial 1 meter dalam semua aktiviti semasa sesi persekolahan.
Kebersihan tangan: Memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun Hand sanitizer boleh digunakan sekiranya tiada kemudahan air dan sabun.
Pemeriksaan kesihatan:
- Mengambil dan merekod suhu badan guru, murid dan warga sekolah serta semua pekerja di pintu pagar atau tapak perhimpunan sekolah.
- Memastikan semua murid, guru dan warga sekolah melalui saringan status kesihatan dilaksanakan setiap hari di lokasi yang ditetapkan sebelum sesi persekolahan bermula. Pemeriksaan ini juga dilakukan untuk mereka yang mempunyai urusan di sekolah.
- Mereka dengan suhu badan melebihi 37.5 Celcius atau menunjukkan simptom seperti demam, sakit tekak, batuk, selsema, susah nafas, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.
Pemeriksaan kesihatan: Memastikan kawasan sekolah bersih dan selamat untuk digunakan. Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di sekolah, patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
Hebahan maklumat
langkah kebersihan
dan keselamatan:
Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siaraya pada
waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari. Peringatan secara
berterusan dilaksanakan semasa PdP.
Susun atur meja: Jarak antara meja murid sekurang kurangnya 2 meter.
Aplikasi MySejahtera: Digalakkan warga sekolah mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing masing.
Pemakaian Facemask: Digalakkan memakai face mask untuk semua guru, murid dan pekerja.
Penting: Patuhi Garis Panduan Pengurusan Sekolah PascaPerintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Jangkitan Covid-19 Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sektor Penjagaan Sosial (Taska)
Pengoperasian semua jenis Taska adalah dibenarkan kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sebelum Taska beroperasi semula, mereka perlu mengikuti langkah berikut untuk pencegahan penularan COVID-19. Antara langkah itu adalah:
- Pengusaha Taska, guru dan kakitangan Taska bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan diri mereka bebas dari sebarang gejala atau risiko COVID-19.
- Premis Taska mesti dibersihkan dan didisinfeksi sebelum membuka Taska
- Guru dan kakitangan Taska perlu diberikan latihan kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan Covid-19
- Mengisi Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan oleh kanak-kanak, ibu bapa/ penjaga dan kakitangan sebelum Taska beroperasi.
- Mematuhi peruntukan ruang bagi setiap kanak-kanak seperti ditetapkan dalam Akta 308, peraturan Pusat Asuhan Kanak-kanak 2011 (2.5 meter persegi bagi taska rumah dan komuniti dan 3.5 meter persegi bagi TASKA institusi dan tempat kerja)
Operasi Pembukaan Semula Taska adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 Pasca PKP Bagi Keselamatan Warga Taska dan Panduan Pencegahan Penularan COVID-19 Pasca PKP bagi keselamatan warga Taska.
SEKTOR MAKANAN
Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis)
Antara aktiviti dan protokol yang perlu diikuti oleh semua peniaga adalah:
Saringan Kesihatan Pekerja:
Semua pekerja dan pembekal perlu:
- Diambil suhu badan dan disaring untuk gejala demam, selesema, sakit tekak, batuk dan sesak nafas setiap hari.
- Pekerja yang mempunyai suhu melebihi 37.5 celcius atau menunjukkan simptom seperti sakit tekak, demam, batuk, selesema, susah bernafas tidak dibenarkan bertugas. Dinasihatkan mendapatkan rawatan difasiliti kesihatan terdekat
- Pekerja dan pembekal digalakkan memakai face mask.
Saringan Kesihatan pelanggan: Semua pelanggan disaring suhu badan. Suhu badan melebihi 37.5c tidak
dibenarkan memasuki premis dan dinasihat mendapatkan rawatan
difasiliti kesihatan terdekat.
Kawalan Bilangan Pelanggan dan
Penjarakan Sosial:
- Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurang 1 meter.
- Penjarakan satu tempat duduk antara setiap pelanggan.
- Bilangan pelanggan di meja berdasarkan saiz meja dan tidak melebihi 4 pelanggan bagi meja besar.
- Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial
Amalan kebersihan tangan yang
kerap: Menyediakan kemudahan mencuci tangan dengan sabun dan air atau hand.
Pembersihan dan disinfeksi: Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang dan melakukan pembersihan dan disinfeksi mengikut garis panduan KKM
terutamanya permukaan dan tempat yang kerap disentuh.
Taklimat penyakit Covid-19 kepada
pengawal keselamatan dan kakitangan: Setiap pengawal dan kakitangan hendaklah diberi taklimat berhubung penyakit
Covid-19 dan langkah-langkah pencegahan.
Membekalkan face mask kepada
pekerja secukupnya: Membekalkan face mask secukupnya kepada pekerja dan memastikan
pekerja memakainya setiap masa.
Aplikasi MySejahtera: Pekerja, Pengusaha / Operator Premis / pelanggan memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak rapat.
Perkara penting yang perlu dilakukan oleh peniaga (arahan tetap)
- Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
- Keperluan merekod kehadiran termasuk nama penuh dan nombor telefon.
- Keperluan melakukan saringan suhu dan gejala kepada pekerja setiap hari.
- Keperluan melakukan saringan suhu kepada pelanggan
- Keperluan mempamerkan Notis Peringatan kepada pelanggan tentang SOP yang ditetapkan
Sektor Makanan ((Perniagaan / Penjajaan Tanpa Premis)
Sektor ini adalah merangkumi Kenderaan Saji (Food Truck), Penjaja Beredar dan Penjaja Tepi Jalan (Sementara).
Aktiviti dan protokol yang perlu dipatuhi oleh para peniaga atau penjaja tanpa premis adalah:
Saringan Kesihatan: Semua pekerja perlu diambil suhu badan dan disaring untuk gejala setiap hari. Pekerja yang mempunyai suhu melebihi 37.5 Celcius atau menunjukkan
simptom seperti demam, sakit tekak, batuk, selesema, susah bernafas tidak
dibenarkan bertugas dan dinasihatkan mendapatkan rawatan di fasiliti
kesihatan terdekat.
Penjarakan Sosial: Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian. dan Menyediakan tanda jarak sosial di bahagian kaunter.
Amalan kebersihan tangan yang kerap: Mewajibkan kebersihan tangan dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
Proses pembersihan dan disinfeksi: Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang dan melakukan pembersihan dan nyahkuman mengikut garis panduan KKM terutamanya tempat yang kerap disentuh.
Membekalkan face mask kepada
pekerja secukupnya: Membekalkan face mask secukupnya kepada pekerja dan memastikan pekerja
memakainya setiap masa.
Aplikasi MySejahtera: Pekerja, Pengusaha / pelanggan memuat turun dan mendaftar aplikasi
MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak
rapat
SEKTOR MAKANAN (Pasar Berbangunan)
Sektor ini merangkumi Pasar awam berbumbung dan Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja).
Antara Aktiviti dan protokol yang perlu diikuti adalah:
- Saringan Kesihatan pekerja
- Penjarakan sosial
- Amalan kebersihan tangan yang kerap
- Pembersihan dan disinfeksi
- Saringan Kesihatan pelanggan
- Membekalkan face mask kepada pekerja secukupnya
- Aplikasi MySejahtera
SEKTOR MAKANAN (Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman)
Sektor ini adalah merangkumi Pasar raya mini, Kedai runcit yang menyediakan
kemudahan tempat makan, Kedai serbaneka dan Stesen minyak yang menyediakan
kemudahan tempat makan.
Aktiviti dan Protokol Yang Perlu diikuti adalah:
- Saringan Kesihatan pekerja
- Saringan Kesihatan pelanggan
- Kawalan Bilangan Pelanggan dan Penjarakan Sosial
- Amalan kebersihan tangan yang kerap
- Pembersihan dan disinfeksi
- Taklimat COVID-19 :Setiap pengawal dan kakitangan di premis hendaklah diberi taklimat berhubung
penyakit Covid-19 dan langkah-langkah pencegahan
- Kaedah Pembayaran: Menggalakkan pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad kredit dan lain lain).
- Membekalkan face mask kepada pekerja secukupnya
- Aplikasi MySejahtera
AKTIVITI AR-RAHNU DAN KREDIT KOPERASI
Aktiviti dan protokol yang perlu diikuti adalah :
- Pemakaian face mask
- Saringan suhu dan gejala pekerja
- Penjarakan sosial
- Kebersihan tangan
- Kebersihan premis: Proses pembersihan dan disinfeksi hendaklah dilaksanakan sekurangkurangnya 3 kali sehari
- Aplikasi MySejahtera
Aktiviti Ar-Rahnu dan kredit Koperasi perlu sentiasa mematuhi dan merujuk kepada :
Garis Panduan Aktiviti Ar-Rahnu yang dikeluarkan oleh SKM;
- Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke semasa.
- Tertakluk kepada peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Operasi di kawasan PKPD tidak dibenarkan
- Garis Panduan Pembiayaan Kredit yang dikeluarkan oleh SKM; Prosedur standard KKM; SOP Bomba; SOP Polis;
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.