Anda Perlu Tahu: Perjalanan Antara Negeri dan SOP Sambutan Hari Raya,Kaamatan dan Gawai

Sambutan Hari Raya, Hari Kaamatan dan Hari Gawai semakin hampir. Ketiga-tiga sambutan tersebut akan dijangka pada minggu terakhir bulan Mei 2020. Pasti ramai yang ingin balik kampung untuk bersama dengan keluarga, saudara dan sahabat handai.
Malaysia sudah memasuki tempoh 9 minggu dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Fasa terkini adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 13 Mei Sehingga 9 Jun 2020. PKPB dilanjutkan selama 4 minggu lagi sebagai langkah pengawalan penyebaran Virus Covid-19 di Malaysia.
Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), beberapa perkara telah dilonggarkan bagi membolehkan sektor ekonomi Malaysia beroperasi semula. Hampir 95% sektor ekonomi Malaysia telah kembali beroperasi dengan SOP yang ketat.
Perjalanan Rentas Antara Negeri
Seperti yang kita sedia maklum, salah satu peraturan dalam Perintah Kawalan Pergerakan adalah perjalanan dan aktiviti di luar rumah adalah terhad. Anda tidak dibenarkan untuk keluar rumah sesuka hati tanpa tujuan yang mustahak. Rakyat Malaysia disarankan agar terus berada di dalam rumah jika tiada urusan penting walaupun semasa tempoh PKPB.
Pada 10 Mei hingga 14 Mei 2020, Kerajaan telah memberikan tempoh masa 4 hari bagi rakyat Malaysia melakukan pergerakan rentas negeri. Ini bagi membolehkan mereka yang terperangkap di kampung sebelum itu disebabkan PKP boleh kembali semula ke Bandar. Anak-anak dan ibu atau bapa yang berada di kampung sebelum ini boleh kembali ke rumah.
Dalam tempoh PKPB tersebut, terdapat tiga perayaan utama di Malaysia iatu Hari Raya Aidilfitri, Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Sebelum ini seperti tahun-tahun lalu, ia disambut dengan meriah dan gilang gemilang. Namun pada tahun ini, sambutan akan berbeza dan perlu disambut dengan sederhana + SOP penjarakan sosial.
Pasti ramai yang ingin balik kampung untuk menyambut Hari Raya, Kaamatan dan Hari Gawai kan. Sebelum ini, kita pasti akan memgambil peluang untuk kembali ke kampung agar dapat bersama-sama dengan keluarga besar. Namun pada tahun ini, sambutan akan lebih berbeza dan sederhana.
Pada 10 Mei 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan khas menyatakan bahawa balik kampung untuk berhari raya, sambutan Kaamatan dan hari gawai adalah tidak dibenarkan. Ini kerana perjalanan rentas antara negeri masih tidak dibenarkan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabree Yaakob sentiasa memberikan pesanan dalam taklimat harian Covid-19 bahawa pergerakan rentas antara Negeri tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak PDRM.
Apakah Perjalanan yang Dibenarkan?
Pergerakan Rentas Negeri Bersyarat
Kita sudah sedia maklum dan pasrah bahawa perjalanan rentas negeri @ balik kampung di negeri lain tidak dibenarkan. Namun terdapat alasan atau tujuan yang dikecualikan dan dibenarkan untuk perjalanan Rentas Negeri. Perjalanan Rentas Negeri adalah dibenarkan untuk tujuan:
- Kecemasan
- Urusan Kerja
- Mendapat Kebenaran daripada Pihak Polis
Anda boleh merujuk kenyataan di Laman Facebook MKN. Anda perlu pergi ke balai polis yang berdekatan bagi mendapatkan permit atau kebenaran melakukan perjalanan Rentas Negeri.
Perjalanan antara Daerah masih dibenarkan.
Setakat ini, perjalanan antara daerah masih dibenarkan. Jika kampung halaman anda masih berada dalam daerah yang sama, anda beruntung kerana anda boleh kembali ke kampung untuk sambutan hari raya.
Namun anda harus tahu bahawa terdapat peraturan sambutan Hari Raya iatu dalam satu rumah, jumlah maksimum yang dibenarkan adalah hanya 20 orang sahaja dan bergantung kepada saiz keluasan rumah anda, jika rumah agak sempit, mungkin had jumlah orang yang berada dalam kawasan rumah dalam satu-satu masa mungkin perlu kurang daripada 20. Bagaimana jika keluarga ramai? Adik-beradik mungkin perlu bergilir-gilir datang ke rumah?
Dalam satu kenyataan oleh YB Ismail Sabree Yaakob, pihak polis dan tentera akan melakukan rondaan dalam perumahan bagi memastikan SOP sambutan Hari Raya dipatuhi. Mungkin anda perlu kreatif dengan kehadiran tetamu anda. Bentuk jadual? penggiliran? Mungkin adalah lebih baik jika anda memaklumkan tetamu yang ingin datang masa yang sesuai agar perkumpulan orang melebihi had tidak berlaku.

Bagaimana Cara dan SOP Sambutan Hari Raya, Kaamatan dan Gawai Semasa PKPB?
sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai pada tahun ini agak berbeza. walaupun ziarah dan kunjung mengunjung dibenarkan secara terhad,
Antaranya perkara penting yang anda perlu lakukan dan patuhi semasa Hari Raya, Kaamatan dan Gawai adalah :
- Penjagaan jarak sosial
- Elakkan sentuhan dan bersalaman
- Kerap Cuci Tangan ( bawa sendiri hand Sanitizer)
- Elakkan perhimpunan di kawasan yang sempit

Panduan Tambahan Sambutan Hari Raya, Kaamatan dan Gawai Semasa PKPB
- Sediakan hand sanitizer untuk tetamu
- Rekodkan kehadiran tetamu yang datang. Anda boleh ikuti langkah merekod kehadiran mudah menggunakan Kod QR.
- Sentiasa memakai topeng muka
- Amalkan budaya membasuh tangan dengan betul sekurang-kurangnya selama 20 saat.
- Menjaga kebersihan rumah.
- gunakan pinggan dan cawan pakai buang. Cuci semua peralatan hidangan dengan teliti setelah melayani tetamu.
- Hindari daripada menghidangkan makanan secara buffet dan dibiarkan terdedah. Jika boleh sediakan makanan berbungkus.
- Jika terdapat ahli keluarga daripada kumpulan berisiko seperti individu lebih berusia, kanak-kanak atau individu dengan masalah kesihatan, elakkan daripada menerima tetamu.
- Hadkan bilangan tetamu dalam rumah.
Gunakan Teknologi Untuk Berhubung
Anda tidak dapat balik kampung atau tidak dapat menyambut Hari Raya, Kaamatan dan Gawai? Kami faham dan harap anda terus bersabar. Sekarang kan teknologi sudah canggih. Anda boleh membuat panggilan video semasa hari raya nanti. Banyak Aplikasi yang anda boleh gunakan seperti Whatsapp call, zoom, Google Hangout,Facetime dan dan Skype.
CERITA TRAVEL DI SABAH
Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
