
Anda Perlu Tahu : Bagaimana untuk memohon Pembiayaan TEKUN tanpa faedah untuk Covid-19
Wabak Covid-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia dan telah menyebabkan Perusahaan Kecil dan Sederhana telah mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak ini. Kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berakhir pada 14 April 2020.
Keadaan ini telah menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas dan pendapatan para pengusaha terjejas. Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau "PRIHATIN PKS TAMBAHAN". Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.
Saya perlu tahu : Geran khas PRIHATIN Tambahan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana serta mikro).
Salah satu inisiatif kerajaan dalam geran Khas berkenaan adalah Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro Melalui TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%. Skim ini dipanggil SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO TEKUN NASIONAL ( CBRM ).

Bagaimana Untuk membuat permohonan?
1. APAKAH SKIM PEMBIAYAAN
PEMULIHAN PERNIAGAAN
SEKTOR MIKRO
TEKUN NASIONAL
( CBRM )?
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan
Sektor Mikro TEKUN Nasional ( CBRM )
ialah skim pembiayaan mikro bagi
usahawan yang terjejas kesan daripada
wabak COVID-19 untuk memulih dan
memulakan semula perniagaan sedia
ada.
2. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON SKIM CBRM?
Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
- Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19 Warganegara Malaysia ( Bumiputera / India )
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
- Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT ( Lesen Penjaja )
- Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
- Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional ( untuk usahawan sedia ada)
3. APAKAH JENIS SEKTOR PERNIAGAAN YANG LAYAK UNTUK MEMOHON SKIM CBRM?
Terbuka kepada semua sektor
perniagaan yang patuh syariah
4. BERAPAKAH AMAUN PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN DI BAWAH SKIM CBRM?
Skim Pembiayaan
Pemulihan Perniagaan
Sektor Mikro
TEKUN Nasional
( RM1,000 - RM 10,000 )
5. BERAPA LAMA TEMPOH PEMBIAYAAN SKIM CBRM?
Sehingga tempoh
maksima 3 tahun dan
tempoh penangguhan
6 bulan
6. BERAPAKAH KADAR KEUNTUNGAN BAGI SKIM CBRM?
0% ( Tiada Caj )
7. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN ADALAH :
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
- Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
- Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik /air / telefon )
8. BERAPA LAMAKAH TEMPOH YANG DIAMBIL UNTUK KELULUSAN PERMOHONAN?
10 hari bekerja selepas
borang permohonan
yang lengkap diterima.
9. DENGAN SIAPAKAH SAYA BOLEH BERURUSAN JIKA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN SKIM CBRM?
Hubungi Pegawai TEKUN yang terdekat untuk
maklumat lanjut :
https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/hubungi/
atau
UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT
LEBIH LANJUT MENGENAI
PERMOHONAN SKIM CBRM,
SILA HUBUNGI PEGAWAI TEKUN
IBU PEJABAT SEPERTI BERIKUT:
Mohd Yusri Mohd Yusob ( 012-551 6275 ) atau
Mohd Yusliezal Mohd Yusof ( 019-609 6251 )
Anda boleh Buat Permohonan Online Di sini : Google Form
Latest posts in our blog
Read what's new this week


Geran Khas Prihatin Tambahan PERMAI 2021 RM1000

Senarai Bantuan Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Cara Permohonan

Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur

10 Cara Mudah Elak Terkena Scam (dan Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Menjadi Mangsa)

Panduan Mohon Rayuan GKP 2.0 dan Alasan Tidak Lulus Geran Khas Prihatin

iShareFans dan LikeShare Kini Tutup, Terbukti Scam dan Tipu

i-Sinar: (Baru) Kelayakan dan Tips Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10K

Panduan Rentas Negeri Masuk Ke Semenanjung Malaysia

i-Sinar: (baru) Panduan Permohonan Pengeluaran RM10K Akaun 1 KWSP

Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial

LikeShare Malaysia Review : Adakah Benar atau Hanya Scam? Sudah Terkubur

WeMediaa Review: Adik Kepada IshareFans

Persamaan Likeshare Indonesia (Kini Tutup) dan Likeshare Malaysia yang anda perlu tahu

Likeshare, Isharefans dan EZjob999: Ciri dan Persamaan Meragukan Yang Anda Perlu Tahu

Adakah iShareFans Legit atau Scam? Hanya Like dan share boleh dapat duit

YDPA: Tidak Perlu Darurat Buat Masa Ini

MITI: Ini Senarai Pekerja Yang Perlu Bekerja Dari Rumah

Pekerja Diarahkan Bekerja Dari Rumah Semasa PKPB? Adakah Termasuk Saya?

Jadual Pembayaran BPN 2.0 dan Panduan Permohonan Baru
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!