Anda perlu Tahu : Bagaimana Memohon pembiayaan Mikro BSN 0% faedah  di bawah program geran khas PKS

07/04/2020

Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Geran Khas Tambahan bagi PKS (perusahaan Kecil dan sederhana serta Mikro). Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu PKS adalah Pemansuhan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Inisiatif lain boleh rujuk di sini : Saya perlu tahu : Geran khas PRIHATIN Tambahan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana serta mikro)

institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan pinjaman ini adalah Bank Simpanan Nasional. Berikut merupakan beberapa persoalan yang dapat membantu anda membuat permohonan pinjaman mikro.

Bagaimana untuk memohon Pinjaman Mikro tanpa Faedah?

institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan pinjaman ini adalah Bank Simpanan Nasional. Berikut merupakan beberapa persoalan yang dapat membantu anda membuat permohonan pinjaman mikro 0% faedah.


1. Apakah BSN Micro/i Kredit Prihatin?

BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19

2. Siapakah yang layak untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah : 

  1.  Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  2. Perusahaan Mikro - Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd 
  3. Dimiliki oleh Warganegara Malaysia 
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa 
  5. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan 

3. Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin?  

Terbuka kepada semua sektor perniagaan 

4. Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro/i Kredit Prihatin? 

Maksimum sehingga RM75,000 

5.Berapa lama tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro/i Kredit Prihatin? 

Antara 1 hingga 5.5 tahun 

6. Apakah keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin? 

Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan. 

7. Berapakah kadar keuntungan / faedah bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin?

0% 

8. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?  

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah : 

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah 
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi 
  • Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini 
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank 

9. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan?

6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima 

10. Bilakah tarikh akhir permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin?

Sehingga 31 Disember 2020 

11. Adakah pihak Bank memerlukan sebarang cagaran daripada pelanggan memandangkan bayaran ansuran bulanan akan berlaku pada bulan ke-7 selepas pengeluaran penuh pembiayaan / pinjaman dilakukan?

Tiada cagaran diperlukan. 

12. Dengan siapakah pelanggan boleh berurusan jika berminat untuk membuat permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin?  

Hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan terdekat untuk maklumat lanjut. 

INI ADALAH UNTUK KAWASAN KOTA KINABALU

INI ADALAH UNTUK KAWASAN KOTA KINABALU 

Sila hubungi Pegawai BSN di kawasan anda.

Senarai Maklumat Pegawai BSN seluruh NEGARA di Pautan Berikut 


13. Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin: 

Sila hubungi 1300-88-1900

Layari laman sesawang BSN :

BSN Micro-i Kredit Prihatin (Islamik)

BSN Micro Kredit Prihatin (Konvensional) 


Muat turun Borang Permohonan Pembiayaan Mikro Prihatin di sini 

PENTING : MAKLUMAT TAMBAHAN PINJAMAN MIKRO PRIHATIN BSN YANG ANDA PERLU TAHU. KLIK SINI.


Jika link di atas tidak dapat diakses, Ini mungkin disebabkan oleh Website Bank Simpanan Nasional tergendala disebabkan aliran trafik yang tinggi. Notis ini telah dikeluarkan oleh BSN melalui laman facebooknya pada 7 April 2020. 


IKUTI KAMI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI

Jika nak cari kereta sewa dan pakej percutian yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom lihat sini.

Follow dan like page facebook @bestborneocarrental untuk perkongsian tips dan panduan bercuti terkini atau hubungi kami di

talian 01110570862

email bestborneocarrental@gmail.com 

chat terus di webchat kami.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 


TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot