
Anda Perlu Tahu : Geran Khas RM 3000 untuk PKS di bawah pakej Khas PRIHATIN tambahan

Perdana Menteri pada 6 april 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau "PRIHATIN TAMBAHAN".
Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.
Salah satu inisiatif yang diumumkan Pemberian adalah Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang mana akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.
Antara syarat wajib bagi permohonan ini adalah PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 1 Januari 2020 untuk menikmati kemudahan ini. Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Mengikut tafsiran maksud perkataan Geran/dana adalah sejumlah wang yang boleh anda pohon untuk membiayai projek anda. Berbeza dari pinjaman, anda tidak perlu membayar kembali geran/dana tersebut. Ini adalah berita baik kerana Geran ini bukanlah pembiayaan yang anda perlu buat pembayaran semula.
Bagaimana untuk memohon Geran ini ?
Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Ayat di atas memberi maksud bahawa geran ini kemungkinan besar akan hanya diberikan kepada PKS yang berdaftar dengan SSM dan pihak bekuasa tempatan (lesen berniaga) dan berdaftar juga dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jika anda terdaftar dengan agensi ini, mungkin anda akan tersenarai. Terdapat dua kemungkinan di sini :
1. PKS akan dipilih oleh agensi kerajaan dan PKS tak perlu memohon.
2. PKS boleh memohon tetapi kemungkinan besar yang PKS yang telah tersenarai dalam kategori layak akan diluluskan.
MAKLUMAT TERKINI : KINI GERAN KHAS PKS AKAN DIBUKA ESOK JAM 9.00 PAGI.
CARA MOHON DI SINI : Terkini : Permohonan Geran Khas Prihatin (GKS) RM 3000 akhirnya dibuka, Syarat dan cara bagaimana mohon secara dalam talian
Update Terkini : Geran PRIHATIN khas untuk PKS Mikro dijangka akan dilaksanakan bermula 1 Mei 2020
Update terkini 21 April 2020 : PKP : (TERKINI) Permohonan Geran Khas RM 3000 untuk PKS akan dibuka 1 Mei 2020
Artikel berkaitan : Saya perlu tahu : Geran khas PRIHATIN Tambahan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana serta mikro)
IKUTI KAMI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI
Jika nak cari kereta sewa dan pakej percutian yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom lihat sini.
Follow dan like page facebook @bestborneocarrental
talian 01110570862
email bestborneocarrental@gmail.com
chat terus di webchat kami.
Latest posts in our blog
Read what's new this week


Geran Khas Prihatin Tambahan PERMAI 2021 RM1000

Senarai Bantuan Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Cara Permohonan

Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur

10 Cara Mudah Elak Terkena Scam (dan Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Menjadi Mangsa)

Panduan Mohon Rayuan GKP 2.0 dan Alasan Tidak Lulus Geran Khas Prihatin

iShareFans dan LikeShare Kini Tutup, Terbukti Scam dan Tipu

i-Sinar: (Baru) Kelayakan dan Tips Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10K

Panduan Rentas Negeri Masuk Ke Semenanjung Malaysia

i-Sinar: (baru) Panduan Permohonan Pengeluaran RM10K Akaun 1 KWSP

Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial

LikeShare Malaysia Review : Adakah Benar atau Hanya Scam? Sudah Terkubur

WeMediaa Review: Adik Kepada IshareFans

Persamaan Likeshare Indonesia (Kini Tutup) dan Likeshare Malaysia yang anda perlu tahu
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!