Anda Nak Tahu : Mengapa Bantuan Prihatin Nasional BPN Lulus Tapi Bayaran Belum Masuk?

20/05/2020

Berdasarkan jadual asal pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2, ia berakhir pada hari ini iatu 20 Mei 2020. Anda boleh merujuk jadual Pembayaran BPN di sini : Tarikh dan jadual baru Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua 

Menteri Kewangan, YAB Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Laporan Laksana Keenam Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) menyatakan bahawa hampir 93% pembayaran BPN fasa 2 telah dibuat. Seramai 7.61 juta penerima BPN telah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion. Ini mewakili pencapaian 93% daripada peruntukan untuk Fasa Kedua. Rujuk Laporan Laksana 6 Prihatin.

Namun sehingga pada hari ini, masih ada penerima yang lulus tetapi belum mendapat bayaran. Terdapat mereka yang mengadu domba di Laman facebook LHDN dan bertanya mengapa bantuan berkenaan belum masuk ke dalam akaun bank. 

Kelewatan pembayaran BPN bagi fasa 2 telah mengalami masalah teknikal dan telah dilanjutkan sehingga 22 Mei 2020. 

Buat Semakan Status Pembayaran 

Jika anda belum pasti sama ada duit bantuan berkenaan sudah dimasukkan dalam akaun bank, anda boleh membuat semakan status bayaran di dalam sistem BPN. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut untuk buat semakan status pembayaran.
  1. Pergi ke Portal BPN 
  2. Masukkan No IC anda dan klik cari
  3. Masukkan Captcha yang tertera dan klik Semak
  4. Anda akan melihat Paparan Semakan status, Klik pada Paparan Maklumat
  5. Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik "Ya"
  6. Masukkan Kata Laluan dan Log Masuk
  7. Skrol ke bawah dan klik pada butang "Maklumat Bayaran"
  8. Skrol ke bawah dan anda akan melihat status pembayaran BPN anda.

Jika Status Kredit adalah "berjaya Kredit: maka duit bantuan berkenaan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda telah daftarkan. Jika pembayaran BPN gagal kredit, Anda akan diberikan No baucer. Sila catat No baucer berkenaan dan anda boleh ke Bank Simpanan Nasional untuk membuat penunaian bantuan. Anda boleh membuat penunaian BPN sehingga 31 Disember 2020.

Anda boleh merujuk langkah-langkah semakan status bayaran BPN dalam bentuk gambar seperti yang berikut.

Diharapkan perkongsian ini telah membantu dan menjawap persoalan anda tentang bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Jika bayaran BPN anda masih belum ada atau masih dalam proses bayaran selepas 22 Mei 2020, anda boleh menghubungi Pihak LHDN di laman web rasmi mereka untuk pertanyaan lanjut atau:

 HASIL CARE LINE

03-8911 1000
603-8911 1100 (Overseas)

atau mengisi borang maklum Balas Pelanggan



cerita travel sabah

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Trustpilot