
Akhirnya Terjawab-Kedai Gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP

Setelah dalam beberapa hari rakyat Malaysia dalam kekeliruan sama ada operasi kedai gunting, salun kecantikan dan kedai gunting rambut wajar beroperasi atau tidak, akhirnya ia terjawab hari ini. Perkongsian sebelum ini kami membincangkan sama ada wajar atau tidak kedai gunting ini dibenarkan untuk beroperasi : Wajarkah operasi kedai gunting rambut dibenarkan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP fasa 3)
Akhirnya, persoalan ini telah terjawab hari ini. KEDAI gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
sumber video : Laman Facebook RTM
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil kira pandangan pakar, badan bukan kerajaan dan keluhan rakyat.
"Sehubungan itu, Perdana Menteri membuat keputusan operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan operasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
"Saya kira ini menjawab segala persoalan ditimbulkan rakyat dan berharap tiada lagi isu berkenaan kedai gunting rambut," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, bazar Ramadan juga tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.
Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, operasi kedai gunting rambut dan salon semasa PKP fasa ketiga bermula 15 April ini tertakluk kepada kelulusan permohonan dan dicadangkan di kawasan zon hijau sahaja.
Keputusan itu mendapat perhatian rakyat yang rata-ratanya tidak bersetuju dan meminta kerajaan menarik balik kebenaran premis berkenaan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP kerana dibimbangi meningkatkan lagi penularan jangkitan Covid-19. Sumber : Harian Metro
Latest posts in our blog
Read what's new this week


Geran Khas Prihatin Tambahan PERMAI 2021 RM1000

Senarai Bantuan Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Cara Permohonan

Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur

10 Cara Mudah Elak Terkena Scam (dan Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Menjadi Mangsa)

Panduan Mohon Rayuan GKP 2.0 dan Alasan Tidak Lulus Geran Khas Prihatin

iShareFans dan LikeShare Kini Tutup, Terbukti Scam dan Tipu

i-Sinar: (Baru) Kelayakan dan Tips Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10K

Panduan Rentas Negeri Masuk Ke Semenanjung Malaysia

i-Sinar: (baru) Panduan Permohonan Pengeluaran RM10K Akaun 1 KWSP

Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial

LikeShare Malaysia Review : Adakah Benar atau Hanya Scam? Sudah Terkubur

WeMediaa Review: Adik Kepada IshareFans

Persamaan Likeshare Indonesia (Kini Tutup) dan Likeshare Malaysia yang anda perlu tahu
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!